Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut

Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut l Assalamualaikum. Sejak ada oven baru dekat rumah ni, bukan main semangat Ana nak mem'baking'. Penat macam mana pun, bila datang mood nak baking memang tak tangguh. Terus masuk ke dapur. Malam semalam sempat lah Ana buat Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut ni.

Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer

Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut


Lepas kejayaan buat Double Chocolate Muffin hari tu, perasaan nak buat mufffin tu makin menjadi-jadi. Biasalah kan, bila jadi satu-satu resipi tu kita akan jadi makin semangat nak cuba resipi yang lain pula. Tapi cuba bila tak jadi, terus tak nak cuba dah. Haha.


Ada sekali tu Ana cuba buat biskut brownies, sekali bila bakar, bukan main kembang biskut tu. Dah jadi macam burger daging rupa dia. Memang frust sangat. Terus rasa tak nak buat biskut dah. Rupanya ada tips tak nak bagi biskut tu kembang. Kena masuk dalam peti dulu sebelum bakar. Mujur rasa biskut tu sedap. Habis lah juga semua biskut kembang tu walau tiada rupa. Hahahaha.


Khasiat Buah Pisang


Nak jadi cerita en suami kalau beli buah macam beli stok untuk sebulan. Padahal 4 orang je yang ada dalam rumah ni. Dalam banyak banyak buah, pisang antara buah yang wajib dibeli sebab Syafi dan Suraya memang suka buah ni. Selain dari rasanya yang sedap, pisang juga mempunyai banyak khasiat untuk kanak-kanak dan orang dewasa termasuk wanita mengandung. Ini kerana pisang mengandungi nutrisi seperti kalium dan juga asid folat mampu membantu perkembangan janin. Eh susu kambing pun boleh minum untuk kesihatan janin tau. 


Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium. Jom tengok antara khasiat buah pisang ni. 


1. Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat


Pisang mempunyai 2x karbohidrat dan 5x kandungan vitamin A berbanding buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg untuk pisang yang bersaiz sederhana. Sebab itu, pisang sangat bagus untuk menjaga kesihatan jantung.


2. Sumber Tenaga Yang Baik

 

Pisang mengandungi sumber karbohidrat yang baik untuk membekal tenaga kepada badan kita. Selain tu 2 biji pisang sehari juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.


3. Bantu Menurunkan Berat Badan


Nak slim? Haaa makan lah pisang. Sebabnya pisang mengandungi jumlah kalori yang rendah. Makan 2 biji dah kenyang. So senang lah  nak  turunkan berat badan.


4. Mengurangi Rasa Sakit Ketika Haid


Dikatakan makan buah pisang dengan banyak dapat mengurangi kesakitan semasa haid. Boleh cuba tips ni nanti


5. Melawaskan Sembelit


Yang ni semua pun tahu kan.  Pisang dapat melawaskan masalah sembelit dengan membantu memperlancarkan proses pembuangan air besar. Ini kerana pisang berupaya untuk melembutkan najis yang menyebabkan sembelit.



Ok mesti korang kata pisang tu memang dah sedia berkhasiat, tapi coklat tu bukan tak elok ke? Siapa kata coklat tak elok. Ada je coklat yang baik untuk kita makan. Contohnya dark chocolate. Korang boleh baca dekat sini >> kebaikan coklat untuk kesihatan <<. Tapi make sure makan coklat tu dalam kuantiti yang betul. Bukan macam makan nasi pulak. Kang lain pulak jadinya. Hehe.


Ok back to cerita buah pisang tadi. Bila beli pisang of course kita kena beli sesisir terus kan. Tapi sebab pisang ni cepat masak, lama-lama dia akan jadi benyek dan berair. Lepas tu akan busuk. Sebelum sebarang pembaziran berlaku, moh ler kita buat sesuatu dengan lebihan pisang yang ada. Maka jadi lah Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut ni.


Resipi Muffin Pisang Coklat Guna Spatula Pun Boleh


Resipi Muffin Pisang Coklat ni memang sangat mudah nak buat. Macam buat cekodok pisang je cuma ada bahan tambahan beberapa bahan lain. Yang penting resepi ni tak perlu nak guna mixer bagai. Tu yang Ana suka. Guna spatula je dah siap untuk dibakar. Dah jom kita tengok bahan-bahan dan cara masakan muffin pisang coklat ni.


