10 Kebaikan Minum Susu Kambing. Kandungan Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.
Ish tak nak lah minum susu kambing ni.
Mesti bau dia hamis!! Macam mana nak telan nanti??
Haaa siapa yang tak pernah minum susu
kambing, mesti akan berfikiran macam ni. Ana dulu pun macam tu. Tapi bila dah
rasa sendiri susu kambing segar dari ladang, eh...takde langsung bau hamis tu.
Rasa susu kambing tu pun sedap dan manis.
10 Kebaikan Minum Susu Kambing. Kandungan Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.
Bila cakap pasal susu kambing ni,
korang tahu tak yang banyak dah kajian menunjukkan yang khasiat susu kambinglebih tinggi dari susu lembu dan susu kerbau. Tapi rata-rata kita masih selesa
minum susu lembu dari susu kambing sebab dimomokkan dengan kata-kata tentang
susu kambing berbau hamis. Cuba lah dulu baru tau hamis ke tak. Kalau hamis,
confirm-confirm bankrup dah syarikat-syarikat yang jual susu kambing dekat luar
sana kan.
Kelebihan Susu Kambing Berbanding Susu Lembu
Untuk pengetahun semua, susu kambing
kaya dengan protein, enzim dan juga mengandungi faktor anti-penuaan,
anti-arthritis sert anti-barah. Kandungan antibodi yang ada dalam susu kambing
mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti gastrik dan ulser perut, demam
kuning, lelah, penyakit kulit, merawat sakit jantung peringkat awal, membantu
pembentukkan tulang dan gigi serta banyak lagi. Antara kelebihan susu
kambing ialah :
• Tidak menyebabkan alahan
• Meningkatkan sistem imunisasi badan
• Bersifat alkali sama seperti susu ibu
• Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan
dan ingatan
• Membantu sistem penghadaman
Kebaikan Susu Kambing Untuk Kesihatan Badan
Tak guna ada rumah banglo 6 bilik tapi kesihatan terjejas. Betul tak? Nak sihat, badan pun cergas kena lah minum susu kambing. Sekarang jom kuta baca 10 kebaikan
susu kambing untuk kesihatan badan kita. Dah baca ni mesti korang akan rasa
menyesal tak minum susu kambing ni dari awal lagi.
1. Membantu Menguatkan Tulang
Seperti yang kita tahu, kalsium sangat
penting dalam membantu menguatkan tulang dan gigi. Kajian menunjukkan yang susu
kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi, hampir sama dengan kandungan kalsium
susu ibu. Selain tu, susu kambing juga kaya dengan vitamin D (nutrien yang
membantu penyerapan kalsium dalam tubuh untuk menguatkan tulang) dan protein
CSN1S2 (agen anti-osteoporosis).
2. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Selain kalsium, susu kambing juga tinggi
dengan sumber magnesium – sejenis mineral yang baik untuk jantung. Mangnesium
berfungsi membantu mengekalkan kadar normal denyutan jantung dan menghalang
pembentukan darah beku.
Susu kambing turut mempunyai
medium-chain fatty acids yang lebih tinggi berbanding susu lembu di mana fatty
acids ini berfungsi untuk menurunkan tahap kolestrol, meningkatkan kolestrol
baik dalam badan serta baik untuk merawat penyakit koronari.
3. Bertindak Sebagai Anti-Radang
Kajian menunjukkan yang susu kambing mampu
berfungsi sebagai suplemen yang baik dalam menghalang keradangan di mana susu
kambing dapat mencetuskan tindak balas imun semulajadi dan adapif dalam badan
manusia.
4. Mudah Dihadam
Tahu tak yang susu kambing hanya
memerlukan 20 minit untuk dicerna berbanding dengan susu lembu yang memerlukan
2 jam untuk dicerna. Ini kerana susu kambing mengandungi kadar fat globules yang rendah dan
menjadikannya mudah untuk dihadam.
5. Meningkatkan Kesihatan Otak
Hari ni ramai antara kita yang diserang
dengan anxiety. Selain dari memerlukan persekitaran yang positif, anxiety juga
dapat dikurangkan dengan pengambilan susu kambing. Ini kerana kajian
menunjukkan kehadiran lipid dalam susu kambing berfungsi membantu mengurangkan rasa
anxiety. Selain dari tu, susu kambing juga mengandungi conjugated linoleic acid
yang bertindak membantu perkembangan otak.
6. Mencegah Anemia
Anemia ialah satu keadaan di mana badan
kita kekurangan sel darah merah. Bagi perempuan, ianya selalu terjadi ketika
sedang mengandung dan boleh menjadi bahaya jika tidak dirawat. Bagi yang ada
masalah anemia, apa kata cuba minum susu kambing. Ini kerana susu kambing mampu
membantu menyerap iron dengan baik dan sekaligus menghalang dari berlakunya
anemia.
