Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands! Taman Tema Seisi Keluarga


Skytropolis Indoor Theme Park  Genting Highlands! Taman Tema Seisi Keluarga l Assalamualaikum. Baru-baru ni Ana sekeluarga saja-saja naik Genting dan bermalam di First World Hotel. Ni merupakan kali kedua Ana bermalam di sini. Last 10 tahun lepas rasanya. So memang nampak perbezaan ketara baik dari segi proses check in check out, tempat makanan halal, taman hiburan dan banyak lagi.
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands

Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands! Taman Tema Seisi Keluarga






Ana sampai First World Hotel dalam hari Jumaat dalam pukul 5 petang macam tu. Nak jadi rezeki tak ramai orang nak check in. Lega sesangat. Kalau dulu nak check in kena beratur dekat kaunter berjam-jam lamanya tapi sekarang korang boleh check in di beberapa self check in kiosk yang disediakan. Sangat mudah dan cepat.

Bermalam di First World Hotel






Kali ni Ana booked bilik jenis deluxe thru Agoda dengan harga RM110 je. Ingat nak tambah semalam lagi tapi bila tengok harga, boleh nangis woo. 7x ganda harga hari Jumaat tu. Haha. So semalam pun cukup lah ye. Sebab tu tips nak dapat harga hotel murah, booked pada weekdays dan bukan musim cuti sekolah. Tak caya korang cubalah compare sendiri.
Untik bilik deluxe terletak di tower 2. So make sure korang naik lif tower yang betul ye. Siapa yang pernah stay di First World Hotel ni tau lah saiz bilik-bilik di sini kan. Untuk bilik deluxe ni, saiz dia hanya 180 kaki persegi. Muat dengan selesa untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak sekitar umur Syafi.
Kemudahan asas seperti tv with in house movies, tea and coffee making, toiletries, kettle, mini bar, hair dryer semua ada disediakan. Jangan korang complaint takde aircond dah lah ye. Hehe. Wifi percuma hanya di area lobi saja tau korang!!

Berhibur di Skytropolis Indoor Theme Park 


Lepas selesai check in dan solat Maghrib, kami turun isi perut dan seterusnya terus ke Skytropolis Indoor Theme Park  ni. Pada yang tertanya lokasi taman tema Genting Highlands ni, ianya terletak di level 1 First World Plaza. Senang kata antara Sky Avenue dan First World Hotel. Sure korang jumpa punya. Selain dari taman tema ni korang juga boleh menikmati dunia salji atau bermain bowling di Snow World dan Genting Bowl.
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands
Skytropolis Indoor Theme Park yang berkeluasan 400,000 kaki persegi ni menyediakan lebih dari 20 rides untuk hiburan seisi keluarga dan beroperasi bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands
Antara ride dewasa yang korang boleh cuba ialah Spin Crazy, Disco, Sky Towers, Power Surge, Power Bumper dan Music Express.
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands
Tapi kalau korang macam Ana, berani tak berani boleh try ride yang low thrill seperti Space Cadets, Cooper Express, Balon Space, Royal Carousel, Tea Cups dan Skyscraper ni. Hehe.
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands

Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands
Untuk anak-anak pun ada juga tau. Kata taman tema seisi keluarga kan. Cuma ada sesetengah ride ada had ketinggian yang dibenarkan so make sure ukur dulu ketinggian anak-anak korang sebelum beli tiket. Kalau tak membazir je nanti. Antara ride yang ada seperti Loop de loop, Boo boo bump, Whirly Bugs dan Ride em' around.
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands
Bagi peminat permainan roller coaster, harap bersabar sebab ride ni masih dalam pembinaan. Trek dia kita dah boleh nampak dekat atas tu. Agak mengecutkan perut juga lah siapa yang naik nanti. Hehe.

Harga Tiket Skytropolis Indoor Theme Park 

Tiket untuk naik semua rides yang ada di sini korang boleh beli secara online atau terus beli di kaunter di taman tema ni.

PAY-PER-RIDE
Weekdays : 
RM10
Weekend / Public Holiday / School Holiday :
RM15

PREVIEW PASS
1 day pass : 
RM60
2 day pass :
RM78

Harga memang berbeza antara weekedays dan weekends. Kalau nak jimat lagi better beli Preview Pass untuk sehari atau 2 hari sekaligus sebab korang boleh naik semua rides yang ada di sini tanpa had. Nak repeat sampai lebam pun takde siapa marah. Jangan sampai muntah hijau dah. Haha. Tapi kalau setakat nak cuba 1-2 rides jer, korang boleh beli tiket pay-per-ride macam kitorang buat. Hehe.

Esoknya sebelum pukul 11 kitorang dah check out. Tak silap dekat sini memang waktu check out pukul 11. Nak check out mudah je. Korang hanya perlu masukkan kad bilik ke dalam mesin-mesin check out yang disediakan di sepanjang kawasan lobi. Tak sampai seminit selesai urusan check out.
Sebelum balik KL, kitorang sempat singgah di Genting Strawberry Leisure Farm di Gohtong Jaya. Bagi puas hati si kecik tu berjalan. Nak jalan bercuti lepas ni tak tahu bila pulak kan.
Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands! Taman Tema Seisi Keluarga Reviewed by Ana Suhana on November 04, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. lama dah tak ke theme park tu.. indoor lagi x penah pegi. penah 2x ke outdoor tapi sebab jenis x suka theme park x truja sngt. eeh ada stroberi farm eh ? baruu tauuu..

    ReplyDelete
  2. Banyak juga tu kak beza harganya.
    Alhamdulillah seronok Syafi.

    ReplyDelete
  3. Uish harga rm100 dan ride rm70 je. Affordable juga ni. Lama betul tak naik naik genting.

    ReplyDelete
  4. Lama tak jejak genting ni. Makin banyak permainan yang best. Ni rasa nak datang sini lagi ni

    ReplyDelete
  5. Lama tak naik Genting nih last tahun bila pun lupa dah. Menarik pakej kat sini sekarang boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  6. Lama dah Kak Sue tak pi Genting, last masa belum kawin kut. Nanti boleh plan pi sana dengan Abang Man dengan anak-anak pula..

    ReplyDelete
  7. nmpk besar dah shafi.. meninggi dia.

    ReplyDelete
  8. Akak p genting bila menang contest..sbb dpt free stay... Syok sejuk222.. Lama benor tgu outdoor open, ramai xsbr.. Xtaula bila siap tu.. Ank2 suka la indoor ada mcm2 ride tu

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya jenjalan genting. Plan gak nak gi genting tapi keluar berita pula tanah runtuh kan

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaa , lama dah tak pergi genting .

    ReplyDelete
  11. Lama tak ke Gentung.. Last lps bersalin kan Daim

    ReplyDelete
  12. wah bestnya, xpernah lagi sampai genting..

    ReplyDelete
  13. Wahhhh dah nak setahun rasanya xnaik genting. Mcm best betul main2 dekat indoor. Ermmm agak2 bawak baby sesuai x? Hehehhehe

    ReplyDelete
  14. Mrs. A kalau pi GH balik hari je tak pernah lagi check-in nampak AS check-in ni teringin pulok!! huhuhu...
    April last year Mrs. A ada pergi GH tapi tulah out door tu tak siap lagi sekarang pun tak siap lagi ya AS lama betul kan hahahhaaa...

    ReplyDelete
  15. Akak nak ajak dania bermalam kat atas ni la..dia plak x nak..x best katanyaaaa...alaaaaa...amenda ntah...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.