A'Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran


A'bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran l Assalamualaikum. Last month, Althea - platform kecantikan nombor satu di Korea telah melancarkan satu produk eksklusif terbaru mereka yang sangat sangat comel tau korang iaitu Althea A'bloom. A'bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran dah korang. Boleh lah ushar lepas ni.
Althea A'bloom
Althea A'bloom

A'bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran

Masa dapat parcel Althea ni, serius Ana teruja gilerrr. Satunya sebab packaging koleksi A'bloom ni  semuaya comel-comel belaka, lepas tu semua yang ada dalam box tu produk-produk yang memang Ana nak sangat!!

Nak tau apa barang yang Ana suka sangat tu, jom tengok apa yang ada dalam box kali ni.

A’bloom Meringue Puffs - Giant (RM8/pc) / Baby (RM11/3 pcs)

Masa buka box tu, dalam banyak-banyak barang yang ada, benda ni yang paling menarik di mata Ana. Cuteness overloaded tau korang. Lepas tu sweet je warna pastel sponge dia. Lembut pulak tu. Sekali tengok nampak macam meringue sebenar kan. Rasa nak makan-makan je!!!
A'bloom Meringue Puffs
A'bloom Meringue Puffs
A'bloom Meringue Puffs ni merupakan beauty tool pertama Althea A'bloom yang diilhamkan dari meringue cookies menggunakan span bukan latex (non-latex sponge) yang bersifat hidrofilik di mana saiz sponge akan membesar sehingga 1.5 kali ganda apabila direndam di dalam air. Korang boleh nampak perbezaan saiz sponge tu dekat gambar atas ni. Untuk A'bloom Meringue Puffs ni, dia ada 2 saiz yang korang boleh pilih - Giant Meringue Puff atau Baby Meringue Puff.
A'bloom Meringue Puffs
A'bloom Meringue Puffs
Untuk Giant Meringue Puff tu Ana guna untuk blend foundation atau concealer di bahagian yang luas seperti di pipi, dahi dan dagu. Dan Ana akan basahkan sponge tu terlebih supaya blending process tu jadi lebih mudah dan hasil solekan akan nampak kemas dan cela dapat di tutup sempurna.
A'bloom Meringue Puffs
A'bloom Meringue Puffs
Untuk Baby Meringue Puff pula sesuai untuk digunakan di bahagian muka yang kecil dan tersorok seperti di hujung, bawah atau di kelopak mata serta tepi-tepi hidung. Memang mudah kerja bila ada Baby Meringue Puff ni. Sekejapan dia blend semua tu.

Sebenarnya meringue sponge ni korang boleh je nak guna sama ada secara lembap (rendam dalam air sebelum guna) atau pakai kering. Kalau kata korang rendam sponge tu macam Ana, solekan pada kulit akan nampak lebih glossy. Tapi kalau guna tanpa air pun boleh. Hasilnya solekan korang akan nampak ala ala matte. So ikut pada keselesaan korang dan jenis foundation / concealer yang korang pakai tu.


A’bloom Fruits Mask Pack - MYR2 (MYR15 - 10pcs)

Kalau korang tercari-cari face mask yang berbau buah-buahan segar seperti aroma citrus yang menyegarkan, korang kena cuba A'bloom Fruits Mask Pack ni. Memang best gilerr bau dia.
Althea A'bloom Fruits Mask Pack
Selain dari berbau wangi, face mask ni juga bertindak sebagai penyelesaian penjagaan untuk semua jenis kulit. Antara kebaikan A'bloom Fruits Mask Pack ni ialah :

💐 Tinggi dengan antioksidan dari ramuan tumbuhan semulajadi dan ekstrak buah-buahan segar
💐 PH yang seimbang menguatkan daya ketahanan kulit dan menjadikan kulit lebih segar
💐 Diperbuat dari 100% fabrik mesra alam semulajadi yang berkesan untuk menyerap esen pati buah-buahan ke dalamnya
💐 Mempunyai kesan penyejukan dan menyerap dengan baik untuk "menyuntik" kebaikan esen buah-buahan ke dalam kulit untuk kulit kekal lembap hingga keesokan harinya
💐 Siri whitening face mask mampu memberi kesan cerah yang segera selepas penggunaan

Untuk kolekasi Althea A'bloom Fruits Mask Pack kali ni, korang boleh cuba face mask dari 4 jenis buah-buahan yang setiap satu mempunyai kebaikannya yang tersendiri :
Althea A'bloom Fruits Mask Pack
Althea A'bloom Fruits Mask Pack

