16 Resipi Kek Coklat Yang Buat Kecur Air Liur

16 Resipi Kek Coklat Yang Buat Kecur Air Liur l Assalamualaikum.  Kek coklat antara kek yang paling disukai oleh semua orang. Baik orang dewasa atau budak-budak. Senang kata kek coklat ni antara kek yang tak lapuk dek zaman. Datang lah pelbagai perasa kek yang lain, kek coklat juga yang akan jadi kegemaran akhirnya.


16 Resipi Kek Coklat Yang Buat Kecur Air Liur


Personally Ana sendiri antara peminat kek coklat sejak dulu lagi.  Kalau ke Secret Recipe, kek indulgence antara kek yang wajib Ana beli. Tak tahu kenapa tak pernah rasa muak makan kek coklat ni. Maybe sebab rasa coklat tu sendiri dah sedia sedap kan. 


Cakap pasal coklat, korang tahu tak ada banyak kebaikan makan coklat ni sebenarnya. Baik untuk kesihatan jantung, otak, perut and even untuk kulit kita. Provided makan dalam kuantiti yang betul lah kan. Antara kebaikan lain coklat ialah :


• Mengurangkan tekanan dan depresi
• Meningkatkan sistem imun
• Memperbaiki emosi
• Mengimbangkan kadar gula dalam darah



Haa lepas ni boleh lah beli coklat buat stok dekat rumah. Lagi-lagi nak puasa ni kan, macam-macam idea masakan guna coklat akan keluar nanti kan.


Dan kalau korang terasa nak buat kek coklat, korang boleh cuba salah satu dari 16 Resipi Kek Coklat Yang Buat Kecur Air Liur dekat bawah ni. So selamat mencuba.


1. Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese

Sumber : Malina Lina Pg

Resipi kek coklat


A. Bahan-bahan Cream Cheese


1. Krim keju - 250 gram

2. Gula halus - 60 gram 

3. Telur - 1 biji gred A

4. Air - 1 sudu makan

5. Jus lemon - 1 sudu teh 

6. Tepung gandum - 1 sudu makan 


Cara Masakan Cream Cheese


1. Pukul krim keju bersama gula hingga sebati.


2. Masukkan telur diikuti dengan air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.


B. Bahan-bahan Kek


1. Telur - 2 biji

2. Gula halus - 1 cawan

3. Esen Vanila -  1 sudu teh

4. Sedikit garam

5. Air panas didih - 1/2 cawan

6. Susu segar / susu cair - 1/2 cawan

7. Minyak jagung / minyak masak - 1/2 cawan

8. Tepung gandum - 1 cawan

9. Serbuk koko - 3 sudu besar

10. Baking soda - 1 sudu kecil

11. baking powder - 1/2 sudu kecil


Cara Masakan Kek


1. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk koko. Ketepikan.


2. Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.


3. Masukkan air panas, susu dan minyak. Kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Gaul sebati.


4. Bahagikan pada dua bahagian. Biarkan sebentar.


Cara Masakan Kek Sepenuhnya


1. Sapukan sedikit minyak atau mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.


2. Tuang separuh adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.


3. Buka aluminium foil dan tuang adunan krim keju diatasnya. Tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.


4. Kemudian tuang separuh lagi adunan coklat, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit hingga kek benar-benar masak.


5. Setelah kek betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.



2. Kek Coklat Chip

Sumber : Nur Faezah

Resipi kek coklat


Bahan-bahan


1.  Tepung gandum - 2 cawan

2. Gula - 1 cawan

3. Planta - 1 cawan

4. Serbuk koko - 1 cawan

5.  Telur - 5 bji

6. Susu pekat - 1 sudu besar 

7. Baking powder - 1 sudu kecil 

8. Esen vanila - 2 penutup

9.  Perisa coklat - 3 penutup

10. Chip coklat


Cara Masakan


1. Pukul planta dan gula. Kemudian masukkan telur, esen vanila dan perisa coklat. Putar sehingga kembang.


2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan susu pekat. Kacau sehingga sebati.


3. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan tabur chip coklat. Bakar mengikut oven masing-masing sehingga masak.



