Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step Confirm Jadi

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step Confirm Jadi l Assalamualaikum. Kek sarang semut atau juga dikenali dengan nama kek gula hangus antara kek lejen kesukaan Ana sekeluarga. Ana start kenal kek ni masa Ana tolong jiran berniaga kuih-muih tradisional masa sekolah dulu. Dan kek ni juga antara yang laku keras setiap kali kami berniaga di Jalan TAR.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step Confirm Jadi


Cerita tentang pengalaman tolong berniaga jual kuih-muih dulu, ada satu benda yang Ana perasan. Datang lah banyak mana kuih-muih moden, tetap tak boleh kalahkan kesedapan dan keaslian kuih-muih tradisional ni. Ingat lagi, masa kami baru je sampai dekat petak parking pasar malam, belum sempat buka meja orang dah start beratur nak beli kuih yang kami jual. Siap boleh perasan kebanyakan mereka orang yang sama je. Orang Melayu, Cina, India semua ada.


Baca juga : Resipi Double Choc Muffin


Antara kuih tradisional yang mendapat sambutan tinggi selain dari kek sarang semut atau kek gula hangus ni ialah kuih bakar (dibakar guna sabut kelapa), kuih koci, kuih lopes, kuih tepung gomak, pulut panggang dan banyak lagi. 


Kek Sarang Semut Kena Kenyal Bukan Gebu


So hari ni Ana excited nak share dengan korang Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step Confirm Jadi yang Ana sendiri dah cuba. Memang menjadi dan rasa dia sedap sangat. Family Ana siap request buatkan lagi. Tu belum masuk jiran sebelah rumah minta buat dan jual dekat dia. Sedap sangat katanya.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


Kek sarang semut ni tak gebu tau korang. Tekstur dia wajib kenyal di tangan, tapi lembut di dalam mulut. Kalau kek korang jadi gebu, dah kira tak jadi lah tu. Tapi selalunya akan kenyal. So korang don't worry ok.


Bahan-bahan Kek Sarang Semut 


Kek sarang semut ni kalau dijadikan menu minum petang, dipasangkan pula dengan air teh panas memang perfecto. So bagi peminat kuih lejen ni, Ana nak ajak korang untuk cuba masak sendiri dekat rumah. Sebabnya bahan-bahan yang digunakan semua bahan-bahan yang biasa ada dekat rumah kita. Cara masakan pula mudah dan tak rumit langsung. Tak perlu pakai mixer pun. Tu yang penting. Ok jom kita tengok macam mana nak buat resipi kek sarang semut ni.


Bahan-bahan


1. Gula putih - 1 cawan (200 gram)

2. Air - 1 cawan (250 ml)

3. Butter - 1/3 cawan (76 gram)

4. Telur - 4 biji (saiz B)

5. Susu pekat - 1/2 cawan (153 gram)

6. Tepung gandum - 1 cawan (125 gram)

7, Soda bikarbonat / Baking soda - 2 sudu kecil

9. Esen vanila - 1 sudu kecil


Cara Masakan Step by Step


1. Masukkan gula di dalam kuali yang tebal dan cairkan gula tanpa air dengan api kecil. 

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


Bila gula dah start cair di bahagian tepi dan bertukar warna keperangan, goyang-goyang kan kuali (tak perlu kacau pun) supaya gula tidak hangus dan menjadi pahit. Kalau pahit nanti, kang takut tukar nama jadi gula rentung pula. Hehe.


2. Bila semua gula dah cair dan perang, masukkan air ke dalam kuali. Hati-hati masa ni sebab air panas akan terpercik. Kang tak pasal berparut tangan korang yang cantik tu. 

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


Bila gula dah larut sekata, ketepikan dan biarkan sejuk sehingga mencapai suhu bilik.