7. Sesuai Untuk Orang Yang Ada Alahan Laktosa
Kita disaran untuk mengambil 1-3 sajian
dari produk tenusu. Tapi tak semua orang boleh minum susu. Bagi yang ada alahan
laktosa, jangan sedih sebab korang boleh ganti susu lembu kepada susu kambing
kerana susu kambing mengandungi kandungan laktosa yang rendah dan sesuai untuk
perut yang sensitif.
8. Agen Metabolik Yang Baik
Susu kambing mampu meningkatkan
penggunaan metabolic mineral seperti besi, magnesium, kalsium dan fosforus
dengan baik. Susu kambing juga mempunyai beta-casein A2 yang jauh lebih baik
dari beta-casein A1 yang ada di dalam susu lembu di mana beta-casein A1
dikatakan boleh menyebabkan diabetis jenis 1.
9. Mencantikkan Kulit Wajah
Siapa nak kulit yang cantik, kena lah guna
susu kambing dalam regim kecantikan. Sebabnya susu kambing kaya dengan fatty
acids dan triglycerides yang baik untuk kulit. Susu kambing juga tinggi dengan
vitamin A, sejenis nutrient yang penting untuk kesihatan kulit. Kandungan
laktid asid di dalam susu kambing juga mampu melembapkan dan mencerahkan kulit
wajah. Siapa yang ada masalah eczema pun boleh guna susu kambing ni.
10. Mencantikan Rambut
Jangan tak tahu, susu kambing juga
boleh digunakan untuk mencantikan rambut tau. Seperti tubuh badan kita, rambut juga
memerlukan nilai pH yang seimbang untuk kekal sihat. Oleh kerana susu kambing
bersifat alkali, maka ianya sesuai untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantic
melalui kadar pH yang seimbang.
10 Jenama Susu Kambing Terbaik Keluaran Bumiputera Muslim
1. Faleeq Susu Kambing
Faleeq Susu Kambing ditubuhkan sejak
Julai 2015 dan telah hampir 6 tahun berada di pasaran. Walau tak berapa popular di Malaysia tapi sebenarnya jenama ini sangat
terkenal di Brunei.
Menarik tentang jenama Faleeq ini ialah susu kambingnya dijamin tulen, organik dan semulajadi yang diimport dari Holland, negara yang terkenal sebagai negara pengeluar utama susu kambing organik dan berkualiti. Tapi jangan risau sebab susu kambing ini diproses di kilang yang berstatus halal JAKIM milik bumiputera di Malaysia.
Bagi yang teringin nak cuba susu kambing tapi takut tak leh nak telan perasa yang asli, jenama Faleeq ada mengeluarkan susu kambing berperisa kurma dan koko yang rendah lemak, tanpa gula tambahan, tanpa lemak trans dan rendah kandungan krimer. Jadi ianya sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak, wanita mengandung dan warga emas.
2. Susu Kambing Wildan
Bagi wanita mengandung yang nak kulit cantik dan kulit baby yang dilahirkan pun cerah, korang boleh cuba Susu Kambing Wildan ni. Ramai testimoni yang mengakui keberkesanan susu kambing ni dalam mencantikkan kulit wajah dan meningkatkan kesihatan badan.
Yang tak mengandung pun boleh je minum sebab susu kambing Wildan memang untuk semua golongan pun. Didatangkan dalam dua perisa iaitu asli dan kurma tanpa bau hamis, tanpa gula tambahan dan tanpa perisa tiruan. Dikilangkan oleh10% milik Muslim, korang boleh pilih jenama ni tanpa was-was. Nak request sampel dulu pun boleh.
3. Lazz Susu Kambing
Siapa kata susu kambing tak ramai suka? Kalau tak, tak kan lah susu kambing Lazz ni boleh terjual lebih dari 1.4 juta unit dalam masa 3 tahun kan.
Susu kambing Lazz juga diimport dari Holland yang berpengalaman lebih baik 100 tahun menghasilkan susu kambing yang berkualiti. Susu kambing Lazz menawarkan 4 perisa iaitu asli, coklat, kurma dan strawberi. Kalau takut nak beli saiz besar, kurang boleh beli pek saiz kecik. Nak request sampel pun boleh tapi lambat lah sampai. So better beli saiz kecik dulu awal-awal ni kan.
4. Susu Kambing Suffy
Bagi korang yang mempunyai anak yang alah pada protein susu lembu, apa kata bertukar kepada susu kambing Suffy. Susu kambing Suffy dihasilkan dari 100% susu kambing dari Holland tanpa sebarang bahan tambahan.
