Tampil Anggun & Elegen Dengan Koleksi Hijab Summer Raya Shera Lee


Tampil Anggun & Elegen Dengan Koleksi Hijab Summer Raya Shera Lee l Assalamualaikum. Ada yang kemurungan ke bila PKP bersambung lagi? Ye lah dah hampir sebulan kita terpaksa stay at home kan. Nak keluar memang tak boleh. So apa aktiviti korang untuk ceriakan hari-hari PKP korang tu?


Tampil Anggun & Elegen Dengan Koleksi Hijab Summer Raya Shera Lee


Macam Ana, salah satu aktiviti untuk release stress musim PKP ni ialah dengan shopping online. Hehe. Lagi-lagi dah nak masuk bulan Ramadan dan Syawal kan. Tapi Ana beli yang wajib je macam keperluan rumah untuk sahur dan berbuka. Untuk raya pula, walau PKP dijangka dilanjutkan, Ana tetap sediakan sorang sepasang baju raya. Ye lah nak lah juga raikan kemenangan kita setelah sebulan berpuasa kan dan juga untuk  sesi bergambar seisi keluarga nanti. Wajib tu!!

Cakap pasal persiapan raya, tak sah kalau tak beli tudung raya kan. Sebenarnya Ana beli tudung ni bukan untuk pakai raya je tapi sebab boleh pakai bila-bila masa kan. Takde lah isu pembaziran. Bila masuk bab beli tudung ni, Ana sebenarnya prefer beli shawl dari tudung bawal sebab shawl ni nampak lebih eksklusif dan cantik untuk digayakan. Dan salah satu jenama hijab favorite Ana  ialah Shera Lee.

Koleksi Summer Raya 1.0 Shera Lee


Untuk pengetahuan korang, koleksi Summer Raya 1.0 ini telah dilancarkan pada 20 Mac 2020 yang lepas di mana terdapat 4 variasi dengan 13 rona warna yang  direka khas sangat yang sangat cantik untuk digayakan pada hari lebaran nanti.

Dan dalam banyak-banyak rekaan tu, Ana paling berkenan dengan rekaan Moroccan Muse in Heather ni. Kemain cantik corak dia. Warna shawl pula soft je. Kemudian material Matte Silk yang diguna pun best. Finishing shawl pula sangat kemas dengan jahitan baby seam.
Hijab Summer Raya Shera Lee
Hijab Summer Raya Shera Lee 
Hijab Summer Raya Shera Lee 
Perasan tak, walau baju yang Ana pakai tu kosong tanpa corak, tapi hasilnya tetap nampak bold, anggun dan elegen bila dipadankan dengan koleksi Summer Raya 1.0 Shera Lee ni.
Hijab Summer Raya Shera Lee 
So korang yang dah beli baju kurung kosong tu, dan tercari-cari padanan tudung yang sesuai, korang wajib dapatkan koleksi Shera Lee ni. Confirm korang akan nampak lebih cantik dan bergaya di pagi raya.

Mesti korang tertanya, bukan material Matte Silk ni licin ke? Ye material dia memang licin. TAPI trust me, walau licin tapi shawl ni senang nak pakai dan terletak elok atas kepala kita. Tak kisah lah muka korang bentuk bujur ke, bulat ke, semuanya sesuai. Tetap akan senang bentuk dan nampak cantik!!
Hijab Summer Raya Shera Lee 
Hanya lilit-lilit kemudian pin, dah siap. Memang sesuai untuk ibu-ibu yang kena siap cepat di pagi raya macam Ana ni. Paling best shawl ni sangat ringan. Rasa macam tak pakai shawl je. Sesuai dengan cuaca panas dekat Malaysia ni.

Koleksi Satin Matte Terbaru Shera Lee


Selain dari koleksi Summer Raya 1.0, Shera Lee juga turut melancarkan koleksi Satin Matte Shawl yang terbaru. Sesuai untuk korang yang suka shawl plain tapi masih tetap menonjolkan ciri elegen. Satin Matter shawl menawarkan beberapa warna yang menawan yang mudah dipadankan dengan apa jenis baju dan corak.

Sebab tak tahan dengan godaan warna-warna yang ada, Ana grab 2 helai untuk koleksi peribadi Ana sendiri. Hehe. 2 warna yang Ana berkenan tersangat-sangat tu ialah Satin Matte in Rasberry dan Satin Matte in Turkish Green.
K
Satin Matte Shera Lee
Memang cantik teruk 2 warna ni okey. Walau shawl ni nampak plain tapi shimmer dari material satin matte yang diguna serta dengan jahitan finishing Eyelash Ham di sekeliling shawl mampu menonjolkan ciri mewah dan eksklusif pada si pemakai.
Satin Matte Shera Lee
Seperti koleksi Summer Raya di atas, shawl dari kolekasi Satin Matte ni juga mudah untuk dibentuk dan digayakan. Bila dah pakai tu, memang akan terletak elok je lah atas kepala korang. Selain tu, tekstur shawl juga ringan dan sejuk. So korang akan rasa sangat selesa  bila pakai shawl ni walau untuk tempoh yang lama.

