Kelainan Upaya Pemangkin Khairul Nizam - Lelaki 3 Jari Bergelar Jutawan Muda


Kelainan Upaya Pemangkin Khairul Nizam - Lelaki 3 Jari Bergelar Jutawan Muda l Assalamualaikum. Kecoh baru-baru ni di FB kisah tentang Kelainan Upaya Pemangkin Khairul Nizam - Lelaki 3 Jari Bergelar Jutawan Muda. Terasa malu pulak kita yang sempurna ni kalau bagi pelbagai alasan untuk tak berjaya.
Kelainan Upaya Pemangkin Khairul Nizam - Lelaki 3 Jari Bergelar Jutawan Muda

Siapa yang nak lahir dengan kelainan upaya kan? Takde siapa nak. Bayangkan kita yang baru terseliuh tangan sehari dua dah rasa serba tak kena nak buat itu ini. Semua jadi payah, susah. Pernah tak kita selami perasaan mereka-mereka yang tidak sempurna anggota badan ni? Agak-agak macam mana mereka teruskan kehidupan dengan kerja seharian dalam keadaan seperti tu? 

Kita mungkin boleh kata yang ala dorang dah biasa sebab lahir dah macam tu? Habis macam mana pula mereka yang tiba-tiba hilang anggota badan kerana kemalangan? Adakah perkara ni sesuatu yang senang buat mereka? Semoga perkongsian tentang semangat Khairul Nizam kali ni dapat msedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada orang-orang di luar sana.
.
.
.
.
Kemewahan yang dirai beliau bukan datang bergolek. Kalau diimbas kembali kehidupan beliau sebelum ni memang sangat menyentuh hati. Bayangkan dengan kekurangan upaya, pergerakan beliau sangat terbatas.
Bayangkan makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, nak duduk kena diangkat, even nak tidur pun kena dijaga. Bukan mudah kan. Bukan sehari dua rasa terbeban itu dirasai, tapi bertahun-tahun lamanya. Saat paling yang beliau terkesan ketika bila beliau perlukan sesuatu seperti lapar, haus tapi takde orang di sisi. Sedih kan??

Kalau hati tak kuat, pasti beliau dah kecundang. Tak kan nak rasa berputus asa dengan hidup pulak kan. Allah dah bagi nyawa tak kan nak sia-siakan pula. Memang Allah jadikan beliau dalam keadaan sebegitu tapi Allah masih kurniakan beliau dengan akal yang cergas dan juga kekuatan jari untuk dimanfaatkan.
Pada saat tu beliau bangkit dari rasa lemah, tidak berguna dan terbeban. Beliau ingin buktikan pada masyarakat yang beliau pun boleh berjaya. Beliau nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal, beliau mampu melihat kegembiraan, senyuman dan memberi manfaat kepada orang-orang di sekeliling. Yang penting kena sentiasa rasa bersyukur. Ya itu kunci pada kejayaan. Kita kena sentiaa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan jangan sesekali kita sia-siakan.
Akhirnya di usia beliau mencecah 30, beliau berjaya membina Syarikat Jamumall Sdn Bhd dan membina platform jualan jamumall.com. Hasil yang diperolehi membuatkan beliau mampu membeli apa saja yang diidamkan - makan mewah, travel ke seluruh dunia, dan paling membahagiakan bila beliau mampu sediakan rumah mewah sekaligus menanggung keluarga beliau sendiri. Dan tak lupa untuk bersedekah setiap hari, kunci pada rezeki yang melimpah ruah.
Bukan tujuan nak riak, tapi hakikatnya beliau tau betapa ramainya orang yang senasib dengan beliau berimpian untuk jadi seperti beliau, tapi adakah mereka kuat jiwa kuat mental?

Sebabnya beliau melihat masih ramai yang malas untuk ubah nasib diri dan hidup sendiri. Masih ramai yang suka bagi pelbagai alasan. Bial diberi amanah dan diambil bekerja, ramai yang cepat bosan dan give up.

Ramai yang suka memilih kerja yang senang, tak sangup nak bersusah, tak nak usaha dengan kuat. Malah ramai yang sanggup berhenti kerja dan bersenang lenang dengan menjadi pengangur terhormat di rumah. Mereka sanggup dan membutakan mata bila melihat kepayahan keluarga mereka sendiri. Apa ntah lagi nak bagi nafkah pada mak ayah sebagai membalas budi kan.

Ujar Khairul Nizam lagi, nak berjaya dalam kehidupan terutama dalam bidang pernisgaan bukan senang. Tapi kalau ada keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat dari orang sekeliling, keberanian dan komitmen yang tinggi dan sikap suka belajar untuk perbaiki diri yang membawa beliau ke tahap yang sekarang. Dan semua nilai-nilai ni akan disebarkan kepada semua masyarakat untuk mereka lebih bersemangat untuk berjaya.
.
.
.
.
.
.
Macam mana, terinspirasi tak dari cerita jutawan muda ni? Semoga kisah ni dapat membuka mata ramai orang yang membaca. Bayangkan hanya dengan 3 jari dan akal yang sihat, beliau mampu membina kehidupan sendiri dan juga kebahagiaan orang di sekeliling. Cuba kita tengok jari kita? Sempurna dan cukup sifat? So jangan putusa asa. Segera bangkit dan capai impian korang semua. Kalau korang rasa nak kenal dengan Khairul Nizam ni korang boleh follow media sosial beliau ok.
Kelainan Upaya Pemangkin Khairul Nizam - Lelaki 3 Jari Bergelar Jutawan Muda Reviewed by Ana Suhana on May 01, 2019 Rating: 5

11 comments:

  1. Dikurniakan kemampuan hanya 3 jaro Dan akaa.. digunakan sebaiknya sehingga berjaya.. APA lagi alasan Kita utk berusaha?

    ReplyDelete
  2. Kelainan upaya bukan penghalang untuk beliau terus berjaya .Sangat memberi inspirasi kepada kita semua

    ReplyDelete
  3. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  4. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  5. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  6. Hebat kan saudara Nizam nie semoga beri inspirasi pada kita semua kan Ana..

    ReplyDelete
  7. Marsha bangga dengan beliau. Semangat dia tak goyah sehingga menjadikan siapa dia hari ini

    ReplyDelete
  8. memang dia manusia hebat.. tak menjadi status OKU sebagai penghalang utk berjaya.. malu pulak kita yang normal ni

    ReplyDelete
  9. Hep! Nak keluar dari comfort zone jugak! Caiyok2..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.