Restoran Beriani Asif Menu Masakan Asli Pakistan


Restoran Beriani Asif Menu Masakan Asli Pakistan l Assalamualaikum. Cakap pasal Restoran Beriani Asif di Bukit Bintang ni, sebenarnya dah cukup lama kitorang teringin nak makan dekat sini. Memula pergi 2 tahun lepas, tutup lah pulak. Lepas tu tak pergi-pergi sampai lah minggu lepas, kebetulan nak ke Pasar Pudu so plan singgah lah sini dulu.
Restoran Beriani Asif

Restoran Beriani Asif Menu Masakan Asli Pakistan


Restoran Beriani Asif ni terletak di deretan rumah kedai di Jalan Lorong Walter Granier dan di kelilingi deretan hotel-hotel. Memandangkan kawasan parking depan restoran ni dah di tutup untuk projek pembinaan, so memang payah sesangat nak dapatkan tempat parking. 4-5 kali juga lah kitorang berpusing-pusing cari petak kosong tapi takde. Last-last park je tepi tepi jalan tu sebab semua kereta pun park kat situ. Actually restoran ni ada je sediakan petak parking untuk custommer tapi penuh plak hari tu. Sabau je lah. 

Mujur restoran ni berhawa dingin. Lega lah sikit lepas berjalan bawah panas dari tempat kereta tadi. Keadaan restoran pun selesa dan kemas. Sesuai nak buat gathering atau makan-makan bersama family. Staff dia pulak friendly dan service pun cepat. Hilang semua rasa penat berjalan tadi. Haha. And no wonder ramai yang makan dekat sini masa tu. Pelbagai kaum semua ada. Confirm sedap ni kan.

Pelbagai Menu Masakan Pakistan


Dah nama pun Restoran Beriani Asif, wajib lah cuba nasi beriani kan. Ada banyak menu nasi beriani masakan Pakistan yang korang boleh pilih seperti beriani ayam, beriani daging, beriani kofta dan beriani keema. Kalau korang order beriani kosong, korang boleh "lawankan" dengan pelbagai menu berasaskan ayam, daging dan kambing. Masakan sizzle & grill pun ada kalau kata tak nak makan nasi.

Macam kitorang order hari tu, kitorang pilih menu ala carte - 2 pinggan nasi beriani kosong, 1 chicken butter dan 1 daging masala. Sayur tu free sebab termasuk dalam nasi beriani tu agaknya. So cukup lah meal tengahari tu.
Restoran Beriani Asif
Masa nasi tu sampai, Ana macm terkebil kejap sebab ingat 2 pinggan biasa portion dia. Sekali hamikkk ko. Semangkuk nasi dia bagi. Boleh makan 4 orang kot. Haha.

Tapi Ana suka nasi beriani Asif ni sebab nasi dia plain. Tak heavy dengan rempah ratus macam nasi beriani di restoran-restoran lain. Kena lah dengan perut Ana. Kalau makan beriani yang penuh dengan rempah tu, siap lah!! Perut rasa macam terbakar lepas tu sebab gastrik. Orang kata sebab kas kas dia. Tak tahu lah betul ke tak.
Restoran Beriani Asif
Kemudian 2 lauk yang Ana pilih tu pun sedap rasa dia. Butter chicken sesuai untuk orang yang tak makan pedas epescially kanak-kanak. Terasa lemak-lemak kuah butter dia tu.  Macam keju cair pun ada sikit sikit. Cuma akan cepat rasa muak lah. Hehe.
Restoran Beriani Asif
Bagi yang suka masakan berempah boleh cuba daging masala ni. Daging dia kemain lembut. Tak perlu nak kunyah sampai banyak kali. Hehe. Ana makan sikit je sebab takut rempah dia tu pedas kan. Tapi sebab makan dengan nasi, takde pulak rasa pedih perut tu.
Restoran Beriani Asif
Macam biasa, tak sah kalau order takde menu tambahan. Haha. Kali ni kitorang order nan cheese 1. Nak tengok sedap ke idok nan cheese dia. Nak makan dekat Nan Cheese Pak Putra jauh lah pulak kan. Mau kena check in hotel di Melaka semalam nanti tu. Hehe.
Restoran Beriani Asif
Beza nan cheese dekat sini ialah takde kuah macam kedai mamak lain. Nan semata. So memandangkan kitorang ada kuah daging masala tu, cukup lah jadi pencicah. Pun sodap. Nan cheese dia pun lembut dan gebu. Siap tapau bawa balik 2 keping untuk rumah mak. Hehe.

So pada korang yang nak cuba rasa nasi beriani Pakistan, korang boleh lah ke Restoran Beriani Asif ni. InsyaAllah korang akan puas hati dengan rasa makanan yang disajikan. Kalau rasa jauh nak ke Bukit Bintang ni, ada cawangan lain juga tak silap Ana. Salah satunya cawangan di Ampang.  Boleh lah cuba try test nanti.


















Restoran Beriani Asif Menu Masakan Asli Pakistan Reviewed by Ana Suhana on November 11, 2019 Rating: 5

13 comments:

  1. Mmg tmpt fav ni time opis dkt kl dlu sbb jlnkaki je sbb area situ mmg pyh parking.. Nanti p yg Ampang la senang parking.. Mmg sedap mkn sini.. Nanti try garlic cheese naan.. Menu lain akak slalu order chicken masala, Lamb shank, lamb grill.. Mango lassi pn sodap.. Adoi lapar la plak teringat2

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan nasi beriani. Kena kawal makan sebab makin mengembang tapi bila tengok orang update entry makanan selera tu jadi tajam pulak.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Ya Allah , sedapnya nan cheese tu . Lately kat friendlist saya ramai yang post gambar nan cheese , memang nak suruh saya pergi cari jugak ke .? heheh

    ReplyDelete
  4. Nan cheese tu buat PC telan air liur.

    ReplyDelete
  5. wow wow..sedapnya.. lama x makan nasi beriani

    ReplyDelete
  6. Waduh nampk sedp semuanya.. Kuah dia pekat sungguh.. Lama juga takk makn roti nan cheese

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Nampak nasi tu menyelerakan. Ade pulak nan cheese. Aduhhhhh dah lama xmkn smua tu.

    ReplyDelete
  8. terliur tp tengah sakit gigi, spoil habis haha

    ReplyDelete
  9. tudiaaaa...dh la blom makan lagi ha...aduyai..nampak sedap semua makanan tu..

    ReplyDelete
  10. Tengok gambar terus lapar Ana..
    Nan Cheese dia nampak gebu, iskh menduga..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya dapat makan nasi beriani original gitu kan. Dapat makan dengan daging masala lembut memang syok makan. Butter chicken tu cambest gak

    ReplyDelete
  12. wahh boleh try la nanti.. semua nampak sedap2 belaka

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.