Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim

Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim l Assalamualaikum. Siapa yang selalu baca blog Ana mesti pernah baca pengalaman Ana dengan penyakit anxiety disorder (AD). Sampai hari ni artikel pengalaman AD tu masih dibaca dan ada beberapa orang pembaca minta nasihat dan "petua" untuk atasi keresahan tersebut.

Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim

Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim


Jujur Ana kata, tak mudah nak atasi penyakit AD ni. Rasa takut dan keresahan yang melampau akan terus menguasai minda kita. Kalau tak dikawal, kita akan sentiasa rasa tertekan dan akhirnya membawa kepada masalah depresi. Bahaya tu!!.


Macam mana nak atasi semua ni? Dari pengalaman Ana sendiri, sokongan moral dari orang terdekat sangat membantu. Kata-kata perangsang dari mereka sangat membantu "memulihkan" kita.


Tapi yang paling penting, jangan biarkan jiwa kita kosong. Ada orang kata, orang depresi ni takde kena mengena dengan iman dan jiwa kita. Dia lebih pada psikologi. Tapi bagi Ana sendiri, jiwa kita yang paling utama untuk dijaga sebenarnya. Sebabnya bila jiwa kosong, kita akan mudah dihanyutkan dengan perasaan yang tak menentu.


Nak Rawat Anxiety, Kena Rawat Jiwa Dulu


Ingat lagi masa mula-mula Ana kena AD ni, berminggu-minggu hidup berendam air mata. Rasa looser sangat dan tak bersemangat nak buat semua kerja. Tapi sampai bila Ana nak down macam tu kan. Ana kena buat sesuatu untuk atasi perasaan tu.


Dan cara paling mudah adalah dengan dengar alunan zikir di Youtube. Memang rasa tenang sebabnya secara tak langsung bibir kita pun akan zikir sekali. Lepas tu Ana rajinkan diri dengar sirah para Nabi, takzirah agama dan juga ceramah motivasi. Alhamdulillah perasaan tu semua lama-kelamaan semakin hilang. Sejak tu, bila-bila Ana rasa down atau sedih, Ana akan dengar zikir, ceramah tu semua.


Aplikasi Mindful Muslim Bantu Tingkatkan Kesihatan Mental

Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
Aplikasi Mindful Muslim bantu tingkatkan kesihatan mental umat Islam

Berdasarkan statistik, kes depresi dan kemurungan di kalangan rakyat Malaysia malah dunia semakin meningkat. Ini ekoran bebanan masalah kewangan yang disebankan oleh pandemik Covid-19 yang melanda dunia.


Rasa tekanan semakin meruncing apabila ada yang kehilangan punca pendapatan dan masih mempunyai komitmen yang tinggi serta tanggungan yang ramai. Bila dah tak mampu berfikiran waras, kesannya ramai yang amik jalan singkat dengan membunuh diri termasuk umat Islam. Nauzubillahiminzalik.


Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
Mohamad Akhtaar Abdul Ghani - Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindful Muslim

Disebabkan pernah alami rasa tekanan setiap hari dan memahami kepentingan mengawal kesihatan mental, Mohamad Akhtaar Abdul Ghani mewujudkan aplikasi Mindful Muslim - sebuah aplikasi yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesihatan mental umat Islam yang berdepan pelbagai cabaran pada hari ini.


Mohamad Akhtaar yang merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mindful Muslim kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Komunikasi di Auckland University of Technology (AUT), New Zealand. Beliau juga merupakan penerbit naskah Motivation Moments 500 by Mufti Menk.



Menang Hadiah Entrepreneurship Competion X Challenge

Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
Aplikasi Mindful Muslim memenangi hadiah Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competion X Challenge

Kalau korang nak tahu, aplikasi Mindful Muslim ini bukan aplikasi biasa-biasa tau. Sebabnya aplikasi ni telah memenangi hadiah Supreme Of Auckland University of Technology Entrepreneurship Competion X Challenge. Hebat kan?


Aplikasi Mindful Muslim telah dilancarkan pada tahun 2020 dan sehingga hari ni, aplikasi ini telah dimuat naik lebih dari 50,000 pengguna di seluruh dunia terutamanya dari Indonesia, Malaysia, India, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Dan menjadi top #5 aplikasi popular untuk kesihatan dan kecergasan di Google Play Store.