3. Kek Kurma Coklat 

Sumber : Daridapur.com

Resipi kek coklat


Bahan-bahan


1. Kurma - 1 cawan (dibuang biji, separuh blend separuh cincang)

2. Gula pasir - 1 cawan

3.  Telur - 4 biji

4. Tepung gandum - 2 cawan

5. Minyak masak - 3/4 cawan

6. Soda bikarbonat - 1 sdk 

7. Baking powder - 1 sdk 

8. Esen vanila - 1 sdk 

9. Serbuk koko - 2 sdb


Cara Masakan


1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen dan kurma.


2. Dalam bekas lain ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.


3. Masukkan adunan yang dipukul tadi ke dalam bekas tepung yang di ayak. Kacau sebati.


4. Masukkan minyak dan kacau sebati.


5. Bakar pada suhu 150 c sehingga masak  Lebih kurang dalam 50 minit.



4. Kek Brulee

Sumber : Qaseh Qumaira

Resipi kek coklat


A.  Bahan-bahan Kek


1. Gula - 1 cawan *

2. Koko - 1 cawan *

3. Susu segar - 1 cawan *

4.  Susu pekat - 1 cawan *

5. Minyak - 1 cawan *

6. Telur - 2 biji (dipukul) *

7. Tepung gandum - 1 cawan

8. Soda bikarbonat - 1/2 sdk

9. Baking powder -1/2 sdk

10. Garam


Cara Masakan Kek


1. Satukan bahan-bahan yang bertanda * di atas dapur sehingga larut. Bila dah suam, masukkan telur.  Kacau sebati.


2. Dalam bekas berasingan, ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Kemudian masukkan ke dalam adunan di atas.


3. Guna loyang spring foam, kukus adunan sehingga masak.


B. Bahan-bahan Brulee


1. Kuning telur - 5 biji

2. Telur - 1 biji

3. Whipping cream - 2 cawan

4. Gula - 2 sdb

5. Esen vanila

6. Garam


Cara Masakan Brulee


1.  Pukul telur sehingga kembang. Kemudian masukkan whipping cream dan pukul sekejap. Pastikan adunan pekat. 


2. Tuang adunan ke atas kek perlahan-lahan. Dan bakar secara steam bath guna api atas bawah selama 45 minit.


3. Dah masak dan sejuk,  masukkan ke dalam peti sejuk.


C.  Bahan-bahan Krim Coklat


1. Whipping cream

2. Ising sugar

3. Emulco coklat


Cara Masakan Krim Coklat


1. Pukul whipping krim sehingga kembang. Kemudian masukkan ising sugar dan pukul sehingga betul-betul kembng.


2. Masukkan emulco coklat, kemudian tuang ke atas brulee yang dah disejukkan tadi.


D. Bahan-bahan Ganache


1. Whipping cream

2. Chocolate bar - 200 gram (potong kecik) 

3. Butter - 1/2 sdb


Cara Masakan Ganache


1. Panaskan whipping cream di atas periuk. 


2. Bila dah start berbuih di bahagian tepi, masukkam chocolate bar. Masak sehingga larut.


3. Dah hampir larut,  masukkan butter dan sebatikan guna api kecil. Tutup api dan sejukkan. 


4. Akhir sekali, bila ganache dah sejuk,  tuang ke atas coklat krim tadi.  Sedia dihidang.



5. Kek Ala Tornado Viral

Sumber : Fatimah Saari


Resipi kek coklat


A.  Bahan-bahan Kek


1. Telur - 3 biji

2. Gula - 1 cawan 

3. Esen vanilla - 1 sdk

4. Minyak - 1 cawan

5. Tepung naik sendiri - 1 cawan *

6. Soda bikarbonat - 1 sdk *

7. Serbuk koko - 1/2 cawan (boleh ganti dengan milo) 

8. Air panas - 1/4 cawan

* boleh ganti dengan tepung gandum + 1sdk soda bikarbonat + 1 sdk baking powder


Cara Masakan Kek


1. Pukul telur, gula dan esen vanilla sehingga larut semuanya.


2. Masukkan minyak masak dan kacau sebati.


3. Masukkan tepung naik sendiri dan soda bikarbonat.


4. Masukkan serbuk koko.


5. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.


