Kulit Awet Muda Dengan EVERSOFT SKINZ Timeless Youth


Kulit Kekal Remaja Dengan EVERSOFT SKINZ Timeless Youth l Assalamualaikum. Siapa yang tak nak kelihatan muda kan walau usia makin bertambah kan? Kalau Ana sendiri Ana pun nak nampak muda remaja gitchuw. Tapi bukan mudah nak kekalkan kulit yang sihat dan anjal sebab banyak faktor yang kita kena jaga.


Kulit Awet Muda Dengan EVERSOFT SKINZ Timeless Youth


Di Malaysia sendiri kita boleh kira berapa orang je yang mempunyai wajah awet muda. Paling senang kita tengok selebriti je lah. Antara yang sering dikatakan mempunyai wajah yang tak dimamah usia ialah Amy Mastura dan Nora Danish. Betul tak? Dari awal kemunculan mereka dalam industri hiburan sampai lah kini, muka dorang maintain muda je kan. Tak nampak berubah langsung walau dah beranak pinak. Mohon lah sama-sama kita jeles. 

Tapi berbeza dengan wanita di Jepun di mana rata-rata mereka mempunyai raut wajah yang muda remaja. Kadang tak tahu nak bezakan samada wanita tu anak dara atau mak dara. So apa rahsia mereka? Haa kalau korang nak tau antara rahsia utama nak dapatkan kulit yang sihat dan awet muda ialah rutin penjagaan wajah serta amalan pemakanan yang sihat yang sentiasa dititikberatkan. Nampak mudah je rahsia mereka tapi nak amalkan tu yang payah. Tu belum lagi masuk faktor alam sekitar yang berbahaya seperti pencemaran, suhu lembap dan udara kering dari penghawa dingin serta tekanan kerja harian juga boleh penyumbang kepada penuaan kulit. Tapi worry no more sebab sekarang kita semua pun boleh memiliki kulit wajah yang muda remaja seperti wanita Jepun dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.


EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Rangkaian Anti Penuaan


Rangkaian produk penjagaan kulit terkenal, EVERSOFT SKINZ baru-baru ini telah melancarkan rangkaian anti penuaan terbaru mereka iaitu EVERSOFT SKINZ Timeless Youth yang direka khas untuk menggalakkan dan mengekalkan raut wajah kulit yang mulus dan gebu serta membantu melawan tanda-tanda penuaan.
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth
Rangkaian yang diformulasi daripada manfaat alam semulajadi serta mengandungi 100% ekstrak tumbuhan ini diproses menggunakan teknologi canggih dari Jepun adalah bebas daripada bahan-bahan berbahaya seperti Paraben, pewarna tiruan, pewangi tiruan, minyak mineral, alcohol dan Phthalates serta tidak mempunyai bahan dari sumber haiwan. So korang semua boleh pakai tanpa rasa was-was.

Antara estrak tumbuhan yang digunakan di dalam rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth ini ialah UME atau turut dikenali sebagai Aprikot Jepun. UME digunakan secara tradisional dalam perubatan Jepun untuk melembutkan serta menyamaratakan tona kulit kerana mengandungi anti-glycation yang berfungsi menentang kesan penuaan seperti kedutan, kehilangan keanjalan, perubahan warna dan fungsi pertahanan kulit terjejas sehingga ke dalam lapisan sel kulit.

Selain UME, siri EVERSOFT SKINZ Timeless Youth juga mengandungi Wakame Seaweed yang kaya dengan Phyto-collagen yang membantu mengurangkan kedutan dan garis halus. Manakala Minyak Rosehip pula berupaya untuk menguatkan lapisan pertahanan kulit, mengekalkan lembapan, serta mengurangkan bintik hitam.


5 Produk Di Bawah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth


Rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth terdiri daripada 5 jenis produk yang berfungsi untuk  melawan kesan penuaan dengan berkesan jika digunakan mengikut aturan:

1. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Cleansing Foam (100ml-RM20.90)
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth
Merupakan pembersih yang bersifat buih yang bebas-sabun, mengandungi kadar pH seimbang dan lembut pada kulit. Ia bertindak menanggalkan segala kotoran pada wajah, menghindari pencemaran berbahaya dan mengekalkan kelembapan kulit. Hasilnya kulit kekal licin dan lembut.


2. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Toning Lotion (100ml-RM29.90)
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth
Toner berasaskan air ini bertekstur ringan dan cepat meresap ke dalam kulit. Ia mampu memberikan 2x penghidaratan segera, mengunci lembapan selama 24 jam, mengecilkan pori serta menggalakkan penghasilan pertahanan kulit untuk penghidratan kulit wajah dari dalam.


3. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Replumping Repair Serum (30ml- RM69.90)
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth
Serum merupakan produk penting untuk rejim penjagaan kulit wanita kerana ianya terbukti mampu mengurangkan kedutan supaya kulit kekal licin dan anjal dalam masa 3 hari. Ianya tidak berminyak, pantas meresap serta mempunyai sentuhan sehalus baldu yang direka khas untuk meningkatkan penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan, menguatkan pertahanan kulit, dan menghindar dari kehilangan lembapan. Sesuai digunakan pada muka dan sekitar kawasan mata.


4. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Day Defence SPF 30 PA++ (40g-RM45.90)
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth
Multi-Corrective Day Defence merupakan pelembap yang bertekstur ringan, tidak melekit dan pantas meresap dengan 3x kesan pelembap dengan SPF30 PA++ untuk perlindungan kulit sepanjang hari daripada sinaran UV berbahaya yang menyumbang kepada penuaan kulit. Penggunaan pelembap ini akan meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.


5. EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Night Solution  (40g-RM49.90)
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth
Akhir sekali rawat dan baiki kulit wajah yang rosak dengan pelembap yang berasaskan air yang tidak melekit ini. Pelembap malam ini mampu mengekalkan kelembapan kulit sehingga 12 jam dan memperlahankan proses penuaan. Kesannya korang akan mengalami kulit yang anjal, halus, licin, serta liang pori semakin mengecil.


So pada korang yang memiliki gaya hidup yang sentiasa terdedah kepada panas terik dan sinaran ultra ungu dan perubahan suhu dan cuaca, EVERSOFT SKINZ Timeless Youth adalah penyelesaian terbaik untuk korang mengurangkan semua masalah terhadap penuaan kulit. Dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth, korang akan terperanjat tengok perubahan kulit wajah yang semakin anjal, sihat dan berseri hanya dalam masa 3 hari! Yang penting rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth selamat untuk digunakan.

Pada yang nak tak sabar nak memiliki kulit muda remaja seperti kulit wanita Jepun,  korang boleh dapatkan rangkaian penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth ni  di semua farmasi utama dan pasaraya terkemuka seluruh negara. Dan untuk maklumat lanjut tentang jenama EVERSOFT SKINZ dan produk-produk di bawahnya, korang boleh layari laman Facebook rasmi EVERSOFT SKINZ di https://www.facebook.com/EversoftSkinz/.



Kulit Awet Muda Dengan EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Reviewed by Ana Suhana on November 13, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. Dulu LeYa memang pernah pakai produk Eversoft. Tak sangka ade new produk laa.. Lama tinggalkan semenjak dah bertukar lain..hihi..

    ReplyDelete
  2. Boleh dipertimbangkan ni..sesekali nak cuba juga jenama lain kan Kak.

    ReplyDelete
  3. Waahhhhh dah ada range products baru dah erh eversoft ni. Dulu-dulu zaman remaja dok pakai eversoft avocado, sekarang dah advanced tauuuu ada skinz timeless youth pulak. Impress jap hehehe..

    ReplyDelete
  4. Suka pulak dengan pacakaging dia..warna merah..cantik sangat..

    ReplyDelete
  5. byk product untuk kulit kelihatan lebih cantik dan bersih..boleh la cuba mana yg sesuai

    ReplyDelete
  6. Dah try serum dia, memang best bila apply dekat muka. Lembut je & tak melekit

    ReplyDelete
  7. wow merah menyala packaging dia. Timeless sangat sesuai dengan mereka yang semakin berusia kan

    ReplyDelete
  8. Lawa... Menarik Warna.. Akk pn ada set Eversoft tp blossom whitw

    ReplyDelete
  9. waa akak dulu pakai eversoft. mmg best. nak try lah skinz timeless ni

    ReplyDelete
  10. Dulu pernh pakai eversoft.. Bekas merah juga.. Ni pun mcm menarik..

    ReplyDelete
  11. Bagus juga eversoft ini ya . Dapat pakai satu set memang best

    ReplyDelete
  12. Fuhh lawanya dia punya tema product warna merah.. Eversoft ni mmg jenama terkenal gak kat malaysia kan

    ReplyDelete
  13. Wah eversoft dah ada rangkaian produk baru ye. Nampak menarik pulak

    ReplyDelete
  14. Rasanya produk dari Eversoft ni tak pernah lg try. Nampak menarik ni.

    ReplyDelete
  15. dah start jual tak.. nak gi cari la

    ReplyDelete
  16. Tak pernah mencuba Eversoft ni. Nampak menarik sangat itu.. Harga berpatutan.. Boleh masuk list ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.