Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA.my

Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA.my l Assalamualaikum. Siapa tak suka emas kan?  Lagi-lagi boleh dapat secara percuma bila kita shopping barang keperluan. Orang kata sambil menyelam minum air gitchuw. 
Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA.my

Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA.my


Kalau Ana sebut tentang CMASA.my mesti ramai yang tak familiar kan?  Tapi kalau Ana sebut tentang YaPEIM, mesti ramai yang tau. Dan rata-rata akan relate YaPEIM dengan kedai pajak emas Ar-Rahnu kan. Hehe.  

Sebenarnya YaPEIM atau nama panjang dia Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ni merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan tujuan untuk membangunkan masyarakat melalui penyempurnaan tanggungjawab sosial. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah Skim Potongan Gaji (SPG), Skim Ibadah Korban, Skim Khariat Nasional, Pengurusan Islami, Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin / Yatim Nasional (SANTUN), Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu (Kelab MASA) dan juga Ar-Rahnu YaPEIM.

Apa kena mengena YaPEIM dengan CMASA.my? Haa kalau korang nak tau, CMASA.my adalah merupakan sebuah platform beli belah atas talian di bawah program terbaru YaPEIM. Ianya bertujuan untuk memberi dan membuka peluang perniagaan dengan  menyediakan asas jaringan dan rantaian bekalan kepada para usahawan CMASA dan juga kepada usahawan luar yang berminat untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Ada pelbagai produk Muslim yang korang boleh beli di CMASA.my seperti makanan, fesyen, barangan bayi dan kanak-kanak, kesihatan dan kecantikan, peralatan rumah dan banyak lagi. 
Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA.my

Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA.my
Dan paling best untuk korang yang jenis suka makan, CMASA.my ada banyak pilihan makanan yang menarik ditawar pada harga yang sangat berpatutan. Yang penting tak perlu susah payah keluar rumah dah. Order online je dan tunggu barang sampai depan pintu rumah. 

6 Wafer Emas Percuma Untuk Direbut


Dah alang-alang shopping di CMASA.my, apa kata korang join contest Share dan Menang Gold Bar ni. Senang je syarat dan cara dia. Mana tau ada rezeki korang terpilih antara 6 orang yang bertuah tu kan. Jom tengok cara untuk join contest ni.

LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari https://cmasa.my/. Tak kisah apa pun korang beli, korang layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini. 

LANGKAH 2 :

Simpan resit pembelian online tersebut. PRIVATE MESSAGE FB Page CMASA dan upload resit pembelian tersebut sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :

Kemudian  buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula

"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" 

Lengkapkan ayat tersebut beserta gambar korang secara kreatif. Jangan lupa sertakan hashtag #cmasa untuk memudahkan pihak CMASA cari posting korang tu.
Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA.my
Senang kan? Haa ni Ana ada tips untuk korang menang hadiah emas tu. Bila dah share posting tu, korang minta lah kawan-kawan dan ahli keluarga korang like, komen dan share posting tu sebab pemenang akan dipilih berdasarkan like dan komen paling tinggi tau. Lagi tinggi support, lagi besar peluang untuk korang dapat emas tu.

Sila ingat, tarikh akhir contest ialah pada 30 Jun 2020. So korang kena cepat-cepat join ok. Ajak mak ayah kakak adik semua join. Beli barang sorang satu pun boleh join dah. Rugi kalau tak join tau :)



Beli Barang Boleh Menang Emas di CMASA.my Reviewed by Ana Suhana on June 24, 2020 Rating: 5

15 comments:

  1. mcm-mcm ada boleh beli kat website ni jom terjah cmasa.my sekarang

    ReplyDelete
  2. Wahh untungnya siapa yang bertuah dapat emas tu nanti.

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya sambil shopping boleh menang hadiah emas.. huntunglah sapa yang terpilih tu kan..

    ReplyDelete
  4. Peetama kali dgr website ni.. Bgusla dia.. Bgi hadiah goldbar

    ReplyDelete
  5. Best ni. Sambil membeli belah dalam masa yang sama berpeluang menang hadiah emas.

    ReplyDelete
  6. Siapa tak mau gold bar tuuu...jom ajak kawan2 join sama..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi membeli dekat cmasmy ni.. lepas ni bolehlah berbelanja disini pula

    ReplyDelete
  8. 1st time dengar mengenai cmasa ni... Boleh la join nanti

    ReplyDelete
  9. platform baru ke nie.. menariklah.. ada tawaran menang emas tu

    ReplyDelete
  10. Beli satu benda je n ada peluang utk menang gold bar. Menariknya

    ReplyDelete
  11. uyoo mudah aje caranya, mana tau ada rezeki utk menang jom

    ReplyDelete
  12. Bagus nyer, boleh menang gold bar nanti sis nak cuba juga

    ReplyDelete
  13. Menarik kan bila ada contest mcm ni..
    Mmng seronok nak shopping disitu..
    Mana tahu ada rezeki nya kn..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.