Aidilfitri PKP Dengan Ahli Keluarga Baru

Aidilfitri PKP Dengan Ahli Keluarga Baru l Assalamualaikum.  Harap tak terlambat untuk Ana ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog Ana. Maaf zahir batin sekiranya ada salah silap yang Ana buat sama ada secara sengaja atau tak. Jangan di simpan di dalam hati ye :).
www.anasuhana.com

Aidilfitri PKP Dengan Ahli Keluarga Baru


So macam mana sambutan raya korang tahun ni?  Rata-rata yang Ana baca semua kata raya tahun ni sedih dan paling tak seronok sebab tak boleh balik beraya dengan parents di kampung. Memang sedih kan. Tapi apa kita boleh buat. Demi nak putuskan rangkain Covic-19 ni, kita kena lah korbankan raya tahun ni. Doanya moga raya haji nanti keadaan dah reda. Boleh lah semua balik beraya kan.

Macam Ana, Alhamdulillah sebab both parents hanya tinggal berdekatan. Hanya rentas daerah je. Tu pun dalam 5-15 minit perjalanan. So raya pertama tu memang sempat sangat lah beraya dua-dua rumah. 

Sehari sebelum raya, Ana ke rumah mak. Macam biasa nak masak lauk raya sekali untuk berbuka petang tu.  Tahun ni lauk sama macam tahun sebelum.  Ada masak lodeh, kuah kacang, sambal goreng jawa, daging masak satay, rendang daging dan daging masa kicap. Lontong order je dengan kawan suami. Selesai. Masa masak-masak tu terasa lah juga nak sambut hari raya.  Siap pasang lagu raya lagi nak naikkan semangat beraya kan.

Malam tu lepas berbuka, bagi Syafi main bunga api kejap. Tapi Ana perasan, puasa dalam musim PKP, dekat kawasan Ana kurang sangat orang main mercun. Kalau tak, hari pertama puasa dah meletop sana sini.  Tahun ni sunyi sikit. Tapi seminggu sebelum raya dah start meriah.

Pagi raya tu, Ana ke rumah mak dulu. Sebab tahun ni giliran Ana. Walau jarak rumah parents kitorang hanya sekangkang kera, tetap ikut giliran ok. Hehe. Selalu pagi raya, lepas solat sunat Aidilfitri Ana dah terpacak depan rumah mak. Tahun ni lambat sikit....ada ahli keluarga baru nak disiapkan. 

Perkenalkan... Suraya Amna. Hi aunty uncle.
www.anasuhana.com

Alhamdulillah minggu ke-2 PKP atau lebih tepat lagi 29 Mac 2020, Ana selamat lahirkan baby girl. Seminggu awal dari EDD. Nanti Ana cerita lebih lanjut tentang pengalaman bersalinkan baby dalam musim PKP dalam next entri ok. 

Baby Suraya ni waktu tido dia selalunya pagi sampai tengahari. So pagi raya tu, bila kejutkan dia bangun dan bersiap,  apa lagi ngamuk lah dia. Menangis beria-ia macam kena dera. Kelam kabut juga lah. Selamat abang Syafi dah siap awal-awal. Sampai tertido nak tunggu kitorang siap. Hehe. Sian tengok.
www.anasuhana.com

Dalam pukul 10 baru kitorang siap dan gerak ke rumah mak. Sampai-sampai je terus ke sesi bersalaman. Lepas tu terus sesi bergambar. Lambat sikit sure berkicap sebab panas. Sesi bergambar pun haru sebab baby Suraya mengamuk nak tido. So apa yang ada je lah. Hehe. 
www.anasuhana.com

www.anasuhana.com

www.anasuhana.com

Walau raya tak ke mana, baju raya tetap sedondon. Hehe. Beli online jer. Beli pun sebab murah. Cuma ayah dengan suami Ana je pakai baju raya lama. Baju ayah jangan tanya kenapa tak sama. Tu memang trademark dia. Pakai apa yang ada. Hehe. 

Lepas habis sesi bergambar, dengan rasminya habis lah raya kami hari tu. Haha. Agak hambar juga lah. Selalu kitorang akan ziarah jiran-jiran sebelah. Lepas tu adik beradik mak ayah akan datang beraya.  Tapi tahun ni semua beraya sendiri-sendiri. Bila dah duduk rumah je, so apa boleh buat lagi. Tengok tv, makan lauk raya, lepas tu sambung kunyah kuih raya pulak,  surfing, borak dan repeat benda yang sama. 

Petang tu lari kejap ke rumah mertua. Kejap je dekat sana sebab nak balik before Maghrib kan. Malam duduk dekat rumah sendiri je. Sampai lah ke hari ni. Hehe. 

Nak sambung beraya umah nak memang tak berani. Sebabnya kampung sebelah ada yang kena serbu dengan polis dan kena denda. Tetamu dan tuan rumah dua dua kena denda. Siap masuk berita utana TV3 lagi. Haishh tak sanggup nak bayar beribu semata nak beraya. Baik duduk rumah je kan. 

So cerita raya korang pula macam mana? 





Aidilfitri PKP Dengan Ahli Keluarga Baru Reviewed by Ana Suhana on June 02, 2020 Rating: 5

18 comments:

  1. Iq pun ad pertambahan ahli kluarga raya tahun ni tapi tak dapat nak balik beraya di kampung. Huhu

    ReplyDelete
  2. untungnya..un yang dah kemaruk nak jumpa family ini..mak di kampung sorang2 rindu sangat

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya..Thn ni beraya di rumah sendiri je

    ReplyDelete
  4. Yeah, dah sepasang anak Ana.

    ReplyDelete
  5. Raya tahun ni Marsha biasa-biasa je sebab tak balik kedua-dua belah sebab kena rentas negeri. Tapi still meriah cara sendiri..hihi

    ReplyDelete
  6. Tak sangka dh bersalin kak ana.. Bestnya dh sepasg.. Hehe. Baju raya ayah unik.. Heehe.. Apa2 pun dpt beraya dengan keluarga dan seronok

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    seronoknya tengok
    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  8. Ololoii comelnya Suraya amna. Dni rumah mertua 30mnt dari kuaters. Rumah oarents dni 2j30mnt kena rentas negeri. So raya kali ni tak balik kelantan 😭 huhu

    ReplyDelete
  9. Cantik warna tema baju raya. Bestnya baby baru.

    ReplyDelete
  10. tahniah Ana...dah sepasang dah dan pasti lebih sibuk dgn si kecil tu nanti kan...

    ReplyDelete
  11. Alo comel baby. Selamat Hari Raya Ana

    ReplyDelete
  12. comelnya baby 2020! tahniah! and slmt hri raya sis!

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah... tahniah di atas pertambahan ahli keluarga Ana... Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin ya... kami, alhamdulillah beraya dalam kesederhanaan... semoga Aidilfiltri kali ini memberikan 1001 kemanisan buat kita semua...

    ReplyDelete
  14. tahniah ana.. jadi abg dah syafi.. kali kali ni sambut raya dgn sederhana tpi meriah lagi2 ada org baru kan..

    ReplyDelete
  15. tahniah ana, dapat bayi. bau bayi baru lahir sedapnya. rindu plak

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.