5 Sebab Kenapa TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag Best?

5 Sebab Kenapa TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag Best Sangat l Assalamualaikum. Sejak jadi mak pada 2 anak ni, beg yang paling praktikal ialah beg jenis poket doraemon. Ala beg yang kita boleh sumbat macam-macam barang dalam tu. Baik barang peribadi kita atau barang-barang anak. 

5 Sebab Kenapa TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag Best Sangat? 



Tapi tu lah, tak semua handbag yang boleh beri kita ruang yang banyak. Kebanyakkan handbag bersaiz kecil dan ruangnya pula terhad pada barangan peribadi je. Habis tu tak kan nak bawa sampai 2-3 beg pulak kan. 


Baru-baru ni Ana perasan kawan Ana share pasal satu sling bag yang boleh sumbat macam-macam dalam tu. Ana pun apa lagi, beli lah satu untuk kegunaan sendiri. Pantas wei penghantaran dia. Order hari ni, tak sampai beberapa hari dah sampai depan pintu rumah. Sempat lah Ana pakai masa bawa Suraya check up hari tu.


Ok ni lah dia sling bag yang Ana beli dari PTT Outdoor. Simple but nice kan? Nak tahu 5 Sebab Kenapa TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag Best Sangat, korang kena baca dekat bawah ni. 

 

1. Dua Pilihan Warna Yang Universal


Sling bag ni ada 2 color, biru dan hijau gelap. Ana for sure pilih hijau sebab cantik sangat warna hijau beg ni. Tak nyesal pilih warna ni. 

Warna biru tu pun lawa juga. Tapi hatiku tertarik dengan warna hijau. Actually dua-dua color ni pun sesuai je untuk lelaki dan perempuan. Takde istilah nampak lelaki sangat bila pakai sling beg warna biru tu. Habis tu orang lelaki yang berbadan sado tu bila pakai pink, nampak perempuan sangat ke? Tak kan? Hehe.


2. Tali Boleh Laras


Bab ni pun Ana suka. TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag ni ada tali yang boleh laras. Senang nak adjust ikut keselesaan kita. Nak panjang ke, nak pendek ke ikut suka kita.



Maklum lah orang perempuan ni kadang fussy sikit. Ada masa dia nak pakai beg yang tali panjang, ada masa nak tali pendek. Dengan TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag  ni, dua-dua style korang boleh dapat. 


3. Ruang Yang Luas dan Poket Yang Banyak


Ni ciri paling utama yang Ana suka tentang TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag ni. Ruang dalaman beg yang sangat luas.



Kalau korang jenis yang suka bawa banyak barang ke mana-mana saja, beg ni confirm paling sesuai. Lagi-lagi mak-mak macam Ana ni, memang perlu sangat beg macam ni. Semua benda boleh sumbat. Beg duit, handphone, power bank, pampers, wet tissue, botol susu anak, etc. Semua boleh masuk.



Lepas tu sling bag ni pula ada banyak poket. Dekat bahagian depan dan belakang beg. Senang korang nak organise barang-barang korang tu. Kemas dan tak lah bersepah dalam satu beg.  Nak cari barang pun senang.


4. Beg Kalis Air


Bagi korang yang suka aktiviti lasak seperti hiking atau camping, korang wajib bawa TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag ni. Sebabnya sling bag ni diperbuat daripada kain oxford dan poliester kalis air dan dilengkapkan dengan zip logam tahan lasak untuk protect barangan korang.


Kot tetiba hujan kan masa hiking tu. At least korang je yang basah. Yang penting barang-barang penting macam handphone, wallet or even baju tetap kering dan selamat dalam tu. 


5. Harga Mampu Milik


Akhir sekali, apa yang Ana suka dengan TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag  ni ialah harganya yang mampu milik. Hanya RM69 sahaja. Tu kalau beli satu atau dua unit. Kalau beli lebih, boleh dapat RM66.94 sahaja. Murah lah tu. Dengan semua ciri dan kualiti yang korang dapat tu kan, memang sangat lah berbaloi.


Bagi yang tercari-cari beg yang multi-purpose, ruang luas, sesuai untuk dipakai dalam apa jua keadaan, Ana cadangkan korang beli TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag ni. Nak beli dekat mana? Korang boleh di PTT Outdoor dengan klik link di bawah :





5 Sebab Kenapa TAHAN CONQUER Multipurpose Sling Bag Best? Reviewed by Ana Suhana on July 18, 2021 Rating: 5

5 comments:

  1. Menarik beg nie Ana.. Kak Sue pun suka warna hijau.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat pasl pemilihan beg ni. Kalau 1 beg dah penuhi semua citarasa kita tunggu apa lagi Grab terus! Lahh komen macam iklan haha

    #Staysafe

    ReplyDelete
  3. wah menarik ini, untuk motorcyslist mcm un seusai ini. sling je masa naik motor.

    ReplyDelete
  4. wah cantik.. yg penting harga dan feaures yg berbaloi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.