Madu Ruqyah Thibbun Nabawi - Membeli Sambil Beramal Untuk Saham Akhirat


Madu Ruqyah Thibbun Nabawi - Membeli Sambil Beramal Untuk Saham Akhirat | Assalamualaikum. Malam selasa baru-baru ni Ana berpeluang untuk menghadirkan diri ke ceramah Ustaz Ahmad Dusuki bersempena dengan Maal Hijrah di Masjid Selayang Baru. Ustaz Ahmad Dusuki merupakan salah seorang ustaz yang Ana suka dengar ceramah beliau. Gaya penyampaian yang di sampaikan terasa dekat dengan kita dan menusuk sampai ke dalam. Buku-buku beliau pun Ana ada beli untuk tambah ilmu yang sangat sedikit dalam dada ni. Selain buku Ana juga suka beli Madu Ruqyah Thibbun Nabawi - Membeli Sambil Beramal Untuk Saham Akhirat.
Madu Ruqyah Thibbun Nabawi
Madu Ruqyah Thibbun Nabawi 
Madu Ruqyah Thibbun Nabawi - Membeli Sambil Beramal Untuk Saham Akhirat

Sebelum cerita tentang Madu Ruqyah Thibbun Nabawi - Membeli Sambil Beramal Untuk Saham Akhirat ni, Ana nak share sikit tentang ceramah hari tu yang berkaitan hijrah. Kalau zaman Nabi dulu, Nabi dan para sahabat berhijrah ke Madinah untuk menyebarkan risalah Islam setelah mendapat mendapat wahyu dari Allah dan akibat tentangan hebat kaum musyrikin Mekah. Di Madinah, penerimaan risalah Islam mendapat sambutan yang sangat baik dan semakin berkembang. Sehinggalah seperti yang kita nampak hari ni. 

Itu kisah hijrah Baginda Nabi. Berbeza dengan orang Islam hari ni terutamanya di Malaysia. Kita dah tak perlu nak "berhijrah" dari satu tempat ke satu tempat untuk mendalami ilmu agama. Apa tah lagi agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Nak belajar agama dekat mana-mana pun boleh. Kelas agama secara percuma pun banyak. Takde halangan pun untuk kita belajar. Yang perlu kita lakukan hanya menghijrahkan diri kita sendiri. Tapi sayangnya masih banyak antara kita yang masih belum sedar dan bersedia untuk "berhijrah". Kebanyakan kita masih lagi di takuk yang sama. Bila di ajak untuk sama-sama berubah, ada je alasan yang diberi. Tak bersedia!!  Malu!! Takde masa!!  Dan ada juga yang dah tersedar tapi masih tidak tahu nak buat apa. Ni antara tips yang di beri oleh Ustaz Ahmad Dusuki untuk kita kekal berhijrah:

1. Kukuhkan keyakinan dalam Islam
- jangan pernah goyah atau ragu dengan agama Islam. Selalu amik kesempatan untuk mengukuhkan keyakinan kijta. Islam itu sendiri bermakna jalan hidup. Orang yang berjaya ialah orang yang berpaksikan agama dalam hidupnya.

2. Mantapkan amal ibadah
-jangan leka atau hanya sambil lewa dalam beribadah. Jangan sesekali kita jadikan dunia lagi besar dan akhirat sangat kecil di dada kita.

3. Menyempurnakan akhlak dan peribadi
- jaga akhlak sebaiknya jangan sampai nampak buruk akhlak kita. Jaga mulut agar tidak berbahasa kasar sehingga menyinggung perasaan orang lain. Jaga pakaian dan maruah diri. Jaga tulisan di media sosial kerana kita akan disoal di depan Allah kelak.
.
.
.
.
.
Di akhir ceramah, Ustaz Ahmad Dusuki ada membuat jualan amal dengan menjual Madu Ruqyah Thibbun Nabawi, habbatus sauda (RM20) dan juga kurma ajwa (dah stop dijual). So kalau setiap kali ada kuliah Ustaz Ahmad Dusuki, Ana mesti akan sediakan duit awal-awal untuk beli stok madu dekat rumah. So far Ana puas hati dengan madu yang dijual. Memang madu asli tau korang. Bukan tiruan.