WATERMELON MOIST MASK

💐 melembab dan menyejukkan kulit semasa cuaca panas 
💐 mengandungi asid aminoik semulajadi (Citrulin & Betain) yang membentuk membran pelembab pada kulit, menjadikan kulit kekal lembap dan lembut
💐mengandungi ekstrak lavender yang membantu menenangkan kulit sensitif

PEACH AC CONTROL MASK

💐 kaya dengan kelembapan dan vitamin A retinol yang membantu mengawal minyak dan air pada kulit
💐 retinol membantu menormalkan kitaran kulit serta menyingkirkan sel-sel kulit mati untuk kulit yang licin & terhidrat.
💐 mengandungi ekstrak pokok teh yang membantu membersih dan mengawal masalah liang roma di wajah

AVOCADO NOURISHING MASK

💐 kaya dengan protein yang menghalang proses penuaan 
💐 mengandungi antioksidan yang kuat dengan tocopherol vitamin E
💐 menjadikan kulit cerah berseri dan anjal
💐 mengandungi ekstrak bunga matahari yang kaya dengan Antocyanin, antioksidan untuk mencegah penuaan

LEMON LIME WHITENING MASK

💐 kaya dengan vitamin C untuk membaiki dan melindungi kulit dari sinar UV
💐 menjadikan kulit lebih cerah dan telus
💐 mengandungi ekstrak teh hijau yang kaya dengan vitamin C untuk membantu mengawal pengeluaran melanin

Nak guna face mask ni mudah je :
1. Basuh muka bersih-bersih dan apply toner selepas tu. 
2. Buka pek dan buang film yang ada, kemudian pakai mask di muka selama 10-20 minit.
3. Tanggalkan mask dan sapu lebihan esen pada kulit wajah sehingga meresap sepenuhnya.
Dalam banyak-banyak mask ni yang Ana paling suka ialah Watermelon Moist Mask. Sesuai sangat untuk dipakai dalam. Terasa kulit rasa lebih sihat, lembap dan segar. Bau dia jangan cakap lah. Manis-manis buah-buahan. Best sangat.

Mask sheet dia pun best. Sangat lembut dan nipis serta mnyerap dengan sangat baik esen yang ada dalam pek tersebut. And even after 20 minutes, mask sheet tu masih lembap dekat muka kita. In term of size, mask sheet tu memang boleh cover seluruh muka Ana sebab kepingan dia agak besar especially di bahagian mata dan mulut. Dengan potongan di bahagian-bahagian hujung mask memudahkan lagi untuk Ana apply mask dekat muka.


A’bloom BHA Blackhead Blaster (BBB) - MYR16



Untuk korang yang ada masalah kulit seperti masalah blackheads, whiteheads dan kulit mati tu, mesti rasa serabut kan. Bukan senang nak hilangkan semua masalah tu. Dah lah susah, sakit pulak tu bila nak hilangkan.
Althea A'bloom - BHA Blackhead Blaster
Althea A'bloom - BHA Blackhead Blaster
Memahami ketidakselesaan korang tu, Althea di bawah koleksi eksklusif A'bloom mengeluarkan BHA BLACKHEAD BLASTER (BBB) - cara yang paling senang dan cepat untuk merawat masalah-masalah tersebut. Nak lagi berkesan lepas pakai BBB ni korang pakai pula mask dekat atas tadi.
Althea A'bloom - BHA Blackhead Blaster
Althea A'bloom - BHA Blackhead Blaster
Diformulasi dari bahan semulajadi seperti arang, apricot seeds, tea tree leaf oil dan BHA semulajadi (natural BHA), BBB membantu secara lembut membersih pori hingga ke akar tanpa meninggalkan iritasi dan kesan merah pada wajah. Setiap bahan yang diguna mempunyai fungsinya yang tersendiri :

● BHA semulajadi - membersihkan liang hingga ke dalam dengan mengelupaskan sel-sel kulit mati
● Apricot seeds - membantu mengeluarkan sebum yang berlebihan.
● Arang - menyerap kotoran di liang-liang.
● Tea tree leaf oil - membantu menenangkan serta menghalang kemerahan dan kerengsaan pada kulit
Nak guna BBB ni mudah je. First korang lembapkan sedikit kulit muka, kemudian apply BBB pada kawasan yang bermasalah dan urut secara membulat selama 30 saat. Last sekali bilas dengan air bersih atau lap dengan kain basah. Senang je.

