Aplikasi Marrybrown (MB App) Tawar Pelbagai Tawaran Istimewa. Boleh Jimat Banyak!!

Aplikasi Marrybrown (MB App) Tawar Pelbagai Tawaran Istimewa. Boleh Jimat Banyak!! l Assalamualaikum. Benda boleh jimat,  buat apa nak bayar lebih kan. Baru lah boleh jadi pengguna yang bijak. Terbaru, Marrybrown memperkenalkan aplikasi Marrybrown (MB App) yang mana korang boleh beli pelbagai menu MB pada harga yang murah. Memang menjimatkan!!

Aplikasi Marrybrown (MB App)


Aplikasi Marrybrown (MB App) Tawar Pelbagai Tawaran Istimewa. Boleh Jimat Banyak!!


Masa Ana memula tahu yang Marrybrown lancar aplikasi terbaru mereka, terus Ana download apps tu. Sebabnya family Ana antara peminat tegar burger dan ayam goreng Marrybrown ni. Lepas tu, nak jadi cerita ada pula outlet terbaru mereka dekat kawasan perumahan Ana ni. Memang ngam sangat lah kan. Terasa rugi kalau tak download apps tu sebab boleh jimat bila order nanti. 


Bila dah ada MB App tu kan, jari ni kemain rajin dok scroll menu-menu yang ditawarkan. Eh banyak juga tau deals yang ada dalam tu. Tetiba pulak tekak ni terasa nak makan Tower Burger Marrybrown. Moh ler kita order untuk juadah buka puasa nanti.


Aplikasi Marrybrown (MB App)

Aplikasi Marrybrown (MB App)


Haa ni lah antara deals yang Ana dah redeem hari tu. Memula nak redeem satu je,  sekali amik ko. Banyak kan?? Benda murah, haruslah redeem semua. Hehe.


Korang nak join sekaki redeem macam Ana ni?  Meh Ana ajar macam mana nak guna dan tebus MB Deals dalam MB App tu.


Cara Untuk Redeem Available Deals Marrybrown


1. Buka MB App dan klik pada Tab Tawaran (Deals) pada bar navigasi dan pilih Available Deals. 


Aplikasi Marrybrown (MB App)


2. Kemudian korang boleh pilih menu yang ada di Available Deals dan klik Redeem.


Aplikasi Marrybrown (MB App)


3. Untuk tengok redeem korang berjaya atau tak, klik pada tab My Rewards. Kalau berjaya, list menu yang korang redeem tadi akan tertera di sini.


Aplikasi Marrybrown (MB App)


4. Kemudian masa di kaunter, pilih menu yang korang nak redeem. Nanti akan keluar QR Code untuk deals tersebut. Tunjuk pada cashier untuk di scan dan order korang telah diterima. 


Aplikasi Marrybrown (MB App)


Mudah kan?? Korang boleh redeem dan order semua Available Menu yang ada dalam MB App tu tau. Tak terhad pada satu menu je. Best kan??? 



Kelebihan Guna MB App


Bila dah ada MB App ni, korang bukan takat boleh beli menu Marrybrown pada harga murah tapi korang juga boleh enjoy pelbagai kelebihan yang ditawarkan. Antaranya ialah :


1. Kumpul Mata dan Tebus Freebies

Aplikasi Marrybrown (MB App)


Setiap RM1 yang kita belanja di Marrybrown guna MB App, kita akan dapat 1 mata MB reward points. Points tu kemudian kita boleh guna untuk tebus menu yang ada.


2. Tawaran Eksklusif In-App


Korang juga boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif yang ditawarkan. Contohnya korang boleh dapat seketul ayam goreng secara percuma semasa penebusan kali pertama.


3. Tawaran Harijadi


Pada setiap kali tarikh harijadi, korang akan ditawarkan dengan special deals untuk jadikan harijadi korang lebih bermakna gitchuw. 


4. Berita Promosi Terkini

Aplikasi Marrybrown (MB App)


Seronok bila ada MB App ni sebab koramg boleh jadi orang pertama yang tahu promosi  yang bakal dan sedang ditawarkan termasuklah menu-menu terbaru yang diperkenalkan. 


5. Pesanan Tanpa Sentuh (Contactless Ordering) 


Dengan MB App, korang boleh buat pesanan dengan selamat melalui pesanan secara pickup atau drive through pickup. Kalau nak dine in pun boleh. Scan je menu yang korang nak dari meja makan dan kemudian terus buat bayaran di kaunter. Mudah sesangat!!


Aplikasi Marrybrown (MB App)


Kalau malas nak keluar, boleh pesan melalui pesanan khidmat penghantaran seperti Grab Food, Food Panda atau Shopee Food.



Muat Turun MB App Sekarang


Banyakkan tawaran dan kelebihan bila guna MB App ni. So tunggu apa lagi, jom lah download MB App ni sekarang dan nikmati pelbagai menu Mareybrown pada harga istimewa yang sangat menjimatkan.


Aplikasi Marrybrown (MB App)


MB App boleh di download secara percuma di Apple Store dan Play Store. Untuk maklumat lanjut tentang MB App, korang boleh layar https://mbapp.marrybrown.com/.


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, korang boleh layari website atau media sosial Marrybrown seperti di bawah :


Website l Facebook l Instagram l Twitter

Aplikasi Marrybrown (MB App) Tawar Pelbagai Tawaran Istimewa. Boleh Jimat Banyak!! Reviewed by Ana Suhana on April 24, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. Menarik.. nanti Kak Sue pun nak download apss MB nie dan cuba menu dia..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.