Kenapa perlu bawa anak-anak ke Zoo Johor?


Kenapa Perlu Bawa Anak-anak ke Zoo Johor | Assalamualaikum. Aktiviti hari kedua dia Johor Ana memang dah plan nak ke Zoo Johor. Nak bagi Syafi rasa seronok lah cuti-cuti ni kan. Tak nak lah nanti mak ayah syok sendiri anak pula krik krik. Hehe. Lepas je breakfast dalam pukul 9 Ana nak gerak ke Zoo Johor yang terletak di  Jalan Gertak Merah, Taman Istana dan berhadapan dengan Masjid Abu Bakar. Kenapa perlu bawa anak-anak ke Zoo Johor? Korang kena lah baca apa yang Ana kongsikan ni.


Kenapa Perlu Bawa Anak-anak ke Zoo Johor

Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor merupakan antara zoo paling tua di Malaysia dan Asia. Dengan harga tiket serendah RM2, korang pasti akan puas hati dengan apa yang ada di dalam zoo ni. Dan anak-anak pasti akan rasa teruja dan seronok. Kalau korang datang pagi, korang berpeluang tengok aksi haiwan-haiwan tu tunggu makanan dari pekerja bertugas. Macam-macam aksi mencuit hati dipamerkan. 
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor

Kalau nak explore zoo sepenuhnya boleh tahan penat juga sebab kawasan zoo agak luas. Merecik-recik peluh dibuatnya.  Basah juga lah baju tu. Haiwan yang ada dalam tu pun banyak juga. Ada haiwan yang berkeliaran di luar dan ada yang berada di dalam kandang.
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Dalam banyak-banyak tempat dalam tu, ada satu tempat di mana kita boleh tengok rusa dan burung unta secara berdepan dari atas jambatan kecil. Nak pegang pun boleh. Rusa dekat situ pun jinak. Siap hulung kepala dekat celah-celah kayu jambatan tu. Seladang pun ada juga cuma dekat dalam kandang lah. Kang kalau tak ada yang kena tanduk pula. Huhu.
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Kebanyakan haiwan dekat sini kita boleh lalu depan kandang untuk tengok secara dekat kan. Tapi kalau untuk tengok sang singa, korang kena naik tangga dan tengok aksi singa dari bahagian atas. Tak silap ada 5-6 ekor singa dalam 2 kandang berbeza. Masa Ana mencungap naik tangga nak tengok singa, dah boleh dengar singa tu mengaum. Kuat giler kot. Lama pula tu. Ingat kenapa lah kan rupanya member tengah bengang dengan kawan kandang sebelah. Haha. Nak datang dekat tak boleh sebab terhalang dengan besi. Hehe.
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor

Dari atas ni juga kita akan lalu kandang Chimpanzee. Masa Ana lalu tu Encik Chimpanzee malu-malu nak keluar. Dia dok menyorok bawah rimbunan pokok. Maybe sebab cuaca yang panas sangat kot. Ana jangan cakaplah. Memang sunburn teruk sampai ke hari ni tak hilang. Bertabah jer lah.

Turun dari atas tu nanti korang akan lalu kandang gajah pula. Dekat sini kalau korang nak bagi gajah makan tebu pun boleh. Beli je tebu tu dekat renjer bertugas. Secekap RM3. Ana beli sampai 7 cekak. Saja je nak mengimbau kenangan bagi gajah makan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah awal tahun ni. Comel je gajah-gajah tu. Pantang nampak kita pegang tebu. Dia duk hulur belalai keluar je.
Zoo Johor
Zoo Johor

Selain melihat haiwan, korang boleh juga naik paddle boat dekat tasik mini yang ada di sini. Untuk anak-anak, ada taman permainan dan juga big inflatable playground di sediakan untuk dorang bermain dan bergembira.  Nak bagi dorang merasa naik kuda padi pun boleh.
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Zoo Johor
Kalau dah rasa penat berjalan keliling zoo, korang boleh je berehat sambil minum atau makan sebab banyak kedai dalam ni. Ada banyak kedai yang jual makanan dan juga cenderamata.
Zoo Johor
Zoo Johor
Ana spend dalam 3 jam juga dalam Zoo Johor ni. Overall Ana sekeluarga memang puas hati lah dengan zoo ni. Haiwan pun banyak dan pun kemudahan lengkap. Jadi korang yang duduk area JB atau yang dah plan nak bawa anak-anak berjalan di JB,  Ana cadang korang singgah di Zoo Johor ni. Confirm anak-anak akan seronok. 

