Tempat Menarik di Shah Alam : Dunia Warna Warni di City of Digital Light, I City Shah Alam


Tempat Menarik di Shah Alam : Bandar Warna di City of Digital Light, I City Shah Alam | Assalamualaikum. Balik dari BBQ Dinner Buffet di Grand BlueWave Shah Alam, Ana ajak En Suami ke I City. Last masuk I City ni tahun 2013 sebelum Syafi ada. So kali ni alasan nak masuk sebab nak bawa Syafi tengok lampu warna warni. Dari Federal Highway dah boleh nampak ferris wheel berlip lap lip lap tu. Syafi bila nampak je mende tu terus jadi excited.

Tempat Menarik di Shah Alam : Bandar Warna Warni di City of Digital Light, I City Shah Alam

Masa sampai je dekat simpang I City tu Ana macam tercengang kejap. Memang berbeza sungguh I City ni compare masa Ana ke sini dulu. Dulu mana Ada bangunan-bangunan tinggi lagi. Sekarang ni dah macam bandar kecik pula Ana tengok I City ni. Memang pesat sungguh pembangunan di kawasan ni. Masa Ana study di Shah Alam tahun 2006-2009 lagi lah suram. I City tu ada signboard je masa tu. Huhu.

Kebetulan masa ana ke sini orang tak berapa nak ramai. Nak parkir kereta pun senang, nak jalan dalam taman tu pun selesa. Maybe sebab hari Jumaat kot. Lepas parkir kami terus ke kaunter tiket. Nak main mainan yang ada dekat sini kena guna kad dan tak boleh guna duit biasa. Kad tu harga dia RM10 dan dalam tu dah ada top up bernilai RM8. Ana tambah top up RM40 lagi jadi total semua RM50. Satu kad boleh guna untuk semua orang. Top up dalam tu valid untuk 2 tahun in case tak habis guna hari tu. Tapi kalau nak pulangkan kad tu boleh je, cuma baki dalam tu forfeited a.k.a tak boleh dapat balik.

Benda pertama yang kami naik ialah ferris wheel. Ni semua gara si kecik tu lah. Bukan main excited dia nampak ferris wheel sebesar alam ni depan mata dia. Bukan dia tahu mak ayah dia gayat tempat tinggi. Berdebar dalam dada tu jangan cakap lah. Dia buka tau semua tu. Huhu.
City of Digital Light,  I City Shah Alam
City of Digital Light,  I City Shah Alam

Harga naik ferris wheel ni RM10 untuk seorang termasuk Syafi sebab tinggi dia dah lebih 90cm. Kalau bawah 90cm, free of charge. Ferris wheel ni pusing very slow dan amik masa sekitar 7 minit nak habis kan satu pusingan. Masa dalam gondola tu Syafi tak habis-habis cakap best. Suka sangat dia nampak lampu warna warni dari atas. Selamat angin tak kuat masa tu kalau tak ada yang ketaq lutut dalam tu.
City of Digital Light,  I City Shah Alam
City of Digital Light,  I City Shah Alam

Turun dari ferris wheel tu kami jalan ke tempat wajib singgah di sini iaitu City of Digital Light. Nak masuk dalam ni free je tau. City of Digital Light ni merupakan hutan ala maple dan pain yang menggunakan jutaan lampu LED untuk mewujudkan "lightscape" di dalamnya.
City of Digital Light,  I City Shah Alam
City of Digital Light,  I City Shah Alam

Yang paling best dalam ni ialah Dancing Water. Air pancut yang "menari" mengikut paparan audio dan disertai dengan lampu berwarna warni. Memang cantik sangat. Ana sampai melekat duduk dekat depan tu sebab terpesona tengok tarian air tu.
City of Digital Light,  I City Shah Alam


Kalau nak main mainan pun ada juga dalam ni. Antara mainan yang ada ialah Superswing, SpaceWalk dan 2-Tier Carousel. Bab harga Ana tak tahu sebab tak naik pun semua tu.
City of Digital Light,  I City Shah Alam
City of Digital Light,  I City Shah Alam
Kredit : I City

City of Digital Light,  I City Shah Alam
City of Digital Light,  I City Shah Alam
Kredit : I City

Dah puas berjalan dekat City of Digital Light tu dan sebelum balik, Ana bawa Syafi naik mini train pula sebab nak habiskan duit dalam kad tu. Harga train ni RM5 seorang. Train ni akan pusing dalam 10 pusingan rasanya. Bagi puaskan hati si kecik tu. Happy bila tengok dia suka dapat naik apa yang dia nak.
City of Digital Light,  I City Shah Alam
City of Digital Light,  I City Shah Alam

So far tu je lah Ana sempat malam tu. Ye lah sampai sini pun dah pukul 9. Jalan sana sini dah pukul 11 lebih. Badan pun dah lemau memasing. Next time boleh datang lagi sebab banyak lagi nak explore. Meh Ana share apa yang ada lagi dekat sini selain dari City of Digital Light tu.

1. WaterWorld - taman tema air.  Jangan lupa cuba naik The Tornado Ride yang paling popular dekat sini. Ada juga Giant Jacuzzi,  Spiral and Rainbow slides,  Aladdin Adventure Pool dan River Adventure.
City of Digital Light,  I City Shah Alam
Kredit : I City

2. SnoWalk - merupakan indoor winter wonderland bercirikan Arctic dengan suhu bawah 5 degree dan 100mm salji di bawah kaki.
City of Digital Light,  I City Shah Alam
City of Digital Light,  I City Shah Alam
Kredit : I City

3. 5D Cinema - menonton sambil merasai sendiri di kelilingi makhluk menakutkan seolah mereka itu hidup di depan mata.

