Damba CintaMu Alif Satar & Raihan Versi 2020 Memang Padu


Damba CintaMu Alif Satar & Raihan Versi 2020 Memang Padu l Assalamualaikum. Siapa suka lagu-lagu kumpulan Raihan mesti pernah dengar Damba CintaMu ni kan. Terbaru lagu ni diberi nafas yang lebih segar, sekali lagi hasil kolaborasi Alif Satar dan Kumpulan Raihan.
Damba Cintamu Alif Satar & Raihan

Damba CintaMu Alif Satar & Raihan Versi 2020 Memang Padu


Lepas kejayaan kolaborasi dalam lagu Sesungguhnya setahun lepas, Ana pasti ramai yang tertunggu duet 2 penyanyi hebat ni kan. Dan semalam, lagu Damba CintaMu telah release di Youtube  Alif dan Ana tak lepas peluang untuk dengar. Nak juga tau sedap ke tak kan.

Tapi lepas dengar sekali, Ana dok repeat berulang kali lepas tu. Rasanya lagi sedap dari lagu asal dia. Bagi Ana lah. Rasa lirik tu lagi menyentuh kalbu gitu. Tersentap, sedih, malu semua bercampur baur. Makan dalam katanya. Siapa kata lagu-lagu ni hanya melalaikan je kan. Tak caya korang hayati lah sendiri lirik dekat bawah ni.




Tuhanku ampunkanlah,
Segala dosaku,
Tuhanku maafkanlah,
Kejahilan hambaMu.

Kusering melanggar laranganmu,
Dalam sedar ataupun tidak,
Kusering meninggalkan suruhanMu,
Walau sedar aku milikMu.

Tuhanku ampunkanlah,
Segala dosaku.
Tuhanku maafkanlah,
Kejahilan hambaMu.

Chorus

Bilakah diri ini kan kembali,
Kepada fitrah sebenar,
Pagiku ingat petang ku alpa,
Begitulah silih berganti.

Oh Tuhanku Kau pimpinlah,
Diri ini Yang mendamba cintaMu,
Aku lemah Aku jahil,
Tanpa pimpinan dariMu.

Ku sering berjanji depanMu,
Sering jua ku memungkiri,
Ku pernah menangis keranaMu,
Kemudian ketawa semula.

Ulang chorus

Kau Pengasih Kau Penyayang,
Kau Pengampun kepada hamba-hambaMu,
Selangkah ku kepadaMu,
Seribu langkah Kau padaku.

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke syurgaMu,
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu.

Ku takut kepadaMu,
Ku harap jua padaMu,
Moga ku kan selamat dunia akhirat,
Seperti Rasul dan Sahabat.
Damba CintaMu Alif Satar & Raihan Versi 2020 Memang Padu Reviewed by Ana Suhana on April 28, 2020 Rating: 5

9 comments:

  1. Suka Aliff Satar ni. Nyanyi apa pun sedap ja suara dia. Salam Ramadan kak! Lama tak menyinggah hehe.

    ReplyDelete
  2. salam 6 ramadhan akk...
    nieyl baru je lepas dengar lagu ni dkt utube...:)

    ReplyDelete
  3. memang best lirik dan nyanyian Alif Satar ni...memang terasa pd diri..

    ReplyDelete
  4. best sangat. x puas dengar

    ReplyDelete
  5. Best lagu ni. Aril ade post baru. Jom singgah

    ReplyDelete
  6. lagu feveret akak sejak dulu

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.