Baca juga : Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan


Bahan-bahan Muffin Pisang Coklat


1. Pisang Berangan - 5 biji

2. Tepung naik sendiri - 1 1/2 cawan

3. Gula perang - 1/2 cawan

4. Susu segar / susu cair - 1/3 cawan

5. Telur - 1 biji

6. Minyak jagung - 1/3 cawan

7. Esen pisang / vanila - 1 sudu kecil

8. Coklat cip - 1 cawan


** Kalau guna tepung gandum, tambah 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder


** Selain dari pisang berangan, boleh juga guna pisang emas dibawa belayar. Hehe.



Cara Masakan Muffin Pisang Coklat


1. Lenyek pisang berangan. Boleh guna garfu, belakang gelas atau pelenyek kentang.  Oh ya pisang kena guna pisang yang dah masak ranum ye. Sebabnya isi pisang lebih lembut, mudah dilenyek dan mudah sebati dengan bahan-bahan lain.

Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer

2. Dalam bekas berasingan, ayak tepung. Kenapa perlu ayak tepung? Supaya tepung yang bergumpal dapat dileraikan dan adunan akan jadi mudah diadun, tidak kental dan seterusnya menghasilkan muffin yang lembut. 

Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer


3. Dalam bekas pisang tadi, masukkan gula perang, susu segar atau susu cair, minyak jagung, telur dan esen vanila. Nak guna minyak masak pun boleh. Tapi bila guna minyak jagung, muffin akan jadi lebih sedap.

Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer


5. Kacau kesemua bahan sehingga sebati. 
Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer

6. Next, masukkan tepung yang diayak tadi. Kacau sekadar sebati. Jangan kacau terlalu lama untuk elak muffin jadi keras lepas bakar nanti. 

Lagi satu, tips nak gaul bahan kering dan bahan basah, kita gaul dari bahagian tengah. Nanti bahan-bahan kering dekat tepi-tepi tu akan sebati ke dalam adunan sikit demi sedikit. 
Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer

7. Akhir sekali, masukkan coklat cip. Dalam kejadian Muffin Pisang Coklat Ana ni, Ana guna coklat coin Beryl - dark chocolate. Pun sedap. Dah masukkan coklat cip, gaul sebati.
Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer

8. Masukkan adunan ke dalam bekas muffin. Ana masukkan agak-agak 3/4 bekas. Kang letak penuh, membuak-buak muffin tu jadinya. Nak extra sedap, letak lah lagi sikit coklat cip dekat bahagian atas tu. Ala ala topping coklat kan.


Sebelum masukkan adunan ke dalan bekas, make sure korang panaskan oven selama 10 minit pada suhu 150C terlebih dahulu. Kemudian bakar muffin selama 30 minit pada suhu 200C guna api atas bawah. 
Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer


9. Lepas 30 minit, cucuk lidi dekat muffin nak tengok dah masak ke belum. Kalau lidi keluar bersih, dah masaklah muffin korang tu. 
Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer


Haa ni lah kejadian muffin pisang coklat Ana lepas dibakar. Gambar bawah tu close up bahagian dalam muffin. Kemain Syafi tak sabar nak makan bila tengok coklat dekat muffin ni. Tapi serius memang sedap. 
Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer

Untuk pengetahuan korang, Ana bakar muffin ni tak sampai terlalu brown color dia supaya dapat extra lembap dan muffin akan jadi lebih lembut. Sebabnya family Ana jenis suka muffin yang super lembap. Lagi-lagi bila ada coklat dalam tu. Tapi kalau korang suka crispy sikit dekat bahagian luar tu, boleh lah bakar lama sikit. Tapi jangan terlalu lama, nanti jadi terlalu kering. Tak sedap dah.

Ok lah tu saja perkongsian Ana hari ni. Pada yang ada lebihan pisang dekat rumah tu, sebelum jadi buruk dan busuk, boleh lah cuba Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut ni. Sedap dan mudah nak buat. So selamat mencuba.
Resipi Muffin Pisang Coklat Sukatan Cawan Tanpa Mixer Yang Sangat Lembut Reviewed by Ana Suhana on February 17, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. sedap tu...ltk extra coklat yummyyy

    ReplyDelete
  2. Nampak senang la ana..akak nak cuba buat nanti...nak belajar la..buat yang senang2 jer dulu kan..

    ReplyDelete
  3. Waaa drooling tengok rupa dia sedapnya Ana 🤤🤤🤤

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi resipi ya kak. PC suka yang guna sukatan cawan. Mudah.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Ana, cantik kejadiannya boleh cuba resepi nih nanti

    ReplyDelete
  6. Aduhhh sedapnya ana. Nampak moist jerk. Nak trylah jugaklah nanti. Tq share resepi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.