3. Kemudian cairkan butter di atas kuali guna api yang kecil. Tujuannya supaya butter tak cepat hangus atau hangit. Bila butter dah mencair, tutup api dan ketepikan.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


4. Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat untuk dapatkan bahan kering yang halus mulus. Kemudian ketepikan.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


5. Di dalam bekas lain, pecahkan telur dan kacau bagi sebati. Tak perlu pukul beria sangat macam tengah marahkan anak pula. Cukup sekadar telur-telur tu sebati. Ingat TAK PERLU PUKUL telur sehingga kembang. Ni salah satu tips nak dapatkan bentuk kek sarang semut yang menjadi.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


6. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau sehingga kedua bahan ni sebati.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


7. Masukkan butter cair dan bahan ayak sedikit demi sedikit.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


8. Masukkan esen vanila dan akhir sekali gula karamel tadi. Kacau sebati.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


9. Kemudian tapis adunan untuk dapatkan adunan yang halus dan tidak berketul.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


10. Perap paling kurang 1 jam. Ada yang perap sampai 4 jam. Ikut lah masa yang korang sempat. Ana perap 1 jam je, pun dah cukup.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


11. Sapukan mentega di sekeliling loyang. Kalau guna loyang non-stick, make sure lepas sapu mentega alas dengan kertas minyak. Kemudian masukkan adunan yang diperap ke dalam loyang.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


12. 20 minit pertama bakar guna api bawah pada suhu 150-160C (ikut pada suhu oven masing-masing. 20 minit terakkhir bakar guna api atas bawah. 

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


Nak tahu dah masak ke belum cucuk dengan lidi. Kalau lidi keluar bersih, kira kek dah masak lah tu.


13. Sejukkan seketika dan seterusnya boleh lah dihidang bersama teh panas untuk minum petang dengan keluarga tersayang.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step


Haa tengok gambar tu, boleh nampak betapa cantik kejadian kek sarang semut sukatan cawan yang Ana buat ni. Siap ada effect kena foging lagi. Haha. Sebenarnya kalau nak nampak kan sarang semut yang lagi banyak, kek ni kena potong melintang. Tapi Ana suka nampak macam ni je. Pun dah nampak menyelerakan.


Cara Masak Kek Sarang Semut Versi Kukus



Bagi yang tak nak guna oven, korang boleh buat Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step Confirm Jadi ni menggunakan teknik kukus. Cara dia sama je dengan resipi guna oven, cuma kita ganti guna pengukus dan kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna.


Cuma bila guna pengukus ni, ada beberapa perkara yang korang kena take note. Pertama sebelum masukkan adunan ke dalam pengukus, korang kena make sure yang air dah betul-betul mendidih. Konsep dia sama jer bila kita guna oven di mana kita kena preheat 10 minit terlebih dahulu kan. 


Lagi satu korang kena pastikan yang air kukusan tak terjatuh ke atas permukaan kek masa nak buka penutup tu. Kang berkawah dan tak lawa dah kek sarang semut korang tu. Boleh jadi kemurungan dibuatnya. Hehe. Ok lah tu saja yang Ana nak share kali ni. Selamat mencuba buat semua ok.

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Step by Step Confirm Jadi Reviewed by Ana Suhana on February 09, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. Rajin la kakak buat kuih sekarang..nampak sedap sangat je tuh

    ReplyDelete
  2. cantik sungguh kejadian kek ni. lama tak buat kek sarang semut ni. sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  3. Cantik kejadian sarangnya tu.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ana. Cantik kejadiannya bersarang. Nak try btlah nanti.

    ReplyDelete
  5. Kek kesukaan Sis ni.. nak buatlah senang aje sebab semua sukat cawan je tu..

    ReplyDelete
  6. Ya allah kuih faveret nih. Thanks kak ana share tips resipi ni. Nnt za nak cubaaaaa... Yeayyy harap2 jadi lah

    ReplyDelete
  7. Resipe ana ni selalu saya akan try lepas baca entry you. kek sarang ini nampak simple.tapi tak tahu lah saya akan jadi kelam kabut kat dapur kalau betul betul cuba nanti. haha

    ReplyDelete
  8. Ni kek faveret saya kak. Ada dua makanan tradisi fav saya. Sarang semut, lepat ubi kayu dan bingka ubi. Hehehe. Semua ni saya bleh makan. Buat tu malas skit. Hahahaha. Sarang semut ni masa mencabar tu utk jdkan sarang tu. Tuang air tu bleh buat lari dr rumah. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Sedap nya... Dah lama tak buat kek ni. Cantik sarang dia jadi!
    Besok besok ni cuti boleh laaa buat. Ajak kakak, suh dia yang baking. Hehee

    ReplyDelete
  10. Wah! This cake looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe step by step and cant wait to make it :)

    ReplyDelete
  11. Ini Cake kesukaan Saya... Cuma tak rajin nak buat... Cantik kejadian cake ni... mesti sedap ni Ana, terliur pulak ni..he he he

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.