Hi Tea Sambutan Hari Jadi Syafi Ke-6 Tahun


Hi Tea Sambutan Hari Jadi Syafi Ke-6 Tahun l Assalamualaikum. 17 Februari lepas genap umur Syafi 6 tahun. Kejap je dah besar. Makin bijak makin banyak cakap. Dan pendapat dia pun makin solid. Hehe. Tahun ni Syafi masih lagi di Tabika Kemas. Cuma tabika di tabika lain je. Alhamdulillah tahun ni senang je urus dia ke sekolah. Dah takde drama drama sebabak macam tahun lepas. Onde is lega.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi

Hi Tea Sambutan Hari Jadi Syafi Ke-6 Tahun

So tahun ni Ana tanya nak sambut birthday dekat mana? Kalau last year celebrate birthday dekat sekolah je. Bagi dia rasa celebrate dengan kawan-kawan. Syafi kata nak buat dekat rumah je. Nak sambut dengan pakcik makcik dia yang 3 suku tu. Haha. Lagi best katanya. En Suami pun kata ok so proceed sambut dekat rumah.

Memula ingat nak buat kecik-kecik je tapi bila pikir balik, lagi best dan meriah kalau jemput both family dan saudara mara terdekat kan. Lepas kira bajet yang diperlukan, memang ngam sangat lah. So proceed extend jemputan dekat saudara mara plus jiran terdekat. Ana bajet untuk 50 orang makan.

Menu utama kali ni sama macam menu sambutan hari jadi Syafi ke-4 iaitu bihun soto bergedel. Menu favorite mak mertua Ana. Sesuai  sangat lah untuk menu hi tea kan. Alhamdulillah mendapat sambutan hangat soto petang tu. Habis licin at the end of the day. Lebih dari 80 orang yang datang dapat makan soto hari tu. Siap ada yang minta resipi lagi. Hehe.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Sebab takut tak cukup soto tu, Ana sediakan menu tambahan iaitu kuew teow goreng basah. Goreng sekilo nugget untuk budak-budak juga. Pun licin juga. Alhamdulillah.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Untuk kuih muih, memula plan nak order karipap. Tapi macam biasa lah pulak. So Ana decide hidangkan roti jala dengan kuah kari dan special ada serawa durian. Tapi untuk serawa tu first come first serve sebabnya durian mahal kan sekarang. Hehe. Tapi ramai juga lah yang dapat makan roti jala dengan serawa durian tu. Roti jala 200 keping yang Ana order tinggal kurang 10 keping je hari tu. Puas hati tengok orang dapat makan kan.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Ana sediakan juga puding jagung petang tu tapi tak sempat nak amik gambar. Gambar kemeriahan majlis tu pun Ana tak sempat nak amik sebab sibuk dok layan tetamu. Gambar atau video Syafi potong kek pun takde. Dapat sekeping dua je. Haha.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Untuk air pula, Ana sediakan air sejuk dan air panas. Air sejuk Ana buat air Sunquick Tropica dan air cocktail. Manakala untuk air panas, Ana sediakan mesin Aristo untuk dorang buat sendiri air panas dorang. Ada flavo coklat dan kopi. Ikut selera masing-masing. Pun laku juga air Aristo petang tu. Hehe.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Kek hari jadi Syafi tahun ni dia nak kek bertemakan Dinosor. Macam tahun tahun lepas, Ana akan order dengan Pejol dari Gerobok Kek.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Memang puas hati sangat. Walau hanya kek sponge tapi rasa dia sedap dan tektur kek dia lembut sangat. Siap ada yang bertanya order dekat mana. Flavor kek tahun ni Ana order flavor pandan. Harga pun murah sangat. Sekilo kek tu dia caj RM66 je. Memang puas hati lah. Dengan deko ala ala zaman Dino tu kan. Menjadi sangat.

Selain kek ada juga brownies, cheese tart dan juga creampuff di kaunter kek. Brownies tu mak mertua Ana buat sendiri. Puas hati. Sedap, lembut dan moist. Memang favorite dekat rumah ni.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Cheese tart dan creampuff tu pula Ana order dari My Cheese Tart Kitchen. Ana amik yang mini size sebagai menu tambahan je. Pun Ana puas hati sebab sedap dan packaging dia pun terbaik. 100 pieces baru RM50 je.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Majlis start pukul 3 dan last tetamu balik pukul 8. 5 jam juga majlis hari jadi Syafi hari tu. Sama lama macam majlis kenduri kahwin dah haaa. Haha. Penat memang penat tapi rasa happy dan puas hati bila dapat gather ramai-ramai.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Tapi Syafi paling happy. Kemain sakan dia berlari dengan saudara mara dia hari tu. Lepas tu dapat banyak hadiah. Ada robot Dino, beyblade, baju lagi. Memang suka lah dia. Tido siap peluk Dino tu. Hehe. Rezeki Syafi kan.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
InsyaAllah ada rezeki boleh buat lagi next year ye.
Hi Tea Sambutan Hari Jadi
Oh ya malam sebelum majlis, ayah Ana buatkan majlis doa selamat dengan budak-budak mengaji untuk Syafi. Moga Allah memberi keberkatan dalam hidup Syafi dan sentiasa pelihara Syafi di mana juga dia berada. Amin.







Hi Tea Sambutan Hari Jadi Syafi Ke-6 Tahun Reviewed by Ana Suhana on February 21, 2020 Rating: 5

20 comments:

  1. wahh meriahnya!
    kek birthday tu cantik sangat!

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Shafi, semoga semua impian menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  3. anak anak dah besar. dah takde la nak buat bday party lagi. best la rumah kalau ada tanah. senang nak pasang khemah buat jamuan.

    ReplyDelete
  4. Meriah birthday celebration Syafi.. Happy belated birthday Syafi..
    Syafi share bulan yang sama dengan aunty ;)

    ReplyDelete
  5. Hepy bday Syafi.. semoga jadi anak soleh..

    ReplyDelete
  6. Iza paling terliur tengok brownies. Hehe. Btw happy birthday syafi. Moga membesar jadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  7. meriahnya !! hee~ terliur aunty tengok semua makanan tu.. semoga syafi jadi anak soleh ya..

    ReplyDelete
  8. sedapnya roti jala and brownies tu!!!!

    btw happy birthday syafi

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.Meriah.Menjadi kenangan indah untuk Syafi..moga menjadi anak soleh.Memberi manfaat kepada ramai orang.

    ReplyDelete
  10. kejap je dah besar syafi.. semoga sentiasa berada dldm lindungan Allah. amin.
    psstttt : roti jala tu mengancammmmmmm

    ReplyDelete
  11. happy belated birthday syafi...meriah menu hi tea busday syafi...yummmyyyy

    ReplyDelete
  12. Happy belated Syafi.
    semoga menjadi anak yang berbakti kepada orang tua.

    cepat je masa berlalu kan..

    ReplyDelete
  13. Seronoknya Staff. Semoga membesar jadi anak yang hebat.

    ReplyDelete
  14. selamat hari lahir Syafi. geram tengok kek tu ^_^

    ReplyDelete
  15. Cantiknya kek syafi.
    Acik ucapkan Happy belated birthday 🥰

    ReplyDelete
  16. sampai hati syafi tak jemput aunty tauu.. terliur tgk soto bergedil tu tauu.. fav tuuu

    ReplyDelete
  17. Memang meriah majlis birthday Syafi. Menu pun banyak. Sedap sedap belaka tau menu yang disediakan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.