Cuma dekat sini takde tempat letak kereta yang proper disediakan tau. So korang kena parking di bahu-bahu jalan je. Agak berisiko juga lah sebab jalan di sini agak sibuk. Cuma kalau nak selamat parking di seberang jalan kerana bahu jalan agak luas berbanding bahu jalan sederet pintu masuk zoo.
Kenapa perlu bawa anak-anak ke Zoo Johor? Reviewed by Ana Suhana on October 30, 2017 Rating: 5

25 comments:

  1. woww bestnya.. memang kat Johor banyak tempat menarik kena pegi ni.. hihi

    ReplyDelete
  2. Zoo ni memang famous sebab harga yang murah dan banyak binatang. Kalau dekat memanglah pergi selalu.hehe

    ReplyDelete
  3. zoo paling murah setakat ni....dah lama tak jejak ke zoo johor ni...hihi,nampak banyak juga perubahan berbanding dulu...

    ReplyDelete
  4. anak zie siap buat survey lagi 'kat mana ada zoo lagi mama' dia punya target nak gi zoo di setiap negeri..pitammmmmm hokey

    ReplyDelete
  5. Seronoknya kak ana. Tiket masuk pun murah. Dekat tempat saya tak ada zoo. Taman buaya je ada. Buay pun semua mcm takde mood je. Huhuhu.

    ReplyDelete
  6. Murahnya ticket masuk.. Xpernh lg pi zoo negeri lain selain zoo negara

    ReplyDelete
  7. Dah pernah sampai ke sini dulu masa suami ada kerja di Johor, memang menarik juga

    ReplyDelete
  8. Serius tiket masuk RM1 & RM2 jer?
    Murah sangat untuk zoo yang ada binatang2 dah besar2 ni. Haruslah bawak anak2 ke sini nanti, depa suka tengok binatang2 ni.

    ReplyDelete
  9. Betul..memang murah je..... nona kalau parking susah sangat, pernah sampai kat masjid abu bakar tu..... tp jarang dah pergi...dulu rajin gi..time2 hari merdeka sebok nak gi... fuhh ramai betol .....

    Nanti ada anak, nak gi lah..hehehe

    ReplyDelete
  10. Cantik2 gambar ana. Syafi pun pandai posing .. puas Hati g zoo Johor kan

    ReplyDelete
  11. Husniey lama dah teringin nak pi melawat ZOO, (suka tengok haiwan2 yang bermacam jenis tuu)

    Murahnyaa tiket serendah RM 2 ^^

    Bestnyaa nanti ada anak nak jugak bawak diaorang explore kenal2 dengan haiwan bermacam spesis ada..

    ReplyDelete
  12. reen g masa awal 2015 dulu. memang murah kan dan haiwan2 pun jinak2.
    seram giler bila dengar singa mengaum .huu

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak gie sini.
    Zaman dulu2 masa ada anak2 kecil, selalu juga pegi.

    ReplyDelete
  14. Seronoknya tengok. lama betul dah saya tak pergi zoo

    ReplyDelete
  15. Belum pernah saya jejak sini sis... walaupun orang Johor... huhu

    ReplyDelete
  16. Menarik juga Zoo Johor nie, tak tau pula Kak Sue kat Johor ada zoo..

    ReplyDelete
  17. Best pula. Boleh masuk dalam list nak bawa anak anak nanti

    ReplyDelete
  18. Part tiket tu memang menarik..kena bawak anak- anak pi sini la nanti...kena terjah tak boleh x terjah ni

    ReplyDelete
  19. Kalau ada anak kecik mmg wajiblah kan ke zoo. Barulah depa seronok. Walaupun mak tak seronok layan jerlah hihi...

    Apasal mak singa tu...laki merajuk ke haha

    ReplyDelete
  20. busyra suka sngt pergi zoo dari kecik smpai besar. haha. sampai kwn2 cakap. ada apa dekat zoo yang nak pergi sngt tu. dorang tak tau yang zoo tu la tempat paling best . hehe rindunya nak ke zoo lg.

    ReplyDelete
  21. bawak kanak-kanak best ni. tapi kadang2 yg dewasa pun suka jugak pegi zoo hehe..

    ReplyDelete
  22. murah harga tiket masuk zoo ni, haiwan pun banyak tempat pun cantik tu, kalau sampai JB bolehlah singgah

    ReplyDelete
  23. Tempat paling best untuk anak-anak.. Mak pun suka juga.. kikiki..

    ReplyDelete
  24. Banyaknya binatang, fee pun murah tau. Sangat2 murah !!

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.