Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden


Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden | Assalamualaikum. Pagi-pagi ni terkenang hari Isnin minggu yang lepas. Tengah berseronok bercuti satu family walau kurang sorang ahli. Pagi-pagi ni memasing peluk tubuh sebab kesejukan. Maklumlah kulit dah biasa dengan cuaca panas kan. Bila kena cuaca sejuk di Cameron Highlands ni, boleh menggigil juga lah kalau tak tahan. Ana awal-awal pakai jacket dah. So selamat lah kan. Stokin pun memang sentiasa pakai sebab lantai dekat hotel tu memang sejuk selalu. Selamat ada water heater kalau tak mau ada yang tak mandi 3 hari duduk dekat Cameron ni. Hehe. So hari ni Ana share dengan korang salah satu tempat menarik di Cameron Highlands iaitu Cameron Lavender Garden. Banyak sebenarnya tempat menarik lagi di sini tapi nanti Ana share kemudian ye.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Last masa Ana ke Cameron Highlands ni tahun 2015, Lavender Garden ni takde lagi rasanya. Ke Ana yang tak perasan pulak kan. Kira tempat ni merupakan salah satu tarikan baru bagi Ana yang ada di tanah tinggi ni. Kalau korang dari Simpang Pulai macam Ana, bila masuk je area Tringkap korang akan perasan Lavender Garden ni di sebelah kanan korang. Kiranya Lavender Garden ni terletak di bahagian bawah sebelum sampai dekat Keafarm atau Brinchang. Masa Ana lalu depan garden ni nak check in hotel, orang punya lah ramai dekat sini. Yang beratur lain cerita yang cari parkir lain cerita. Memang berduyun lah orang nak masuk ke sini senang cerita. Selamat Ana memang plan nak ke sini keesokan harinya iaitu hari Isnin. Memang berbaloi sebab tak ramai orang. Nak bergambar pun selesa. Takde lah yang interframe dalam gambar kita nanti kan.

Tiket masuk ke Cameron Lavender Garden ni ialah RM10 seorang. Untuk kanak-kanak 5-12 tahun seorang RM7. Rasa macam mahal tapi bagi Ana berbaloi dengan apa yang di bayar sebab Ana suka taman Lavender ni. Cantik dan tersusun. Ada 3 bahagian dalam taman cantik ni.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Dekat bahagian bawah iaitu bahagian masa kita masuk nanti korang akan nampak taman bunga berwarna-warni. Tapi kawasan ni berpagar so tak boleh lah masuk. Hanya boleh bergambar dekat tepi pagar je. Kan best kalau boleh dapat masuk tapi tu lah. Tapi kalau tak di pagar faham-faham je lah. Bila ramai umat yang masuk, boleh hancur rasanya bunga-bunga dalam tu. 

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Selain taman bunga korang akan jumpa kiosk jual aiskrim. Yang best ada aiskrim lavender. Try tau korang. Sedap juga walaupun En suami kata rasa macam makan Ajax Fabouloso. Eh macam lah pernah rasa Ajax tu kan. Haha. Askrim lavender ni satu RM6. Tinggi aiskrim tu dia bagi.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Tapi sayang tak sampai separuh aiskrim Ana tu dah jatuh menyembah bumi. Haha. Bukan Ana sorang je tau,  ramai gak yang kena. Sibuk sangat nak bergambar kan. Haha padan muka ko. Muka tercengang tengok aiskrim jatuh 👇

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Aiskrim vanila pun ada juga. Tu beli kan untuk si kecik tu. Bukan main seronok dia dapat makan aiskrim. Sampai ajak bergambar pun susah.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Depan kiosk aiskrim tu nanti ada sebiji kereta Volkswagen tak silap. Ada polkadot ungu lavender gitu. Comel sangat kalau nak bergambar dekat situ. Belakang kereta tu pula ada satu pondok telefon yang comel. Kalau korang pakar bergambar, mesti cun kalau bergambar dekat situ.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Lepas dari pondok nanti korang akan nampak love lock pula. Banyak juga lah love lock dekat sini. Ana? Tengok je lah. Tak kuasa nak love lock bagai. Lock je dalam hati masing-masing kan. Haha.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Jalan depan sikit nanti nampak satu booth untuk bergambar. Korang kalau nak guna service dorang sangat di alukan sebab dorang memang cari pelanggan pun. Yang best kalau guna service photographer dekat sini ialah confirm-confirm gambar korang cun sebab dorang dah tau pose macam mana untuk korang supaya gambar korang kebabom. Cakap je nak amik gambar dekat bahagian mana. Lepas tu boleh siap print terus tau. Masa Ana lalu depan booth tu, Ana tengok semua gambar yang dah di print cantik-cantik belaka. Ana sebab dah bawa kamera sendiri dan boleh print sendiri kan so amik lah gambar sendiri ikut suka hati ko.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Dari booth tu kalau korang ke kanan korang akan menghala ke arah kedai cenderamata dan seterusnya ke arah jalan keluar. Kalau korang ke kiri korang akan naik ke bahagian dua. Dekat bahagian dua ni lebih kepada tempat untuk bergambar juga. Kalau tadi bunga lavender dalam kawasan berpagar, dekat sini bunga lavender di letak di tepi-tepi "pagar". Tapi hati-hati especially bila bawa budak kecik sebab ada lubang dekat tepi-tepi tu which is agak berbahaya.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Dekat sini lah Ana berangan ala-ala di taman bunga. Bukan main heboh berposing sana sini. Macam-macam gaya boleh buat. Sebab tak ramai orang memang puas hati lah nak bergambar lama-lama dekat sini.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Naik ke tingkat atas nanti korang akan jumpa tempat untuk memetik bunga. Macam-macam bunga ada. Pilih mana yang suka. Harga dah di paparkan awal-awal so boleh bajet sendiri awal-awal kan. Best tau dekat sini. Kalau korang kejap je dekat Cameron Highlands ni, tak perlu nak ke tempat lain kalau korang bercadang nak merasai petik strawberi sendiri. Dekat sini pun boleh tau. Senang kan.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden


