MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech

MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech l Assalamualaikum. Hari ni kebanyakan kita bekerja dan belajar menggunakan komputer. Kerja blogging macam Ana pun tak terkecuali sama. Selain dari memerlukan rangkaian Internet yang kuat, penggunaan papan kekunci yang selesa juga sangat penting untuk memastikan semua kerja blog berjalan lancar.

MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech


MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech


Ruang yang selesa sangat penting dalam membantu melancarkan kerja seharian. Bayangkan bila kita terpaksa bekerja di ruang kerja yang kecil dan sempit, mood nak buat kerja pun boleh terjejas. Mana nak letak komputer, kertas-kertas kerja dan juga stationeries atas satu ruang meja yang sama. Tu belum masuk papan kekunci yang besar yang makan separuh ruang. Memang sangat-sangat menyerabutkan. 


Cakap pasal papan kekunci ni, terbaru Logitech memperkenalkan MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar yang bertujuan untuk memaksimumkan potensi kreatif semua orang terutama content creator macam Ana.


MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech


Dengan saiznya yang kecil dan bercirikan minimalis, ianya direka khas agar bersesuaian untuk mana-mana saiz ruang bekerja. Jadi kita akan rasa lebih selesa semasa menaip.



Walau saiznya lebih kecil,  namun ianya  ianya direka dengan pelbagai fungsi yang dinaik taraf yang mampu membantu meningkatkan produktiviti ketika bekerja dan pada masa yang sama memastikan kita selesa selama berjam-jam.



Ciri Menarik MX Keys Mini Logitech


1. Kekunci Di Hujung Jari


Ciri perfect stroke keys, teknologi penaipan bukan mekanikal terbaik Logitech membantu melancarkan aktiviti menaip secara semula jadi dan tepat. Dengan saiznya yang mimimalis membolehkan kita meletakkan tetikus lebih dekat dengan papan kekunci sekaligus menghasilkan postur yang lebih baik dan ergonomik.


MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech

Selain itu,  setiap kekunci direka dalam bentuk sfera yang sepadan dengan bentuk hujung jari dan saduran matte membolehkan jari menaip dengan mudah di atas permukaan papan kekunci.



2. Kekunci Emoji, Dictation dan Mikrofon

MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech

MX Keys Mini direka dengan 3 fungsi baru dengan penggunaan Logitech Options yang berfungsi mengoptimumkan pengalaman kerja. Fungsi tersebut ialah kunci imlak (ciri yang disediakan oleh Windows dan macOS, tersedia di negara terpilih), redam / nyahredam kekunci mikrofon dan kekunci emoji.



3. Penaipan Ultra-fluid


Setiap kekunci direka untuk menjadikan kerja menaip lancar, semula jadi dan tepat. Ciri kekunci yang lebih stabil dan dipertingkat mengurangkan bunyi bising dan mengoptimumkan tindakbalas. MX Keys Mini juga lebih kukuh dan tak mudah bergerak kerana dipadatkan dengan plat logam dibadannya.



4. Masa Pengecasan Pantas


MX Keys Mini mempunyai ciri  pengecasan pantas USB-C yang mudah disambungkan sehingga kepada tiga peranti wayarles Bluetooth® Low Energy dan juga serasi dengan Windows®, Chrome, Linux dan Android, macOS, iOS, iPadOS, Bluetooth dan USB Logi Bolt receiver.


MX Keys Mini mampu bertahan sehingga 10 hari apabila dicaj penuh. Atau sehingga 5 bulan jika lampu belakang kekunci ditutup.



5. Dihasilkan Dari Plastik Kitar Semula

MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech

Istimewa tentang MX Keys Mini ialah ianya dihasilkan dari plastik kitar semula yang diperakui demi kesejahteraan alam sekitar.  


MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech

Bagi yang berminat untuk dapatkan MX Keys Mini, korang boleh beli di kedai rasmi Logitech di Shopee, Lazada dan peruncit-peruncit sah Logitech pada harga RM489.00. MX Keys Mini terdapat dalam 3 warna iaitu 𝒎𝒂𝒘𝒂𝒓, 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒃𝒖 𝒑𝒖𝒄𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒈𝒓𝒂𝒇𝒊𝒕. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Logitech.com atau di Facebook Logitech.





MX Keys Mini - Papan Kekunci Minimalis Tanpa Wayar Dari Logitech Reviewed by Ana Suhana on April 27, 2022 Rating: 5

2 comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.