KidZania Kuala Lumpur Menyambut 7th Bubbly Anniversary


KidZania Kuala Lumpur Menyambut 7th Bubbly Anniversary l Assalamualaikum. First of all jom kita ucapkan tahniah kepada KidZania Kuala Lumpur atas sambutan 7th Bubbly Anniversary yang berlangsung 23 Februari 2019 yang lepas di KidZania KL. Dan Ana berkesempatan untuk menghadiri sambutan yang sangat meriah dan dihadiri jemputan yang terdiri daripada kanak-kanak dan juga ibu bapa.
KidZania 7th Bubbly Anniversary
KidZania 7th Bubbly Anniversary
KidZania Kuala Lumpur Menyambut 7th Bubbly Anniversary

Sebut je KidZania siapa je tak kenal kan? Ini kerana sepanjang 7 tahun ni KidZania Kuala Lumpur telah berjaya sebagai pusat edutainment kanak-kanak nombor satu di Malaysia serta telah memenangi pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang.

Bagi yang belum tahu, KidZania Kuala Lumpur menggabungkan pendidikan dan hiburan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 14 tahun di mana mereka berpeluang untuk belajar sambil bermain dan merasa sendiri pekerjaan orang dewasa di lebih 60 workstation yang ada. Dengan kemudahan edutainment yang disediakan, ianya dapat meningkatkan konsep asas literasi kewangan yang sekaligus menyumbang kepada pemahaman asas anak-anak di mana mereka perlu bekerja untuk mendapatkan wang dan berbelanja mengikut jumlah wang yang berjaya dikumpul.

Dalam tempoh 7 tahun ni juga, KidZania Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang bertindak sebagai penaja pavilion dan aktiviti kerja yang ada pada hari ini. Korang boleh nampak KidZania Kuala Lumpur lengkap dengan deretan kedai, pelbagai jenis kenderaan seperti bomba, ambulance, penguatkuasa serta infrastruktur lain yang menjadikan KidZania Kuala Lumpur seakan bandar kecil sebenar yang dibuat khas untuk kanak-kanak.
KidZania 7th Bubbly Anniversary
KidZania 7th Bubbly Anniversary
Bersempena dengan 7th Bubbly Anniversary ni, KidZania Kuala Lumpur mensasarkan untuk mendidik kanak-kanak dengan nilai-nilai yang dapat dicapai melalui kreativiti di dalam pelbagai aktiviti yang disediakan termasuklah mengekspresikan diri melalui gelembung (bubbly).
KidZania 7th Bubbly Anniversary
KidZania 7th Bubbly Anniversary
Sambutan tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur; Shahrul Nizar Ahmad sekaligus melancarkan majlis tersebut dengan memotong kek yang mempunyai nombor 7 di atasnya sebagai simbol sambutan ulang tahun tersebut. Shahrul berkata :

"Ia telah menjadi tujuh tahun yang indah sejak kami melancarkan KidZania Kuala Lumpur, dan sejak itu, kami telah memenuhi keperluan pengunjung dewasa dan kanak-kanak dengan kegembiraan. Dengan memperkenalkan aktiviti baru dari semasa ke semasa untuk memberi lebih banyak pengalaman dan pendedahan kepada profesion sebenar, sehingga tahun ini kita tetap kekal sebagai tempat kegemaran kanak-kanak dan ibu bapa untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan  dalam pendidikan"

Selain daripada aktiviti yang bertemakan gelembung (Bubbly), persembahan khas dan permainan untuk para pengunjung, ahli program kesetiaan B.KidZanian yang dipanggil CitiZens juga berpeluang untuk memenangi pelbagai barangan premium dari rakan industri Kidzania Kuala Lumpur seperti Vitagen F & N, Mission Food dan Emborg dengan menyelesaikan cabaran yang menarik dan serta bermain Wheel of Fortune.
KidZania 7th Bubbly Anniversary
KidZania 7th Bubbly Anniversary
KidZania 7th Bubbly Anniversary
KidZania 7th Bubbly Anniversary
Tak ketinggalan rakan industri terbaru KidZania Kuala Lumpur; faber-Castell turut mentertai memeriahkan sambutan 7th Bubbly Anniversary dengan mengadakan aktiviti mewarna untuk semua pengunjung KidZania Kuala Lumpur.

Bagi yang berminat untuk bawa anak-anak atau murid sekolah ke sini amatlah di alu-alukan. Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, korang boleh layari laman sesawang atau hubungi Talian Khidmat Pelangan KidZania seperti di bawah ini : 

Laman Sesawang :

FB :

Waktu Operasi :
Selasa - Jumaat : 10 pagi - 5 petang
Sabtu : 10 pagi - 7 petang
Isnin : Tutup kecuali cuti sekolah, cuti kebangsaan dan cuti negeri Selangor

 Talian Khidmat Pelangan KidZania :
1300 88 KIDZ (5439) 
 9 pagi hingga 6 petang
Setiap Isnin hingga Sabtu
KidZania Kuala Lumpur Menyambut 7th Bubbly Anniversary Reviewed by Ana Suhana on March 06, 2019 Rating: 5

21 comments:

  1. Tahniah.. Teringin nak bawk fariza ke sini

    ReplyDelete
  2. Nanti baby Ireen dah besar sikit boleh bawak pg sini.

    ReplyDelete
  3. seronok la si bujang ana sorang ni kan...sure best dia layan pelbagai aktiviti yang disediakan...

    ReplyDelete
  4. bawa anak² ke Kidzania ni mesti diorang happy kan..kalau dekat dah bawak dah budak² ni

    ReplyDelete
  5. Salam singgah ....zaman sekarang bnyk hiburan utk kanak2 mama-papa jela ada masa nak bawa atau x

    ReplyDelete
  6. Happy 7th Bubbly Anniversary KidZania KL :)

    ReplyDelete
  7. tempat ni ! memang ada impian nak bawa amani dengan amzar cuma nak tunggu kedua-duanya masuk tadika baru nak bawa. kalau tak, sekarang amzar still lagi tak tahu nak main cm mane. kalau amani mungkin dah agak memahami. thniah kidzania !

    ReplyDelete
  8. anak-anak kecil adalah insan yang paling seronok dan suka dengan tempat begini..

    ReplyDelete
  9. Mmg tmpt fav kanak2 ni. Tahniah Kidzania dah 7 tahun da rupanya

    ReplyDelete
  10. happy 7th anniversary kidzania

    ReplyDelete
  11. Wah dah 7 tahun rupanya. Tahniah kidzania

    ReplyDelete
  12. Tahniah KidZania !! Memang tempat fav kanak-kanak tu

    ReplyDelete
  13. Wow .. dah 7 tahun ehhh .. tak sangka betul. Bagus Kidzania ni... anak-anak saya pernah 2 kali kot masuk. Memang seronok derang cakap. Tapi lama dah tak pergi. Bajet pun tak ada. ..hehehe

    ReplyDelete
  14. Tunggu Ameera besar sikit nanti, nak bawak masuk dalam ni. Tak pernah pergi lagi..

    ReplyDelete
  15. Tahniah KidZania..mmg seronok budak2 kalau ke sini..ralit dgn pelbagai permainan dan belajar cari duit..

    ReplyDelete
  16. Dah 7 tahun dah Kidzania nie ye.. Bagus..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.