6. Bakar guna api atas bawah pada suhu 180c selama 50 minit. Kalau nak kukus, boleh kukus selama 40-45 minit.


** Tips untuk kek gebu, tak perlu guna mixer. Just kacau guna sudip macam buat kek brownies.


B. Bahan-bahan Cream Cheese


1. Cream cheese - 250 gram 

2. Whipping cream - 60 ml (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream )

3. Susu pekat - 3 - 4 sdb


Cara Masakan Cream Cheese


1. Guna mixer, pukul cream cheese smpai lembut.


2. Tambahkn susu pekat.


3. Masukkan whipping cream dan pukul sampai gebu dan ringan.


C.  Bahan-bahan Coklat Ganache


1.  Whipping cream - 100ml

2. Milk compound - 250 gram

3. Mentega / majerin - 2 sdb


Cara Masakan Coklat Ganache


1. Guna teknik double boil, cairkan milk compound dan whipping cream. 


2. Kemudian masukkan marjerin dan kacau sebati.


3. Akhir sekali, masukkan semua bahan secara berlapis satu demi satu dalam bekas dan sejukkan sebelum dihidang. 



6. Coklat Cheese Cake 

Sumber : Evelyn Gemina

Resipi kek coklat


Bahan-bahan Untuk Base


1. Digestive biskut - 200g

2. Butter - 100 gram (dicairkan)


Bahan-bahan Untuk Cheese cake


1. Cream cheese - 500 gram

2. Gula - 150 gram

3. Esen vanila - 1 sdk

4. Tepung  jagung - 30 gram

5. Uht whipping cream - 300ml

6. Telur - 4 biji


Bahan-bahan Untuk Topping


1. Milk chocolate - 3/4 cawan

2. Whipping cream - 1/2 cawan

3. Blueberry filling


Cara Masakan 


1. Satukan bahan base , kemudian ratakan dalam springform pan size 9”. Simpan dalam peti sejuk.


2. Pukul cream cheese smpai lembut berkrim. Kemudian masukkan gula, esen vanila dan tepung  jagung, pukul sebati. 


3. Masukkan pula uht whipping cream diikuti dengan telur. Pukul sehingga sebati.


4. Bakar pada suhu 200c selama satu 1 jam gna kaedah water bath. Bila dah sejam, biarkan dalan oven selama 1 jam lagi.


5. Untuk topping, satukan milk chocolate dan whipping cream.


6. Akhir sekali, letak topping coklat dan blueberry filling dan simpan peti semalaman.



7. Kek Coklat Walnut Moist

Sumber : Nurul Ain

Resipi kek coklat


A. Bahan-bahan Kek


1. Minyak masak / jagung - 1 cawan

2. Susu pekat - 1 cawan

3. Susu cair - 1 cawan

4. Gula - 1 cawan

5. Telur - 3 biji

6. Tepung gandum - 1 cawan *

7. Serbuk koko - 1 cawan*

8. Baking powder - 1 sdk *

9. Sodium bicarbonate - 1 sdk *

10. Walnut (dipanggang / di bakar) 

* diayak bersama


B. Bahan-bahan Topping


1. Susu cair

2. Ausu pekat

3. Butter

4.  Serbuk koko

5. Beryls Coin

* sukatan agak-agak je


Cara Masakan


1. Blend minyak masak, susu pekat, susu cair, gula dan telur sehingga sebati.


2. Sebatikan bahan-bahan yang diayak bersama walnut. Dan kukus selama 45 minit.


3. Untuk topping, guna teknik double boil. Satukan semuanya dan kacau sehingga sebati. Dah sejuk, tuang ke atas kek tadi. 



8. Kek Lapis Strawberry Coklat

Resipi kek coklat


Bahan-bahan A


1. Mentega - 180 gram

2. Gula halus - 80 gram

3. Ovallete - 1 sdt

4.  Telur - 4 biji (Grade AA)

5. Susu pekat - 3 sdm

6. Kaya asli - 4 sdm

7. Esen vanila - 1 sdt

8. Tepung gandum - 180 gram 

9. Baking powder - 1 sdt

10. Susu cair - 250 ml


Bahan-bahan B


1. Coklat emulco - 1 sdt

2. Cappucino emulco - 1 sdt


Bahan-bahan C


1. Strawberry emuco - 1 sdt

2. Pewarna merah - 1 sdt



Cara Masakan


1. Ayak tepung gandum dan baking powder, ketepikan.


2. Pukul mentega, ovallete dan gula halus sehingga kembang.


3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati.


4. Masukkan susu pekat, kaya, esen vanilla, tepung gandum dan baking powder. Kacau rata.


5. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.


6. Bahagian 1 campurkan adunan dengan bahan-bahan B - coklat emulco dan cappucino emulco. Bahagian 2 campurkan adunan dengan bahan-bahan C - strawberry emulco dan pewarna merah.