Baca juga : Cara Makan Madu Yang Betul Untuk Kesembuhan Maksimum

Untuk madu Madu Ruqyah Thibbun Nabawi tu korang boleh beli samada 1/2 kg atau 1 kg. Macam Ana selalu beli 1 kg terus. Jimat dan boleh tahan lama. Harga untuk 1kg hanya RM80 je korang. Manakala untuk 1/2 kg dijual pada harga RM50.
Madu Ruqyah Thibbun Nabawi
Madu Ruqyah Thibbun Nabawi 
Untuk habbatus sauda tu untuk yang dalam botol dijual pada harga RM20. Tapi kalau rasa tak boleh telan minyak tu maca tu je korang boleh beli dalam bentuk kapsul. Sebotol RM15 tak silap. Ada 200 biji. Murah kan. Tapi khasiat yang ada dalam habbatus sauda tu sangat banyak.
Madu Ruqyah Thibbun Nabawi
Madu Ruqyah Thibbun Nabawi 
Kalau korang nak tau, kesemua madu yang dijual merupakan madu asli hasil dari lebah yang diternak oleh pelajar tahfiz di Yala. Kesemua 21 orang pelajar yang ada dalam tahfiz tu merupakan anak yatim yang di ambil sebagai anak angkat Ustaz Ahmad Dusuki.

Istimewanya madu tersebut telah di ruqyah sendiri oleh ustaz dan turut digunakan dalam berubat terutamanya dalam mengubati akibat sihir. Habbatus sauda pun telah di ruqyah. Manakala kurma ajwa yang dijual merupakan kurma premium yang dipilih dan dijaga kualitinya. Ana sempat beli kesemua produk tu dan memang kesemuanya berkualiti. Sambil membeli sambil beramal. Mudah-mudahan ada saham untuk kita di sana nanti.


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 261)

Untuk pengetahuan semua, setakat ni dah ada 5 maahad di wujudkan di bawah seliaan Ustaz Ahmad Dusuki termasuk di Yala, Thailand. Maahad ni di beri nama Maahad Tahfiz An-Nabawi (MATAN). MATAN ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu pelajar miskin dan anak yatim menjadi generasi Al-Quran (huffaz) yang akan menerajui kepimpinan Islam pada masa akan datang. Sumber utama MATAN adalah yuran yang di taja syarikat korporat atau orang perseorangan. Dan perbelanjaan bulanan kesemua maahad tersebut mencecah RM200,000. Kos ini termasuk kos upah tenaga pengajar, makan minum, elektrik dan banyak lagi. Korang kalau berminat untuk menderma boleh berbuat demikian dengan menderma secara online transfer / cash deposit ke dalam akaun yang dinyatakan di dalam gambar di bawah ni.


Untuk info lebih lanjut boleh layari laman sesawang ni - http://matancentre.com/
Madu Ruqyah Thibbun Nabawi - Membeli Sambil Beramal Untuk Saham Akhirat Reviewed by Ana Suhana on October 01, 2017 Rating: 5

17 comments:

  1. tq for sharing hasil dr ceramah tu....pastu membeli sambil beramal

    ReplyDelete
  2. nice info ana...bolehla kita sama2 membeli sambil beramal...insyaallah

    ReplyDelete
  3. Good sharing Ana.. semoga semua sekolah Tahfiz sentiasa dimudahkan urusan mereka ya Ana.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sis.. perkongsian sangat bermanfaat...

    ReplyDelete
  5. Betul kak...sekarang yang paling perlu hijrahkan diri dari kurang baik kepada lebih baik sebenarnya..berlapang dada menerima teguran yang baik...berfikiran terbuka untuk ubah cara pemikiran ke tahap yang lebih positif.. tapi itulah yang susah sebenarnya.Tapi kalau berkehendak,in sya Allah boleh sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat apa-apa pun berbalik kepada diri sendiri. Alhamdulillah good sharing ana

    ReplyDelete
  7. Moga kita sama2 dapat praktikkan apa yang tekah dikongsikan ustaz dasuki. insyaAllah. Terima kasih atas perkongsian kak ana :)

    ReplyDelete
  8. Tq kak kongsikan tentang ni. Boleh beli nanti :)

    ReplyDelete
  9. Tq for sharing sis.. semoga kita semua dapat tambah amalan dan sedekah

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. InshaaALLAH akan berbuah hasilnya nanti kak Ana:)

    ReplyDelete
  11. Tak semua orang mampu berhijrah.. Nice sharing kak.. :D

    ReplyDelete
  12. perkongsian yg sngt bermakna kak ana.. :)

    ReplyDelete
  13. Ustaz Ahmad Dusuki ni ada juga saya tuntun video dia di u tiub. madu asli memang bagus sangat dibeli. sekarang susah nak dapat yg benar2 asli tambahan pulak kita tak tau nak bezakan asli atau tidak.

    thanks.

    ReplyDelete
  14. madu elok amalkan tiap2 pagi kan. :)

    ReplyDelete
  15. semoga dipermudahkan... thanks for the sharing ana

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.