Kemasan Hijab dengan Viscose Snowcaps Shera Lee


Nak dapatkan pemakaian hijab yang kemas dan terletak elok di kepala, penggunaan anak tudung yang sesuai adalah sangat penting. Dah alang-alang shopping shawl di Shera Lee ni kan, Ana tak ketinggalan beli Viscose Snowcaps mereka yang laku keras tu.
Viscose Snowcaps Shera Lee
Viscose Snowcaps Shera Lee
Ada 10 pilihan warna yang cantik dan mudah padan yang korang boleh pilih untuk Viscose Snowcaps ni. Contoh macam Viscose in Dusty Periwinkle yang Ana pakai tu. Tetap nampak cantik dan sesuai walau dipadankan dengan 3 warna shawl yang berbeza.

Tapi apa yang Ana suka snowcaps ni ialah ianya dihasilkan menggunakan Viscose Cotton yang sangat selesa dan boleh di cuci dengan mesin. Yang paling penting, bila pakai Viscose Snowcaps, dah takde isu rambut terkeluar atau shawl kerap bergerak. Tak caya korang kena lah cuba sendiri.

Promosi Menarik Sedang Berlangsung


Ni ada berita baik untuk korang yang berminat nak melaram dengan koleksi Summer Raya 1.0 Shera Lee ni. Sekarang ni Shera Lee tengah adakan promosi beli 2 helai shawl Summer Raya hanya pada harga RM160 (NP:  RM99/sehelai). Ini bermaksud korang jimat RM38 dan juga jimat kos penghantaran bagi negeri di Semenanjung Malaysia. Caranya mudah saja. Korang hanya perlu masukkan kod : SUMMER2020 semasa check out nanti. Jangan lupa tau.

Satin Matte shawl dan Viscose Snowcaps takde diskaun ke?? Eh haruslah ada u olls. Diskaun kaw kaw lagi. Kalau korang nak tau harga promosi yang ditawarkan, korang kena lah layari website dan media sosial Shera Lee. Link semua ada di bawah. Nak hadiahkan buat yang tersayang pun boleh sebab setiap shawl didatangkan dalam box yang cantik dan eksklusif.
Shera Lee
So tunggu apa lagi. Jom sama-sama tampil anggun dan elegen dengan koleksi hijab Shera Lee di hari raya nanti.

Web : sheralee.my
IG : www.instagram.com/sheralee.my
FB : www.facebook.com/sheralee.my
Tampil Anggun & Elegen Dengan Koleksi Hijab Summer Raya Shera Lee Reviewed by Ana Suhana on April 30, 2020 Rating: 5

21 comments:

  1. cantiknye.. design pun boleh tahan.. dh boleh wat raya tu..

    ReplyDelete
  2. Suka pulak yang bercorak tu kak..

    ReplyDelete
  3. Sukanya design dgn kaler Matte tu... Dah mcm batik pulak.. Ade babyseam lg kemas

    ReplyDelete
  4. Banyak pilihan ada ni. Aduh nak kene cari gak la.. Nak raya.. Hehehe.. Snowcaps tu memnag nad suka pakai

    ReplyDelete
  5. Corak akk pakai tu cantik.. Nanti zaza usha2 tengok kot berkenan boleh rembat satu hehe

    ReplyDelete
  6. cantiknya...pose dkt kawasan umah je la ya kak ana...

    ReplyDelete
  7. Cantik sangat shawl ni. Sesuai dengan Ana 😍

    Bestnya dah siap siap ada shawl untuk raya..

    ReplyDelete
  8. lawa, lembut je color dia kan..

    ReplyDelete
  9. Cantik design tudung ni. Nak g usha jugak laa

    ReplyDelete
  10. So nice design yg printed tu.. Wane dia lawa2 sgt.. Nnti nk terjahlah shera lee kot berkenan

    ReplyDelete
  11. Cantik design tudung Shera Lee ni, memang sangat menarik kalau pakai di pagi raya nanti

    ReplyDelete
  12. Cantik cantik design shawl Shera Lee ni. Tahun ni Mimi beraya pun pakai bawal sarung je.

    ReplyDelete
  13. Sis dah jatuh cinta dgn koleksi shera lee ni. Senang dn sejuk je bila pakai

    ReplyDelete
  14. Wah, dah boleh jadi model dah tu kak Ana heheh
    .
    Oh ya, selamat berpuasa!! ^_^

    ReplyDelete
  15. Tudung Shera Lee memang cantik, material, design and warna pun soothing.

    ReplyDelete
  16. nice n simple.

    nnt dah beli mai raya rumah sy na.. heheh

    ReplyDelete
  17. lawanya design first tu! yg pakai tudung ni pun manis je orangnya hehe
    tengok corak tudung ni pun tau dah dia exclusive, teringin nk ada tudung corak camni :D

    ReplyDelete
  18. cantik la yg bercorak purple ke lilac tu..mcm kain pua...sesuai utk Ana

    ReplyDelete
  19. cantiknya tudung soft purple tu

    ReplyDelete
  20. Cantiklah pattern tudung yang first tu. Suka pakai eyelash yang tak lembik. Sedang elok lah material dia kan.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.