7. Kukus selapis demi selapis, setiap lapisan dikukus antara 4-5 minit. Kukusan terakhir 30 minit.




9. Kek Coklat Mousse

Sumber : Pn. Munira Baharom

Resipi kek coklat


Bahan-bahan A


1. Serbuk koko - 1 cawan

2. Gula kasar  - 1 cawan (Guna 3/4 cawan pun boleh)

3. Minyak masak / jagung - 1 cawan

4. Susu pekat - 1 cawan

5. Susu cair - 1 cawan


Bahan-bahan B


1. Tepung gandum - 1 cawan *

2. Baking powder - 1 sk *

3. Soda bikarbonat - 1 sk *

* ayak semuanya


Bahan-bahan C


1. Telur - 4 biji (gred A) **

** Blend sekejap sampai kembang



Cara Masakan


1. Untuk bahan-bahan A, masak atas api perlahan selama 5 minit atau sehingga gula hancur dan semua bahan sebati. Ketepikan.


2. Masukkan bahan-bahan B berselang seli dengan bahan-bahan C ke dalam bahan-bahan A. Kacau sebati guna whisk.


3.  Grease dan lapik loyang 8 / 9 inci.


4. Kukus selama 1 jam atau sampai masak guna api sederhana besar. Sebelum kukus tutup adunan dengan plastik cling wrap supaya air wap tak masuk.



Bahan-bahan Mousse Coklat


1. Coklat masakan -  60 gram (Dark Beryl's) 

2. Non dairy whipping cream - 200 gram



Cara Masakan


1. Cairkan coklat guna teknik double boil. 


2. Putar cream sampai soft peak. Maknanya sehingga LEMBUT shj. Jangan sampai stiff peak nanti Mousse rasa kasar.


3. Masukkan coklat cair. Terus putar sekejap. Agak-agak dah boleh lepa, berhenti. 


4. Bila kek dah sejuk, boleh potong, layer dan lepa ikut kesukaan masing-masing.


5. Kemudian tuang coklat ganache atas kek. Sejukkan sekejap.



10. Cheesecake Brownies

Resipi kek coklat


Bahan-bahan Brownies


1. Dark coklat / bittersweet coklat - 115 gram

2. Unsalted Butter - 115 gram (1/2 cawan)

3. Gula perang - 150 gram (3/4 cawan) 

4. Telur - 2 biji 

5. Tepung gandum - 50 gram (1/2 cawan)


Bahan-bahan Adunan Cheese


1. Telur - 1 biji

2. Cream cheese - 225 gram (1 cawan) 

3. Gula kastor - 50 gram (1/4 cawan) 

4. Esen vanila - 1 sudu kecil



Cara Masakan 


1. Untuk adunan cheesecake, pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla. Pukul sehingga lembut dan berkrim.


2. Untuk adunan brownies, griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.


3. Guna teknik double boil,  cairkan coklat yang dicincang kasar dan mentega, kemudian kacau sehingga cair dan sebati.


4. Bila coklat dan mentega dah cair, ketepikan dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.


5. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.


6. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.


7. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan.


8. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.


9. Panaskan oven pada suhu 160C. Kemudian bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.


10. Sejukkan brownies di dalam peti sejuk dan kemudian sedia dihidang. 



 11. Kek Coklat Cheese 

Resipi kek coklat


Bahan-bahan Adunan Cheese


1. Cream cheese - 250 gram

 2. Tepung gandum - 20 gram

 3. Gula kastor - 80 gram

 4. Susu cair - 25 ml

5. Telur - 1 biji 


Bahan-bahan Kek Coklat


1. Minyak jagung / masak - 1 cawan *

2. Susu pekat - 1 cawan *

3. Susu cair - 1 cawan *

4. Serbuk koko - 1 cawan *

5. Gula - 10 sdb *

6. Telur -  3 biji (Gred A) *

7. Tepung gandum - 1 1/4 cawan **

 8. Soda bikarbonat - 1 sdk **

9. Baking powder - 1 sdk **

10. Secubit garam halus **

** diayak bersama


Cara Masakan


1. Untuk adunan cheese, putar cream cheese dengan gula, telur dan susu cair. Kemudian masukkan tepung dan pukul sampai sebati dan licin tiada ketulan. Letak dalam acuan yang disapu minyak dan kukus selama 2 minit.


