Sumbang Tabung Mercy Malaysia Dengan Pembelian T-Shirt Unik Covic-19 di Printcious



Sumbang Tabung Mercy Malaysia Dengan Pembelian T-Shirt Unik Covic-19 di Printcious l Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu, Malaysia masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 9 Jun 2020. Dan kita pun tak tahu adakah PKP ni akan dilanjutkan atau tak kan sebab masih lagi ada kes aktif Covic-19 setiap hari dilaporkan. 

Sumbang Ke Mercy Malaysia Dengan Pembelian T-Shirt Unik Covic-19 di Printcious


Hampir 3 bulan PKP dilaksanakan sejak 18 Mac lepas, Alhamdulillah kita boleh nampak kes aktif Covic-19 semakin menurun walau masih belum capai sasaran 1 angka. Ini menunjukkan rakyat Malaysia sangat patuh pada arahan dan mengamalkan langkah-langkah kebersihan yang disarankan. Dan tak mustahil negara kita akan bebas dari wabak ini satu hari nanti. 

Memahami betapa pentingnya mencegah wabak ini dari terus merebak, Printcious - sebuah laman web e-dagang yang terkenal dengan produk-produk hadiah DIY yang berkualiti telah melancarkan Covid-19 Awareness T-shirt Charity Campaign. Kempen ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri terutama bila berada di tempat awam. 

Menerusi kempen ini, Printcious mensasarkan penjualan 1,000 unit setiap satu limited edition T-shirt dan tote bag yang sangat istimewa dengan cetakan mesej-mesej tentang kebersihan diri untuk mencegah menularan Covic-19 seperti yang disaran oleh KKM.

Terdapat 6 rekaan yang menarik yang boleh dipilih iaitu Stay At Home, Social Distancing, Wear Mask, Exercise, Cover Your Cough dan Wash Hands. Dan paling menarik korang boleh letak nama atau logo pada t-shirt dan tote bag tersebut tanpa caj tambahan. 


Macam mana? Comel kan rekaan tu semua. Warna yang diguna pun striking. Mudah untuk tarik perhatian orang untuk baca. So secara tidak langsung, korang telah berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang prihatin sekaligus membantu meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Lagi-lagi sekarang ni bila dah ada kelonggaran yang diberi dan ramai yang mula keluar rumah untuk bekerja atau untuk mencari keperluan rumah lebih dari seorang. 

Seperti yang kita tahu, sejak PKP dilaksanakan ramai keluarga yang terjejas. Lagi-lagi mereka yang ada anak ramai dan berniaga kecil-kecilan. Kesian kan. Korang pernah tak rasa nak bantu mereka tapi tak tahu caranya? Dah jangan pening-pening. Korang hanya perlu shopping di Printcious saja!! Eh macam mana tu? 

Haa kalau korang nak tau melalui Covid-19 Awareness T-shirt Charity Campaign ni, Printcious dengan kerjasama rakan niaga seperti Ricoh,  Gildan,  Exabytes dan Main-Main akan menyalurkan sebanyak RM50,000 hasil dari jualan t-shirt dan tote bag ke Mercy Malaysia dan yayasan amal yang tidak disebutkan bagi membantu meringankan beban keluarga yang terjejas akibat wabak ni. Kiranya korang bukan saja dapat baju atau tote bag yang cantik, malah korang turut menjadi hero di belakang tabir.
 
Mesti korang tertanya harga t-shirt dan tote bag tu kan sebab selalunya bila ada kempen beli dan sumbang ni harga dia mesti mahal kan. Tapi bukan di Printcious.  Korang boleh dapatkan t-shirt dan tote bag yang istimewa tu hanya pada harga RM29.90 setiap satu. Untuk t-shirt, saiz bermula dari XS hingga 3XL.

Berita baik untuk korang, kalau korang beli 6 rekaan dari kempen ini, korang hanya perlu bayar RM 150 sahaja dan korang juga layak dapat BAUCAR TUNAI BERNILAI RM 150 secara percuma untuk membeli belah di Printcious. Best kan.

Manakala bagi setiap pembelian RM70 ke atas, penghantaran adalah percuma termasuk di Sabah dan Sarawak. 

Bagi yang berminat untuk turut serta dalam kempen ni, korang boleh buat pembelian melalui link di bawah ini. 


Bagi yang ingin beli t-shirt atau tote bag dari kempen ni secara pukal iaitu lebih dari 30 unit, atau korang ada rekaan korang sendiri, Printcious boleh cetakan juga dengan harga bermula serendah RM20 seunit. Murah kan!! Tunggu apa lagi.  Jom lah tempah sekarang. 


 

Sumbang Tabung Mercy Malaysia Dengan Pembelian T-Shirt Unik Covic-19 di Printcious Reviewed by Ana Suhana on June 01, 2020 Rating: 5

10 comments:

  1. Dua dalam satu.Membeli sambil membantu.Dan boleh berkarya jugakan kak Ana dengan design sendiri.

    ReplyDelete
  2. Cantik baju tu.. Kene cari 6 org la.. Bgus printcious buat macam ni

    ReplyDelete
  3. Cantik je design pada t shirt tu. Okay nanti Mimi nak terjah Printcious. Nak beli t shirt jugak

    ReplyDelete
  4. Dulu beli tshirt kat sini.. Mmg suka dgn kualiti kain dia tu

    ReplyDelete
  5. platform yg selalu fiza pakai bila nk buat photobook.. kali nie ada tshirt covid.. menarik jugak nie

    ReplyDelete
  6. Comel design dia. Putih suci lak tengok.

    ReplyDelete
  7. I also support this CSR project, can't wait for my tshirt to arrive

    ReplyDelete
  8. Cantik pula tgok design tshirt ni.. Bgus gk kn beli tshirt kt sini leh mnyumbang sekali

    ReplyDelete
  9. cantik design tshirt tu...sambil membeli sambil menyumbang kan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.