Buku Nota Padu UPKK Silibus Jakim
UPKK: Penilaian Kecil, Impak Besar | UPKK atau nama penuhnya Ujian Penilaian Kelas KAFA adalah satu ujian penting untuk murid Tahun 5 yang mengikuti kelas KAFA. Walaupun nampak macam ujian biasa, tapi sebenarnya UPKK ni sangat bermakna — bukan saja untuk nilai ilmu agama, tapi juga sahsiah dan amalan harian murid.
Dalam UPKK ni ada 8 subjek yang dinilai iaitu Al-Quran, Ibadah, Jawi, Adab, Sirah, Ulum Syariah dan juga Amali Solat. Menariknya, UPKK ni bukan sekadar jawab ujian atas kertas tapi ada juga ujian praktikal macam solat dan bacaan al-Quran — jadi murid bukan setakat tahu teori, tapi boleh amalkan dalam kehidupan harian.
UPKK ni juga satu peluang untuk murid tonjolkan penguasaan agama Islam secara menyeluruh. Bukan untuk banding siapa pandai, tapi untuk pastikan asas agama anak-anak kita kukuh sebelum melangkah ke sekolah menengah. InsyaAllah.
Ibu bapa pun main peranan penting juga tau. Kena bagi semangat, bantu ulangkaji, dan jangan terlalu tekan anak-anak sampai dorang rasa stress. Ingat, UPKK ni sebahagian daripada perjalanan, bukan penamat.
Kalau ibu bapa nak cari buku untuk persediaan anak-anak menduduki UPKK, ni Ana nak share satu buku nota padu UPKK dari Fly High Education Centre. Buku nota ni cover 6 silibus dari tahun 3 hingga 5 - akidah, ibadah, sirah, adab, bahasa arab dan jawi & khat. Nota dia berwarna-warni, mudah untuk difahami dan ditulis oleh guru cemerlang negeri Selangor serta mengikut piawaian Jakim. So kalau beminat boleh tekan link ni ---->> NOTA PADU UPKK 2025
So pada anak-anak yang bakal hadapi UPKK, buat yang terbaik, usaha dan doa! Ilmu yang dipelajari hari ini, insya-Allah jadi bekal dunia akhirat. Aamin.
---

No comments:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