PKSK & UKKM: Laluan Masuk ke SBP, MRSM dan Sekolah Berprestij
PKSK & UKKM: Laluan Masuk ke SBP, MRSM dan Sekolah Berprestij l Setiap tahun, ramai murid Tahun 6 yang memasang impian untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau sekolah elit yang lain. Tapi tahu tak antara syarat penting untuk kemasukan sekolah-sekolah di atas ialah dengan menduduki PKSK dan UKKM.
PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus digunakan untuk kemasukan ke SBP, SMKA, dan SMT. Ujian ini merangkumi tiga komponen utama iaitu kecerdasan insaniah, kecerdasan intelek dan artikulasi penulisan. Ia direka bagi mengenal pasti potensi pelajar secara menyeluruh — bukan hanya cemerlang akademik, tapi juga cemerlang dari segi sahsiah dan cara berfikir.
Manakala UKKM atau Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM pula ujian khas untuk para pelajar yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM. Ujian ini lebih menekankan subjek akademik seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Personaliti.
Kedua-dua ujian ini bukan semata-mata tentang lulus atau gagal. Ia menilai kesesuaian pelajar dengan persekitaran sekolah khusus yang mencabar dan dinamik. Jadi, penting untuk buat persediaan awal — bukan sekadar ulangkaji, tapi juga latih diri untuk tenang dan yakin.
Kalau korang tercari-cari buku untuk persediaan PKSK dan UKKM, korang boleh dapatkan buku dari Fly High Education ni. Buku-buku ini merangkumi soalan-soalan popular yang selalu ditanya termasuk soalan pengetahuan am. Kalau berminat boleh je klik link ni -------》》BEST SELLER BUKU UPKK & UKMM.
Dengan usaha dan doa, PKSK & UKKM boleh jadi pintu masuk ke sekolah impian anak-anak korang. Semoga maju jaya hendaknya.

No comments:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