Syok Layan Free Online Game Tanpa Iklan

Syok Layan Free Online Game Tanpa Iklan l Assalamualaikum. Siapa kata jadi suri rumah ni senang. Tak mudah ye kawan-kawan. Hehe. Walau nampak macam duduk goyang kaki je, tapi hakikatnya banyak benda yang wanita-wanita hebat ni kena buat. Lagi-lagi yang ada anak kecik macam Ana. Semua benda kena buat sehabis pantas. In fact nak mandi pun kena curi-curi masa. Fuhhh!!

Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan


Syok Layan Free Online Game Tanpa Iklan


Kadang tu, sampai satu tahap Ana rasa exhausted. Semua benda rasa tak larat nak buat. Mood jangan cakap lah, ke laut China Selatan dah. Masa tu Ana rasa nak tidur je kalau boleh. Tidur pun memang lama dah tak berkualiti. Itu lah hakikat life seorang suri rumah.


So macam mana Ana recharge balik mood tu balik? Nak tak nak memang kena hadap benda yang sama juga setiap hari kan. Macam Ana senang je. Bebila ada masa terluang, contoh masa baby tengah tidur, Ana akan buat benda yang paling Ana suka iaitu main game online. In fact setiap hari Ana akan main game. Hehe. Jangan ingat bila dah jadi mak-mak ni Ana tak main game ok. 


Tapi game yang Ana main tu game biasa-biasa je lah u olls. Bukan nya game hardcore macam PUBG, ML etc tu. Memang tak reti lah Ana. Nak gerakkan orang dalam tu pun Ana tak reti. Syafi lagi hebat main game ni semua.


Macam Ana, Ana suka main game yang simple dan light.  Contoh main Solitaire. Haa game yang guna daun terup tu. Almost setiap hari Ana main game Solitaire ni. Husband Ana sampai kata apa yang best nya main game tu. Haha. Syafi yang paling kelakar, dia ingat Ana berjudi sebab ada daun terup. Sabar je lah. Ana explain kata kat dia, game yang Ana main ni bukan judi sebab takde taruhan wang. Yang Ana main ni game kosong je. Baru dia faham. 


Kalau sebelum ni, kalau nak main satu-satu game, Ana kena install setiap satu. Kalau nak install game baru, game lama Ana kena uninstall sebab space dah penuh. Bab ni nyampah lah sikit sebab kalau boleh Ana nak main semua game tu tanpa perlu install,  uninstall kan. So bila tengok Ana dok membebel pasal space take cukup, husband Ana suggest main online game. Lagi senang tak perlu nak install bagai kata dia. Dia suggest Ana main dekat solitaire.org


Lepas tau tu, Ana terus buka website tu. Fuhhh kemain banyak game yang ada. Like seriously memang banyak game yang ada weii. Paling syok kesemua game favorite Ana masa muda-muda dulu pun ada. 


Excited excited juga. Tapi memula tu, Ana takut gak nak main dekat situ, takut website tu tak secure. Kot lah nak curi data kita ke kan. Tapi bila Ana tengok kat url dia, ada lambang kunci depan tu. So tu maksudnya website tu selamat untuk diguna. Ana apa lagi, yabedabedu lahhhh. Boleh main banyak game tanpa perlu nak install bagai. Jimat space phone Ana ni. 



Solitaire.org Ada 7 Jenis Game Yang Best

Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan

Hahaha memang gelak jahat sebab ada banyak game yang Ana boleh main. Ada 7 kategori kesemuanya - Solitaire,  Card,  Mahjong, Hidden Object, Match 3, Logic Puzzles dan Words. Dan dibawah setiap kategori ada pelbagai sub-game yang korang boleh main. Jom tengok game apa yang Ana suka main dekat solitaire.org ni. 



Solitaire Classic dan Spider Pilihan Utama


Kategori game pertama yang ada di Solitaire.org ialah Solitaire. Ada 7 sub-game yang korang boleh cuba. Tapi pilihan Ana semestinya Solitaire Classic dan Spider.


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan


Mesti korang tertanya kenapa Ana suka sangat main game ni.  Haaa kalau korang nak tau, 2 game ni lah game yang Ana selalu main masa ayah beli komputer masa kitorang kecik-kecik dulu. Masa tu kira dah best sangat lah ada game solitaire ni. Balik sekolah je, lepas mandi semua terus hadap game ni sampai ke petang. Siap gilir-gilir dengan adik Ana. Mengimbau memori betul. 


Game dia simple je tapi best bagi Ana. Macam Solitaire Classic, basically kita kena susun card ikut turutan nombor dari K, Q, J hingga lah ke nombor 1. Tapi turutan tu mestilah berlainan warna iaitu merah dan hitam. Tak boleh hitam je semua. 


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Solitaire Classic

Dan kita kena buka semua kad yang tertutup untuk dapat kad-kad yang lain. Simple tapi kadang susah nak menang. Kena pandai susun dan mata kena sentiasa peka dengan turutan tu. Kadang bila kita tak perasan yang susunan kad tu boleh bergerak, kita akan give up. So bila dah kalah, perasaan nak menang tu akan sentiasa membara. Hehe. Maka sambung lah main dan main lagi sampai menang. Atau sampai baby dah bangun tidur. 



Hidden Object Asah Ketajaman Mata


Ni pun antara game favorite Ana. Cari barang tersembunyi. Dekat solitaire.org ni ada 8 tema Hidden Objeck Games yang korang boleh main.

Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan

Setiap tema ada level yang berbeza. Tapi yang pasti, memang berpinar mata nak cari barang-barang yang tersembunyi tu.


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Hidden Game - Garden

Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Hidden Game - Pirate

Nak main hidden game ni korang kena control jari tau. Kalau tersalah tekan, atau jari tertekan masa nak zoom in screen tu, 5 markah kena tolak. Huhu. Memang kena betul-betul fokus nak main hidden game ni. Cewah. Kadang depan mata je barang tu, tapi boleh tak nampak. Apooo??? Haha. Tapi takpe, kalau rasa-rasa memang tak jumpa, korang boleh tekan butang hint. Tapi 100 markah akan ditolak. Lepas habis level akhir nanti akan keluar total score dan korang boleh submit score korang tu. Macam score Ana, tak lepas nak masuk dalam top 100 pun.  Huhu. 


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan



Zuma Legend - Berulang Kali Main Pun Tak Bosan

Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan


Siapa tak kenal dengan game Zuma ni kan? Game ni Ana main masa belajar dekat universiti dulu. Asal stress dengan assignment, stop kejap layan zuma ni. Sampai sekarang pun Ana still layan game ni. Dok ulang main beribu kali pun tetap tak bosan. Cuma leceh kena buka laptop sebab game tu Ana install dalam tu. Tapi sekarang Ana boleh main Zuma Legend bila-bila Ana nak dekat website solitaire.org ni bawah kategori Match 3.


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Zuma Legend

Konsep Zuma Legend ni sama dengan zuma yang selalu Ana main tu. Ada bola freeze dan free coin untuk ditarget. Boleh main sampai lebam sebab ada 100 level kesemuanya. Ana baru main sampai level 30 setakat ni. Ada 70 level lagi yang menanti.



Zuma Ball Versi Lebih Mencabar


Zuma Ball ni another version of zuma. Lagi best dan mencabar sebab ada halangan-halangan yang dibina. Jadi susah lah kita nak target bola-bola yang tengah bergerak tu. Asyik melantun je bila terkena halangan tu. Nak marah tapi kena sabar. Game je pun. Haha. Yang pasti tangan kena laju dan mata kena tak tengok warna bola-bola tu. Dah jumpa target, terus shot bagi habis.


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Zuma Ball


Zuma ball ni ada 10 level kesemuanya dan semakin tinggi level, semakin pendek trail dia. Ana hari tu stuck lama dekat level 8. Now tengah stuck dekat level 9 pulak. Sabar je lah. Dah lah warna bola dia mengelirukan. Selalu tersalah shoot. Tu yang buat cepat je kena telan semua bola-bola tu.


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Zumal Ball


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Zuma Ball


Word Search - Nampak Mudah Tapi Susah Nak Cari


Untuk kategori word, ada 50 sub-game yang korang boleh main. Tapi favorite game Ana semestinya Daily Word Search. Ana suka main game ni sebab masa sekolah dulu, wajib beli buku word search. Memang puas hati bila dapat habiskan semua word search dalam buku tu. Habis berwarna-warni setiap muka surat dibuatnya. Tapi sekarang senang dah boleh main online je. 


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan


Dekat solitaire.org ni, ada 3 jenis saiz word search yang korang boleh main iaitu 12x12, 14x14 dan 16x16. Kalau rasa tak puas main online, korang boleh je print out word search ni setiap hari. Free je. 



Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Word Search


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Word Search - 12 x 12

Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Word Search - 14 x 14

Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Word Search - 16 x 16


Ana dah cuba ketiga-tiga saiz ni. Saiz paling kecik tu yang paling senang sebab tak banyak huruf dia, tapi still berpusing-pusing mata mencari words yang dipaparkan tu. Kadang dah pusing 2-3 kali still tak nampak. Tu pun dah full screen tau. Hehe.



Sudoku Buat Otak Kita Berfikir


Nak game yang buat korang berfikir, boleh main Daily Sudoku bawah kategori Logic Puzzle.


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan


Ana suka je main Sudoku ni tapi level easy and medium je. Level hard and expert tu belum lepas lagi.


Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Sudoku

Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Sudoku - Easy

Syok Layan Free Game Online Tanpa Iklan
Sudoku - Medium


Layan juga tau main Sudoku ni walau take time nak complete. Kalau korang rasa ragu-ragu, korang boleh je semak jawapan dengan tekan simbol tanda soal tu. Nanti dia akan keluar dekat kotak mana jawapan yang salah. Then korang isi lah dengan jawapan yang betul. Tu trick dia. Hehe.



Main Game Sepuasnya Tanpa Iklan


Memang syok layan game online dekat solitaire.org ni. Sebabnya kesemua game yang ada korang boleh main secara percuma, tak perlu install so jimat space phone kita dan paling penting takde iklan langsung. Korang boleh main online game tanpa ada gangguan. Best kan? 


Apa-apa pun main game tu biar sekadar untuk mengisi masa lapang atau untuk lepaskan tekanan. Biar berpada orang kata. Jangan sampai ganggu kerja seharian sudah lah. Mentang-mentang free kan. Hehe. Nanti korang share lah dengan Ana game apa yang korang paling suka main dekat solitaire.org ni ye. 

Syok Layan Free Online Game Tanpa Iklan Reviewed by Ana Suhana on August 02, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. akak suka main game2 mcm ni ana.. mmg best la xde iklan. iklan tu mmg mengganggu la

    ReplyDelete
  2. bestnya main game takde iklan.. akak suka..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.