Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E


Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E l Assalamualaikum. Masalah jerawat dan parut jerawat selalu isu utama kepada kaum wanita. Betul tak? Asal datang bulan je, mula lah meriah muka dengan cik J. Dah lah sakit, lepas tu tinggalkan kesan pulak tu dekat muka kita. Aishh geram betul di buatnya.
Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E

Rawat Jerawat dan  Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E


Jerawat ni apa sebenarnya?? Kalau nak tahu, jerawat merupakan keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit kita. Masalah jerawat ni biasanya terjadi apabila liang pori tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. 

Antara punca utamanya pula ialah apabila terjadinya perubahan hormon di mana kadar hormon progestron dan hormon testoreon meningkat sebelum dan semasa datang bulan. Kesannya kelenjar minyak akan menjadi aktif dan menyebabkan pori kulit tersumbat.

Selain tu, faktor tekanan, solekan yang tidak dicuci dengan bersih dan juga apabila terdedah pada sinaran matahari juga boleh menjadi faktor kenapa timbulnya jerawat di muka kita.

Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E

Macam mana nak atasi masalah jerawat ni?? Senang je korang guna je produk Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E. Selesai masalah. 



2 Langkah Atasi Masalah Jerawat Dan Minyak Berlebihan Cosmoderm Tea Tre Oil



Cosmoderm Tea Tree Oil (TTO) kini berwajah baru tau korang. Cantik sangat packaging baru TTO ni.Bagi yang baru first time nak berkenalan dengan produk Cosmoderm, rangkaian TTO ni direka khas untuk merawat masalah kulit berminyak dan berjerawat. 

Produk penjagaan kulit TTO diformulasi menggunakan Australian Tea Tree Oil yang terkenal dengan sifat antibakteria semulajadi yang berfungsi untuk merawat jerawat, mengurangkan penampilan liang pori serta mengawal rembesan minyak di muka.

Dan paling penting ianya telah diuji secara dermatologi, bebas paraben, bebas SLS/SLES dan bebas Mineral Oil. So korang boleh guna tanpa was-was. 


Langkah 1 : TTO Oil Control Facial Cleanser

Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E

Asas utama dalam penjagaan kulit bermula dengan rejim mencuci muka. Untuk atasi masalah jerawat, korang kena pakai produk pencuci muka yang tepat dan sesuai. Tak yah pening kepala. Guna je TTO Oil Control Facial Cleanser dari Cosmoderm ni. Selesai masalah. 

Pencuci muka dengan tekstur berkrim ini bertindak membersihkan muka secara lembut dan mendalam untuk menghilangkan minyak, membantu mengawal lebihan rembesan sebum yang boleh menyebabkan pori tersumbat dan juga mengawal pengeluaran minyak pada kulit. Selain tu, ianya juga mampu menyuburkan dan memberi keselasaan pada kulit.

Cara nak guna mudah je. Hanya picit sedikit pencuci muka dan urut ke seluruh muka.  Kemudian bilas dengan air bersih. 


Langkah 2 : TTO Oil Control Serum

Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E

TTO Oil Control Serum yang diformulasi dari BHA + AHA dan Vitamin B5 ini berfungsi membantu mengawal rembesan sebum berlebihan dan membantu mengimbangi tona kulit wajah. Serum ini juga bertindak menyingkirkan sel kulit mati melalui proses pengelupasan untuk mengelakkan liang pori tersumbat. Hasilnya kulit korang akan kurang berminyak dan nampak lebih berseri dalam 3 hari je.

Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E

Bagi yang tak tahu bila nak guna serum ni, korang boleh apply serum selepas mencuci muka. Tapi untuk kesan yang lagi baik, korang apply toner dulu, baru sapukan serum ni ke muka. Kemudian urut secara lembut ke seluruh muka hingga serum diserap sepenuhnya ke dalam kulit.

Oh ya, korang digalakkan untuk pakai krim pelindung matahari sebelum keluar rumah kerana kandunga AHA di dalamnya akan menyebabkan kulit korang jadi lebih sensitif pada cahaya matahari.


Pudarkan Parut Jerawat dan Kulit Jadi Lebih Anjal dengan Cosmoderm Vitamin E



Bagi korang yang mempunyai kulit jenis normal, kering dan juga kombinasi, korang boleh guna rangkaian Cosmoderm Vitamin E. Antara fungsi utamanya adalah untuk mengatasi masalah kulit kering, mengembalikan keanjalan kulit, merawat kerosakan kulit akibat selaran matahari, menjadikan tona kulit lebih sekata serta memudarkan parut akibat jerawat dan juga parut-parut baru.

Produk di bawah rangkaian ni mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi dengan antioksidan yang bertindak  melindungi kulit kita dari kerosakan oksidatif dengan melawan radikal bebas.  Selain tu, vitamin E ni juga berfungsi untuk melembab dan meremajakan kulit dengan meningkatkan fungsi perlindungan kulit.

Produk Vitamin E ini juga telah diuji secara dermatologi, bebas paraben, bebas SLS/SLES dan bebas Mineral Oil. Jadi ianya selamat untuk digunakan setiap hari.


Langkah 1 : Vitamin E Facial Cleansing Foam 

Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E

Pencuci muka Vitamin E bertekstur gel ini diformulasi daripada Chamomile, Lemon dan Vitamin E Rosehip Oil berfungsi membersih secara mendalam untuk menyingkirkan minyak dan kekotoran di wajah tanpa menghilangkan kelembapan kulit.

Nak guna hanya perlu picit sedikit pencuci muka dan urut secara lembut ke seluruh muka. Kemudian bilas dengan air bersih.

Langkah 2 : Vitamin E Bi-Phased Toning Essence

Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E

Toning essence ni best sangat tau korang sebab dalam tu ada 2.000 I.U Vitamin E dan Vitamin B5 yang bertindak melegakan dan melindungi kulit daripada bahaya pencemaran UV dan alam sekitar.

Selain tu, toning essence ni juga membantu menyeimbangkan mikrobiota kulit, mencerahkan dan mengimbangkan semula tona kulit yang tidak sekata. Hasilnya kulit akan cerah berseri dan lembap sepanjang hari.

Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E

So jangan lupa, lepas cuci muka dan apply toner, pastikan korang apply toning essence ni juga tau. Just sapu pada muka dan urut secara lembut sehingga ianya serap ke dalam kulit. Setel. Baru lah lengkap rejim penjagaan kulit korang tu.

Nak kulit bebas jerawat dan anjal, jom lah guna Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E ni. Korang boleh dapatkan 2 set ni di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. Nak mudah lagi korang boleh beli secara online di www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari Cosmoderm, korang boleh layari laman sesawang rasmi atau sosial media Cosmoderm seperti di bawah :









Atasi Jerawat dan Rawat Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan Cosmoderm Vitamin E Reviewed by Ana Suhana on July 14, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. Wow.. cosmoderm dgn packaging baru.. bestnye..

    ReplyDelete
  2. bestkan produk cosmoderm tea tree oil dan vitamin E ni suka serum tu

    ReplyDelete
  3. Betul, masa period memg timbul jerawat. Tea tree cosmoderm tu mcm best

    ReplyDelete
  4. Cantiknya packaging baru. Iza tak pernah try lg yang range ni.

    ReplyDelete
  5. Terbaiklah consmoderm nie.. kita pun sblm nie duk guna TTO series, yg Vit E tu belum cuba lg.. nnt nk dptkan jugak lah

    ReplyDelete
  6. Best lah Cosmoderm ni, bila period pakai tto, hari biasa bmpakai vit e hehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.