Menarik tentang aplikasi Mindful Muslim


Seperti yang Ana mention dekat atas tadi, aplikasi Mindful Muslim ni diwujudkan untuk meningkatkan kesihatan mental umat Islam melalui sirah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah dan doa-doa khas.


Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
Pelbagai bunyi alam semulajadi sebagai background sounds

Namun apa yang membuatkan aplikasi ni sangat menarik ialah kita boleh pilih untuk dengar versi suara wanita atau  lelaki  dan pelbagai bunyian alam semula jadi sebagai background sounds untuk mewujudkan suasana yang tenang dan selesa. Ada bunyi hutan rimba, ombak di lautan, air terjun, air hujan, kicauan burung dan banyak lagi.


51 Sirah Nabi Untuk Dijadikan Panduan Hidup


Kalau tanya apa favorite Ana dalam aplikasi Mindful Muslim ni, definitely Ana akan pilih sirah para Nabi. Untuk pengetahuan korang, terdapat 51 buah sirah yang tersedia dalam aplikasi ni. Dan setiap bulan, 7 sirah baru akan dimuat naik. So lebih banyak sirah yang kita boleh dengar.

Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
51 sirah para Nabi dan ceramah motivasi tersedia di dalam Aplikasi Mindful Muslim


Oh ya sebelum Ana terlupa aplikasi Mindful Muslim ni hanya tersedia dalam versi bahasa Inggeris buat masa ni. Tapi berita gembiranya ialah ianya bakal diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan Arab pada masa akan datang.


Berbalik pada cerita tadi. Kenapa Ana suka dengar sirah?? Satu je sebab dia - untuk jadikan Ana lebih kuat, sabar dan bersemangat untuk teruskan hidup dan yakin dengan ketentuan Allah. Setiap ujian ada hikmahnya. Antara kisah yang Ana selalu dengar ialah kisah Ummi Nabi Musa yang terpaksa "hanyutkan" anaknya ke dalam sungai, kisah Nabi Nuh yang berdepan dengan umatnya yang tidak mahu beriman kepada ajarannya, kisah Nabi Musa dengan firaun, kisah mukjizat Nabi Muhammad dan banyak lagi.


Bila dengar kisah-kisah ni semua, Ana mula berfikir, besar mana sangatlah ujian yang Allah bagi aku kalau nak dibandingkan dengan ujian para Nabi. Dan berapa kali je Allah campak rasa sedih, tekanan dalam hidup kita kalau nak dibandingkan dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri selama ni. Betul tak?


Zikir dan Doa Untuk Amalan Seharian


Amalan zikir dan doa sangat penting dalam membentuk jiwa seorang Muslim yang tenang dan kuat. Sebab tu orang kata zikir tu santapan jiwa. Kalau tak diberi makan, lemah dan longlai jiwa kita. Dan kesannya kita akan mudah rapuh dan hanyut.


Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
Senarai doa-doa pilihan


Dengan aplikasi Mindful Muslim, ada banyak zikir dan doa ruqyah yang korang boleh dengar dan amal. Ada doa untuk mohon perlindunganNya, doa dijauhkan dari sihir, doa untuk perlindungan anak-anak, doa untuk atasi depresi / anxiety dan banyak lagi.


Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
Turut disediakan doa-doa ruqyah 


Dalam situasi Ana, Ana masukkan doa depresi / anxiety dalam senarai pemain di aplikasi Mindful Muslim ni. Antara doa-doa yang ada ialah doa Nabi Yunus a.s, doa elak sikap buruk, doa mohon perlindungan Allah serta zikir-zikir yang mudah untuk diamal.


Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
Ayat-ayat pilihan dari Al-Quran


Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
Surah-surah untuk bacaan sebelum tidur


Selain  tu, aplikasi ni juga ada ayat-ayat pilihan dari Al-Quran dan senarai lengkap surah-surah untuk bacaan sebelum tidur yang sepatutnya kita amal seperti surah Al-Kafirun, surah 3 Qul, ayatul kursi, surah Al-Mulk, surah Al-Isra, surah Az-Zumar dan amana rasul. 


Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim
Senarai pemain dari doa, sirah dan zikir pilihan


Doa-doa, zikir, sirah-sirah Nabi tu semua kita boleh pilih dan simpan dalam senarai pemain kita. So senang lah kita nak dengar doa-doa pilihan tu bila-bila masa yang kita nak especially sebelum tidur. Ala ala bed time story tapi versi Islamik. Paling best kita rasa macam ada orang tengah bercakap dengan kita, pujuk hati kita yang tengah bersedih atau tertekan. Tenang je dengar talkdown Mindful Muslim ni. 


Muat Turun Di Play Store atau App Store Secara Percuma


Secara peribadi, Ana sangat puas hati dengan aplikasi Mindful Muslim ni. Ana akan dengar setiap malam sebelum tidur sebab masa ni kita merupakan masa yang paling sesuai untuk kita muhasabah diri kita. So that bila tidur kita akan rasa lebih tenang dan bersyukur. Dan keesokan harinya kita akan bangun dengan perasaan dan semangat yang baru.


Dan Ana recommend untuk korang semua muat turun aplikasi ni dekat Google Play Store atau App Store. Korang boleh layari aplikasi ni secara percuma atau langgan untuk kandungan premium pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari laman media sosial Facebook atau Instagram Mindful Muslim. 


Semoga perkongsian tentang pengalaman Ana kali ni dapat beri manfaat pada korang semua. Moga menjadi asbab kebaikan buat Ana, keluarga Ana dan kita semua hendaknya. Kalau korang ada kawan-kawan atau ahli keluarga yang sedang alami masalah kesihatan mental, selalu lah berada dekat dengan mereka. Beri lah nasihat dan kata-kata sokongan untuk naikkan semangat mereka. Dan boleh cadang juga dengar aplikasi Mindful Muslim ni. Moga lebih terisi jiwa mereka dan insyaAllah semoga mereka sembuh sepenuhnya. Aamin ya Mujib.

Kawal Tekanan, Keresahan dan Depresi Dengan Terapi Jiwa Aplikasi Mindful Muslim Reviewed by Ana Suhana on July 30, 2021 Rating: 5

15 comments:

  1. dizaman serba mencabar ni bagus ad apps macam ni. boleh la try nanti

    ReplyDelete
  2. Menarik..apps ni sangat membantu di saat kita semua mengalami sedikit tekanan perasaan akibat pandemic ni kan...harap- harap ianya dapat membantu..bukan setakat menyelasaikan sebaliknya membantu menenangkan..especially yang sering diserang anxiety macam akak...

    ReplyDelete
  3. Bagus jgk apps ni kak..sesuai dgn situasi pandemik skg ni sbb ramai org stress kan

    ReplyDelete
  4. Good sharing Ana.. boleh lah Kak Sue tengok-tengok juga apps nie nanti..

    ReplyDelete
  5. mudah-mudahan bermanfaat apps ni buat mereka yang memerlukan, in shaa allah , thanks for sharing ana :)

    ReplyDelete
  6. Sangat bagus ni, apatah lagi dalam keadaan sekarang kan. Allahu. Terima kasih kak perkongsian.

    ReplyDelete
  7. Menarik Apps ni kalau stress boleh kita dengar dan sama-sama berzikir boleh buat jadi yg marah bertukar jd tenang, dalam mood holiday pon boleh dengar dan sama-sama basahkan bibir dengan ayat suci al quran tak pikir2 nak muatturun juga :)

    ReplyDelete
  8. ada koleksi doa yg best tu.. nice sharing nk donlod jugak

    ReplyDelete
  9. Bagus apps ni Ana, thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. nice sharing ana.. musim skrg ni perlu sgt app cmni .

    ReplyDelete
  11. Bagus betul ye.. Betul, kalaunanxiety depress memg tak boleh bawk bincang. Dgr2 ayat2 mcam ni.. Lagu2 menenangkan tenanh kejap. Nak download nnti

    ReplyDelete
  12. Bagusnya apps ni ana. Banyak sangat ilmu kita boleh dapat.

    ReplyDelete
  13. Duduk rumah skarang ni memang main dengan emosi. Bagus jugak ni. Iza nak try la download nanti.

    ReplyDelete
  14. Marsha pun dah install. Thanks ana sebab lately ni stress sangat. Boleh bantu marsha

    ReplyDelete
  15. My friend also using this Aplikasi Mindful Muslim to keep her calm during this challenging time

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.