4. House of Horror - rumah hantu yang menggabungkan mesin dan elektronik untuk memberi pengalaman mengerikan dikelilingi hantu-hantu yang menakutkan.
City of Digital Light,  I City Shah Alam
City of Digital Light,  I City Shah Alam
Kredit : I City

5. Red Carpet - muzium lilin yang memamerkan bintang-bintang terkenal dunia dari pelbagai kategori serta pentas contoh Anugerah Oscar.
City of Digital Light,  I City Shah Alam
City of Digital Light,  I City Shah Alam
Kredit : I City

6. Trick Art Museum - ni Ana dah pernah masuk dulu. Serlahkan bakat posing korang dekat sini. Entri di SINI.




Tempat Menarik di Shah Alam : Dunia Warna Warni di City of Digital Light, I City Shah Alam Reviewed by Ana Suhana on October 11, 2017 Rating: 5

29 comments:

  1. lina pergi i city ni masa baru2 siap dulu...banyak yang tak siap lagi..tapi nak patah jugak la kaki jenjalan kat situ..sekarang dah canggih kan....huwaa kena g jugak ni...

    ReplyDelete
  2. kat sini maintainance tggi.. semua game pakai duit.. kopak omak hahaha. kalau sje jaln nak tgok lampu ok la.. hihii

    ReplyDelete
  3. Akak x pernah masuk lagi I-City Shah Alam ni...teringin nak abwak kakak Dania...tapi ntah bila ada free time

    ReplyDelete
  4. Masa opening je pernah pergi sebab duduk taman sebelah tu... dah makin banyak perubahan sekarang ni kan.... nice sharing sis..

    ReplyDelete
  5. menarik ini Ana, lawa I city. Dhia tu dok berzikir nak masuk tempat sejuk tu

    ReplyDelete
  6. Dah ada banyak penambahan...sebelum ni PC ada juga pergi bawa keluarga tapi masih ada yang dalam pembinaan Kak Ana...

    ReplyDelete
  7. Cantik dan banyak benda rupanya boleh buat dekat iCity ni. tak pernah pergi sebelum ni. hehe kena pergi ni + dekat je tempatnya :D

    ReplyDelete
  8. menarik ICity ni ... warna warni sangat.

    ReplyDelete
  9. Pernah sampai sekali tapi kat jalan luar saja sbb masa tu banyak sangat kenderaan yang mencari parking. Nanti nak jejak lagi tapi bukan masa cuti-cuti panjang.

    ReplyDelete
  10. Banyak rupanya yang menarik dalam iCity tu. Ingatkan sekadar waterpark dan lampu warna warni tu je yang ada. Ntah bila Ira nak menapak kesana huhu

    ReplyDelete
  11. Bestnya.kalibterakhir dtg sini 3 tahun lepas rasanya.. tornado it Waterpark Tu mmg ngerinya

    ReplyDelete
  12. hari tu pergi siang memang sunyi je tempat ni.. bila tanya malam baru meriah rupanya. hahah

    ReplyDelete
  13. Pernah sampai sini sekali . Dah lama tak pergi mesti banyak perubahan

    ReplyDelete
  14. tempat kenangan dengan kwn2 dlu time study di shah alam.. mmg cantik!

    ReplyDelete
  15. Bestnyaaa! Dah lama tak pergi sana.

    ReplyDelete
  16. cantik kan I-city... syok tgk lampu2 kat sana

    ReplyDelete
  17. akak tk smp2 lg icity ni...dlu ada lampu2 je skarang ada mcm2..tktau la bila nk smp...cantik tgk cahaya lampu tu

    ReplyDelete
  18. teringinnya nak bawa anak2 ke sini. tempat yg sesuai untuk satu family beriaadah. dah beberapa kali ke shah alam tapi tak sampai2 lagi I-City ni.

    ReplyDelete
  19. dah lama teringin nak ke sana. semoga diizinkan Allah.

    ReplyDelete
  20. nama je duduk shah alam tapi i-city pun tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  21. seronok juga ke sini tapi kalau nak ke tempat yang banyak permainan tu kena sediakan bajet yg banyak jugaklah kan. dah lama akak tak kesini

    ReplyDelete
  22. pernah ke sini.
    lama dah. masok snowalk.
    ya Allah, sejoks!

    ReplyDelete
  23. kalau pergi ngn budak2 seronok la. hari tu lela epergi escort budak budak. kita yang boring jadinya

    ReplyDelete
  24. Siqah dah lama tak pergi iCity. Ada gondola dah rupanya kat sana ye. Cantik2 gambar Ana. Ana pakai kamera apa ek? Nampak kemas dan sharp gambar di kala malam.

    ReplyDelete
  25. lame da xmai sana..
    dulu yaya kje dlm icity tu..(sana bnyk ofc)
    da pindah kje ni xdela mai sana..huhu

    ReplyDelete
  26. Ju pun dah lama xpegi sini.. last sekitar 2013 juga rasanya tu. Masa pegi tu ada lagi yg xcomplete.

    ReplyDelete
  27. Jom booking homestay saya di icity:

    https://www.booking.com/hotel/my/apartment-aaa-i-residence-i-city.en-gb.html

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.