Fasiliti dekat sini pun bagus especially untuk orang Islam sebab ada surau di sediakan di bahagian atas. Cafe pun Muslim freindly. Bagus kan.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

So korang kalau nak ke Cameron Highlands jangan lupa singgah ke Cameron Lavender Garden ni tau. Highly recommended ok. Tapi plan lah masa weekdays untuk elak kesesakan. Kalau tak, tempat cantik pun tak rasa cantik bila ramai umat dengan pelbagai karenah dalam tu. Hehe.  Sebelum keluar boleh lah shopping dekat deretan kedai yang ada.

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden

Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden
Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden






Tempat Menarik di Cameron Highlands : Cameron Lavender Garden Reviewed by Ana Suhana on August 14, 2017 Rating: 5

28 comments:

  1. syoknya p time orang tak ramai. tak payah berebut nk bgambar

    ReplyDelete
  2. Kaki jalan juga sis Ana ni... View nya cantik lah sis...

    ReplyDelete
  3. baru rasanya ni ana.. dulu datang takde pun lagi.. tahun 2014 la.. lamanya tak gi..

    ReplyDelete
  4. memang menariklah kat sini suka dengan bunga-bungaan, akak pulak memang suka lavender

    ReplyDelete
  5. Bestnya pergi cameron. Last year ada pergi sana. Seronok juga tapi masa tu bunga xbanyak mcm ni. strawbery pun byk dh kne petik. nnti nak dtg lg lah.

    ReplyDelete
  6. Jeles laaaa...lama x naik CH..kalau bleh nak pi time bukan cuti sekolah...bila ana nak bawak akak kat sini? #ehhh

    ReplyDelete
  7. Cantiknya view! Haishhh bestnya.. Walaupun cameron je, view gojes sungguh.. Teringin nak pi.. InsyaAllah nanti berkesempatan nak naik cameron jugak 😍

    Aiskrim kat Lavender garden tu macam sedap je😍

    ReplyDelete
  8. Jeles lah ritu g CH tak turun sebab hujan...

    ReplyDelete
  9. cantinya view.. lama rasanya tak jejak ke cameron..memikirkan jalan nak sampai ke atas sana yg bengkang bengkok..tu belom kira berapa kali muntah hahah... bertabahlaaaa

    ReplyDelete
  10. CH mmg best.. rindu nk repeat

    Jemput baca kisah benar wanita ini nekad ikhtiar cara lain untuk naikkan Hb sepanjang hamil anak kedua

    ReplyDelete
  11. cntiknyaaaa kak anaa.. sukanya tngok bunga lavenderr./.

    ReplyDelete
  12. Lamanye x ke Cameron. Cantik betul tempat ni. Siap ada jual aiskrim lavender lagi. Tp bab rasa macam ajax tu..memang kelaka la..

    ReplyDelete
  13. ya Allah ctknya Cameron Highlands dkt sbh ada kundasang, sha xpernah pigi lagi Cameron Highlands

    ReplyDelete
  14. cemren ni kena pergi time hari biasa kan...kalau pegi weekend aduiiii....duk dalam jem jelah...

    ReplyDelete
  15. SubhanaAllah....indahnya....terbau-bau haruman lavender.

    ReplyDelete
  16. Lama tak pergi CH. Teringin pulak nak pergi lagi bila tengok gambo Ana ni. Kalau ikutkan hujung minggu baru ni hakak baru balik dr Tronoh. Kiranya dah dekat nak ke CH tu....

    Tp malangnya mood belum datang hihi..

    ReplyDelete
  17. cantiknya ana... klu x bergambar rugi la tpt cantik cam tu... segar bugar bunga2 Allah tu... nice pictures ana...

    ReplyDelete
  18. Memang layannn kalau makan aiskrim kat tempat sejuk2 kan.. 😊

    ReplyDelete
  19. Wah, bestnya. Aina tak pernah sampai lagi kat cameron

    ReplyDelete
  20. Subhanallah cantiknya lavender garden ni. Terharu tengok warna purple bunga yg cantik.

    ReplyDelete
  21. Dah lama tak pegi ke tempat nie...Informasi yang berguna.. Assalamualaikum, tahniah kerana anda merupakan penerima 1 botol serum rambut daripada saya.. Untuk butiran lanjut, jemput baca entri terbaru saya

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/08/top-commentor-julai-ogos-2017.html

    Tahniah sekali lagi...

    Shikin Razali

    ReplyDelete
  22. cantiknyaa kawasan ini. belum pernah gi cameron lagi. aiskrim lavender tu cam sedap je. huhu.

    ReplyDelete
  23. rindunya cameron highland. haih bila la boleh cuti cuti nih.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  24. Reen pergi CH tahun 2014 dah ada lavendar garden ni ana, tp bila tengok gmbar ana ni macam ada pembahruan skit.memang cantik g sni,terpukau tengok bunga cantik2

    ReplyDelete
  25. tak payah gi oversea.gi cameron je nak tengok lavender

    ReplyDelete
  26. Ada eh askrim lavender ini.. bestnya..

    ReplyDelete
  27. Cantiknya bunga2 kat sana.
    Tak sah kalau tak singgah ladang strawberry

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.