Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap



Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap l Assalamualaikum. Ni nak masuk bulan Ramadan mula lah ramai yang dah start Google resipi-resipi untuk juadah berbuka dan sahur. Mak Ana awal-awal dah buat senarai menu yang aka dimasak nanti. Tak lah pening nak pikir nanti katanya. Cakap pasal resipi, hari ni Ana nak share salah satu resipi yang boleh dijadikan menu untuk berbuka iaitu Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap.
Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap
Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap
Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap

Resipi Tauhu Bergedel ni pernah viral hujung tahun lepas. Lepas tu ramai yang buat duit dengan berniaga tauhu bergedel ni. Sebab kan kitorang reti buat sendiri so tak pernah lah beli. Lagipun Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap ni kejap je nak buat. Lagi-lagi bila ada kawan berborak. Hehe.
Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap
Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap
Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap ni selalunya Ana akan cicah dengan sambal cili kicap cuka tu. Terasa pedas, manis, lemak semua. Aisshhh terliur pulak Ana. Tapi macam ayah Ana, dia suka cicah dengan sos kacang ala ala kuah satay tu sebab dia tak kuat pedas. Paling koman dia akan makan dengan sos nasi ayam. Hehe.

Baca juga : 30 Resipi Menu Berbuka Puasa 

Tauhu Bergedel ni sebenarnya boleh je dijadikan lauk. Makan dengan nasi panas, sedap bangat ok. Kalau takde lauk, makan ni je pun dah cukup. Tapi Ana makan macam tu je. Baru lagi syok. Sekali makan boleh telan dalam 4-5 biji. Hehe. Sebab tu berbaloi buat sendiri, Kalau beli dah berapa ringgit kan. Jom kita tengok Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap ni.

Bahan-bahan
1. Kentang - dipotong
2. Daging kisar
3. Daun sup - dihiris
4. Lada Sulah
5. Bawang goreng
6. Telur

Cara Masak
1. Goreng kentang sehingga kekuningan dalam api sederhana.
2. Lenyek kentang tadi sehingga lumat. Better semasa kentang masih panas.
3. Kemudian masukkan garam & penambah perasa, lada hitam, daun sup dan daging kisar ke dalam kentang yang di lenyek. Kacau rata.
4. Buat lubang di tengah-tengah tauhu dan masukkan kentang ke dalam tauhu.
5. Pukul telur sehingga kembang.
6. Panas kan kuali, celup tauhu bergedel ke dalam telur dan goreng dalam api sederhana sehingga kekuningan.
7. Siap dihidang.
Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap
Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap
Resipi Sambal Kicap

1. Bawang putih
2. Cili api
3. Cili merah
4. Cuka
5. Garam
6. Gula

Kisar kesemua bahan di atas. Jangan terlalu lama sebab tak nak bahan-bahan tu menjadi terlalu hancur dan halus. Siap dihidang.


Resipi Tauhu Bergedel Mudah Dan Sedap Reviewed by Ana Suhana on April 30, 2019 Rating: 5

14 comments:

  1. Terima kasih kak Ana share resepi..dah terfikir juga nak buat bulan ramadhan nanti untuk berbuka..inshaAllah.Moga terlaksanalah.Yang penting udah dan tidak membazir.

    ReplyDelete
  2. sedap ana, akk suka. selalunya beli je. Anak kecil ramai ni, akk tak boleh duduk dapur lama sgt

    ReplyDelete
  3. menu favorite family zie ni. kalu dulu arwah mak ada rajin sgt buat.. suka. sedap

    ReplyDelete
  4. Kinah pun minat dengan tauhu bergedil ni. Sedap bila dapat menyicah dengan sambal kicap๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Ana.. senang juga nak buat, boleh lah Kak Sue cuba nanti nie..

    ReplyDelete
  6. Saya kalau bergedel ni biasa memang kena makan saja. kalau makan dengan nasik pun biasanya tunggu nasik habis dulu, pastu ratah bergedel tu saja jugak. Hehe

    ReplyDelete
  7. Senang saja nak buat tauhu begedil ni kan ana. Mimi x pandai makan tauhu sebab tu tak buat.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Fav ni. .akak pn xpernh buat tp husband akak yg slalu buat ..ni lama xbuat tgk gmbr ni.. Lapar haha

    ReplyDelete
  9. wahhh boleh cuba resepi ni.. menarikk

    ReplyDelete
  10. tauhu bergedil senanag dimasak sedap dimakan..anak-anak liez suka makan tapi korek makan isi je hihihi

    ReplyDelete
  11. Eh, tauhu bergedel pun ada ye? Macam senang je nak buat..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.