Korang boleh pilih antara Suffy Pure Goat - 100% susu kambing asli atau Suffy Goat - formulasi dengan kebaikan makanan sunnah seperti delima, kurma, manna dan madu yang baik untuk sistem penghadaman si kecil.
5. Susu SalicGoat
Istimewa susu kambing asli SalicGoat ialah ia menggunakan kaedah Spray Dried untuk mengangkat kadar air dalam susu untuk dijadikan dalam bentuk serbuk. Tapi ianya bukan merupakan susu formula tau.
SalicGoat telah mendapat pengiktirafan COKZ, iaitu sebuah badan antarabangsa yang menilai kualiti produk tenusu serta mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM. SalicGoat sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi yang berumur 6 bulan. Tapi sebaiknya beri lah susu ibu sehingga w tahun jika mampu. Kemudian baru sambung dengan susu kambing pula.
6. Susu Kambing Khalish
Bagi ibu-ibu yang tercari susu terbaik untuk anak selepas bercerai susu, boleh lah try susu kambing Khalish ni.
Dari testimoni pengguna, ramai yang kata anak-anak mereka suka sangat dengan susu Khalish ni sebab ada berperisa coklat dengan tambahan buah kurma di dalamnya. Siap ada yang kata, sebotol tak cukup untuk setiap kali masa minum susu. Mesti sedap kan susu kambing Khalish ni.
7. Susu Kambing Hi Goat
Sebut Hi Goat mesti ramai yang kenal kan. Mana taknya jenama ni merupakan jenama pertama yang keluarkan produk susu kambing dan masih bertahan sehingga ke hari ni. Banyak khasiat susu kambing Hi Goat untuk semua golongan terutama untuk wanita mengandung sebab tiada gula tambahan. Korang boleh cuba susu kambing asli atau yang ada campuran kurma dan madu.
8. Susu Kambing Karihome
Jenama Karihome agak popular di kalangan para ibu sejak dua menjak ni. Ramai yang review kata susu kambing Karihome ni bagus untuk anak mereka. Menarik tentang Karihome ialah rumusan susu kambingnya merupakan yang pertama diiktiraf oleh KKM dan dijamin selamat untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Cara pemprosesan susu kambing Karihome juga unik dan tidak menggunakan proses pemanasan yang tinggi. Jadi nutrisi semulajadi yang ada dalamnya dapat dikekalkan.
9. Susu Kambing Juna
Susu kambing Juna merupakan produk keluaran selebriti Fynn Jamal.
Susu kambing Juna diperbuat daripada 100% susu kambing daripada Holland dan diperkaya dengan ekstrak madu, kurma, manna dan delima. Sesuai diminum untuk semua peringkat umur bermula dari umur 1 tahun hingga warga emas. Didatangkan dalam 3 perisa iaitu perisa asli, perisa coklat dan perisa asli luxe.
10. Susu Kambing Irfan
Susu kambing Irfan telah 7 tahun berada di pasaran dan menawarkan susu kambing 100% semulajadi untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Irfan Susu Kambing Xtra merupakan minuman susu kambing orang dewasa yang diadun dengan bahan terbaik seperti kismis, kurma, madu dan manna sebagai penambah tambahan.
Susu untuk kanak-kanak pula ada 2 pilihan iaitu Irfan Susu Kambing dan Irfan Cocoa Goat. Irfan susu kambing diformulasi dari bahan-bahan seperti kismis, kurma, madu dan manna yang lengkap dengan DHA, FOS dan kalsium. Manakala Irfan Cocoa Goat pula diformulasi dengan koko, kurma, madu dan manna serta lengkap dengan DHA, FOS, kalsium dan vitamin. Susu kambing Irfan sesuai untuk kanak-kanak dari umur 1 tahun.
Ok lah tu saja perkongsian tentang khasiat susu kambing dan jenama susu kambing yang boleh korang cuba untuk kali ni. Overall, memang tak dinafikan yang susu kambing mempunyai khasiat yang sangat banyak berbanding susu lembu, bagus untuk kekalkan kesihatan badan serta mampu meningkatkan kecantikan kulit. Lagipun memang bagus kita minum susu kambing ni sebab susu merupakan salah satu makanan sunnah. Bila dah kata makanan sunnah, confirm-confirm banyak kebaikkan yang ada padanya. Betul kan?
10 Kebaikan Minum Susu Kambing. Kandungan Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain.
Reviewed by Ana Suhana
on
November 03, 2021
Rating:

Susu kambing original dari ladang PC dah pernah rasa. Lepas tu PC minum yang brand Lazz tu kak.
ReplyDeleteAda banyak produk susu kambing ni bolehlah cuba nanti
ReplyDeleteBagus amalkan susu kambing nie, sunnah kan.. pulak tu banyak kelebihan dia..
ReplyDeletesusu kambing mmg terbaik kan
ReplyDelete