2. Untuk kek coklat, blend bahan bertanda * (bahan kek 1-6) sehingga sebati. Lebih kurang 5 minit.


2. Masukkan adunan yang blend tadi ke dalam bekas besar. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit, kaup balik sampai sebati. Biarkan seketika.


3. Akhir sekali, tuang adunan ke atas cheese yang dah dikukus tadi. Kukus balik lebih kurang 7 minit / sehingga masak guna api sederhana. Sejukkan dan sedia dihidang.



12. Kek Coklat Moist

Sumber : Norzita Jamil

Resipi kek coklat


Bahan-bahan A


1. Serbuk koko - 1 cawan (kurangkan 2sdb) 

2. Serbuk koko hitam - 2 sdb

3. Susu segar - 1 cawan

4. Susu pekat - 1 cawan

5. Minyak masak / jagung - 1 cawan

6. Gula - 1 cawan


Bahan- bahan B


1. Tepung gandum - 1 1/2 cawan

2. Baking powder - 1/2 sudu teh

3. Soda bikarbonat - 1/2 sudu teh

4. Garam - 1/4 sudu teh

* ayak semua bahan ke dalam bekas


Bahan-bahan C


1. Telur - 2 biji (gred A)

* dipukul manja



Cara Masakan


1. Campur kesemua bahan-bahan A dan panaskan di atas api. Kacau hingga larut sebati.


2. Masukkan bahan-bahan B dan bahan C ke dalam bahan A di atas dan gaul sebati.


3. Kemudian bakar pada suhu 175c guma kaedah waterbath selama 50 minit atau sehingga masak.



13. Coklat Velvet Horlick Moist Cheese Leleh

Sumber :  Pakcu Kek

Resipi kek coklat


Sukatan untuk 20-25 box


A. Bahan-bahan kek


1. Susu segar - 1/2 cawan 

2. Cuka masakan - 1 sdb 

3. Emulco coklat - 1 sdk 

4. Telur - 5 biji 

5. Ovalate - 1 sdb 

6. Gula halus - 1  1/2 cawan

7. Esen vanila - 1 sdk

8. Emulco red velvet - 1 sk 

9. Tepung gandum - 2 cawan *

10. Serbuk koko - 1 cawan *

11. Soda bikarbonat - 1 sdk *

12. Garam halus - 1 sdk *

13. Baking powder - 1 sdk *

14. Majerin - 1 cawan (dicairkan)


* diayak bersama


Cara Masakan


1. Satukan susu segar,  cuka dan emulco coklat dan biarkan selama 10 minit.


2. Dalam mixer,  satukan telur,  ovalete, gula,  esen vanila dan emulco red velvet. Pukul sehingga kembang dan gebu.


3. Kemudian masukkan majerin dan campuran susu segar dan cuka ke dalam mixer. Mix perlahan.


4. Matikan mixer dan masukkan tepung. Kacau lagi dan masukkan 1/2 cawan air panas kacau lagi bagi sebati.


5. Masukkan adunan ke dalam acuan sebanyak 1/4 adunan.


6. Panaskan kukusan dan kukus selama 15 minit guna api besar. Jangan lupa tutup permukaan kukusan dengan wrapping plastic.


B.  Bahan-bahan Topping


1. Cream cheese Tartura - 500 gram *

2. Susu pekat - 1/2 tin *

3. Susu segar - 1 cawan *

4. Whipping cream - 1 cawan *

5. Horlick

6. Cheese cheddar


Cara Masakan


1. Blend bahan bertanda * sehingga sebati.


2. Kemudian tuangkan atas kek dan cucuk-cucuk pakai garfu.


3. Ayak kan horlicks di atas kek, kemudian parut cheddar cheese dan tabur atas permukaan kek.


4.  Simpan di dalam freezer beku dan boleh dihidang setelah sejuk.



14. Kek Coklat Bakar Lembab

Sumber : Tg Khuzanika

Resipi kek coklat


Bahan-bahan


1. Gula icing - 2 cawan

2. Tepung gandum - 1 3/4 cawan  *

3. Serbuk koko - 1/2 cawan *

4. Soda bikarbonat - 1 1/2 sdk *

5. Baking powder - 1 1/2 sdk *

6. Susu cair - 1 cawan 

7. Minyak masak - 1/2 cawan 

8. Nescafe - 1 sdb

9. Air panas mendidih - 1/2 cawan (dibancuh bersama nescafe)

10. Garam - 1/2 sdk 

11. Esen vanila - 1 penutup


* diayak bersama


Cara Masakan


1. Pukul telur dgn gula sampai kembang dan jadi warna putih.


2. Masukkan garam dan esen vanila. Pukul sebati.


3. Kemudian masukkan tepung sedikit-demi sedikit dan berselang-seli dengan susu cair, minyak dan air nescafe td. Ulang sampai habis.