Ana dah beberapa kali pakai BBB ni so far blackheads yang kecil tu memang akan cepat hilang. Cuma yang besar-besar tu take time sedikit. So korang pakai lah secara konsisten untuk hasil yang terbaik. Senang kata pakai lah setiap hari sampai hilang semua blackheads, whiteheads dan sel kulit mati tu hilang semuanya. Nak pakai pun senang je kan. Nak bawa ke mana-mana pun boleh sebab saiz dia sangat comel dan mudah diselit dalam handbag.


Ok lah tu je kali ni Ana nak share tentang brand kesayangan Ana ni. So far memang Ana puas hati dan suka sangat dengan setiap satu koleksi Althea A'bloom ni. Dengan harganya yang tersangat mampu milik, takde alasan untuk korang tak cantik ok. Repeat to purchase? Sureeeee especially mask dia yang super best tu.

Untuk korang yang berminat nak cuba sendiri kebestan Althea A'bloom ni korang boleh beli di https://my.althea.kr/althea-exclusives/a-bloom. Dapatkan cepat-cepat tau sebab ada promos istimewa sekarang ni. Sambil-samnil tu boleh lah nampak muda remaja masa hari raya nanti.
A'Bloom Koleksi Eksklusif Terbaru Althea Kini Di Pasaran Reviewed by Ana Suhana on May 13, 2019 Rating: 5

28 comments:

  1. Giant Meringue Puff & Baby Meringue Puff tu nmpk mcm cookies je..gerammmm nk ngap haha

    ReplyDelete
  2. mmg terbaik lah produk althea ni..:)

    ReplyDelete
  3. Comel sangat sangat.. Tak sabar nak try cuba jugak nanti

    ReplyDelete
  4. BEST KAN ANA ALTHEA ABLOOM NI....LOVE 3000 KALI HEHEHEH

    ReplyDelete
  5. Saya suka blackhead blaster tu... Senang hati bila kawasan hidung semakin bersih dari blackhead ..

    ReplyDelete
  6. Asal comel je puff tu.macam nak gigit gigit . Nasib tak boleh makan.
    Face mask nampak macam menarik jugak . Ada fungsi yg tersendiri

    ReplyDelete
  7. menarik produk althe ni, nt nak dptkan 1

    ReplyDelete
  8. Kena beli gak 2 benda ni stick blackhead dgn puff meringue tu..i like it so much..npk sng nak tonyoh stick tu..n puff cute n sng nak blend kwsn muka yg kecil

    ReplyDelete
  9. Aahla macam meringue..baru perasan bentuk tu sama..

    ReplyDelete
  10. Kak Ana suka pakai A'Bloom Blackhead Blast tu AS :)

    ReplyDelete
  11. best tgok koleksi Althea yg ni. Comel2

    ReplyDelete
  12. Saiz puff yg kecik tu mmg cute sgt. Mask tu mmg best guna

    ReplyDelete
  13. best mask tu. Ros pun dah try jugak. yang puff tu pulak, cute sangat!

    ReplyDelete
  14. nad baru pakai blackhead ni..senang je..sapu2 dan lap..bgusla ada jenis stick ni..maringue puff pun suka..comel je..

    ReplyDelete
  15. hee~ puff tu comel ya.. geram je tengok.. ingatkan meringue..

    ReplyDelete
  16. Produk Althea ni tak pernah tak best

    ReplyDelete
  17. Span dia tuuuu.. Cute sangat la.
    Kita jarang pakai mask tau. Ni kalau dapat ni, mesti best kan. Lagi lagi bau buahan.

    ReplyDelete
  18. Comel giler kan set A'bloom ni.. Suka tgok produk2 althea..lagi2 yg puff tu...cuteee!!

    ReplyDelete
  19. Wah, ni produk baru ke, zira tak pernah try lagi

    ReplyDelete
  20. Bestnya produk dari Althea nie Ana.. suka Kak Sue..

    ReplyDelete
  21. Wahhhh semua nyer best best, spotted some face mask yang i nak try juga. Nanti i order kat ALthea.

    ReplyDelete
  22. liez sukasemua koleksi abloom tu... suka meringue puff tue sebab lembut sangat

    ReplyDelete
  23. Berita baik buat wanita, especially nak sambut raya ni.

    ReplyDelete
  24. TB sukasangat tau semua produkAbloomni.. semua comel2 dan best guna

    ReplyDelete
  25. bestnya wei. ak baru cuba, semuanya bagus.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.