4. Tuang adunan ke dalam bekas dan bakar ikut suhu oven masing-masing.



15. Cheese Cake Layer Coklat

Resipi kek coklat


Bahan-bahan


1. Biskut Cheese ‘Saltcheese Khong Guan’ - 2 bungkus

2. Cheddar Cheese - 1 paket

3. Tatura Cream Cheese - 2 paket

4. Buttercup - 250 gram

5. Fresh Milk Dutch Lady - ½ kotak

6. Susu Creamer Manis Cap Junjung - 1 tin 

7. Milo - 1 paket kecik

8. Coklat Cadbury - 2 kotak (dicairkan)


Cara Masakan


1. Pukul cream cheese, susu creamer manis dan butter cup sampai kembang


2. Kemudian masukkan ½ chedaar cheese sedikit demi sedikit. (½ cheedar lagi untuk parutan / hiasan kek.) Pukul sehingga sebati.


3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 biarkan macam tu je. Manakala bahagian 2 masukkan milo dan coklat Cadbury dan gaul sebati.


4. Masukan adunan bahagian 1 sebagai lapisan pertama. 


5. Kemudian celupkan biskut ke dalam fresh milk dan susun satu persatu atas lapisan tadi. Parutkan cheddar cheese di atasnya.


6. Untuk lapisan kedua pula masukkan adunan coklat tadi.


7. Ulang langkah di atas sampai habis. Akhir sekali, parutkan cheddar cheese di lapisan paling atas.


8. Kemudian simpan di dalam fridge selama 2 jam dan sedia dihidang.



16. Double Chocolate Muffin

Resipi kek coklat

Bahan-bahan


1. Susu Segar  - 1 cawan (250 ml)

2. Jus lemon / cuka - 2 sudu besar

3. Minyak Jagung - 1/2 cawan (120 gram)

4. Gula Kastor - 3/4 cawan (170 gram)

5. Telur - 2 biji

6. Esen Vanila - 1 sudu kecil

7. Tepung Naik Sendiri - 2 cawan (250 gram) **

8. Serbuk Koko - 1/2 cawan (50 gram)

9. Garam - 1/4 sudu kecil 

10. Coklat Cip - 1 cawan (170 gram) - untuk adunan

11. Coklat Cip - 1 cawan (170 gram) - untuk topping

** Kalau guna Tepung Gandum (2 cawan / 250 gram) + Baking Soda (1 1/2 sudu kecil) + Baking Powder (1/2 sudu kecil)


Cara Masakan


1. Tuang susu ke dalam gelas, masukkan jus lemon dan kacau sehingga menjadi pekat. Biarkan. 


2. Untuk bahan basah - masukkan gula castor, minyak jagung, campuran susu segar dan jus lemon, telur dan esen vanilla ke dalam bekas. Kacau sekata.


3. Untuk bahan kering - Dalam bekas berasingan, ayak tepung, serbuk koko dan garam.


4. Kemudian tuang adunan bahan basah tadi ke dalam adunan bahan kering. Gaul sekadar sebati saja. Sebaiknya gaul hanya menggunakan spatula.


5. Masukkan chocolate cip dan gaul sekadar rata saja.


6. Sediakan cawan kertas. Masukkan adunan 3/4 cawan.


7. Akhir sekali tabur coklat cip dekat bahagian atas adunan. Ikut lah banyak mana yang korang nak. Lagi banyak, lagi sedap.


8. Panaskan oven pada suhu 170°C. Kemudian bakar muffin antara 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.

16 Resipi Kek Coklat Yang Buat Kecur Air Liur Reviewed by Ana Suhana on April 15, 2022 Rating: 5

3 comments:

  1. Wah banyak resepi kek kat sini, boleh lah Kak Sue refer entri nie nanti Ana..

    ReplyDelete
  2. mcm2 resepi tu..akak suka yg ada cheese....nanti bole la try..tq for sharing

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.