Jom beriadah di Pusat Akuatik Hang Jebat, Kompleks Sukan Hang Jebat



Jom beriadah di Pusat Akuatik Hang Jebat, Kompleks Sukan Hang Jebat | Assalamualaikum. Cerita Melaka kembali lagi. Tak habis-habis lagi rupanya kan. Nampak je negeri Melaka ni kecik tapi dia punya tempat menarik memang sangat banyak. Kalau korang yang jarang atau tak pernah sampai ke Melaka, kalau setakat 2-3 hari memang tak kan cukup nak explore semua tempat ni. Percayalah. Ok hari ni Ana nak cerita pasal satu tempat yang boleh di kunjungi untuk aktiviti beriadah untuk seisi keluarga yang banyak orang tak tahu even orang Melaka sendiri pun tau. Tempat yang Ana maksudkan ialah Pusat Akuatik hang Jebat, Kompleks Sukan Hang Jebat.

Baca juga : Tempat Menarik di Bandar Hilir

ICYMI, Kompleks Sukan Hang Jebat ni merangkumi 6 venue sukan utama iaitu Stadium Hang Jebat, Pusat Akuatik Hang Jebat, Pusat Squash Hang Jebat, Pusat Boling Padang Hang Jebat, Pusat Ekuestrian Hang Jebat dan juga Kompeks 10 Padang Bola Sepak Hang Jebat.

Jom Beriadah di Pusat Akuatik Hang Jebat, Kompleks Sukan Hang Jebat

Pusat Akuatik Hang Jebat
Pusat Akuatik Hang Jebat
Kredit : Perbadanan Stadium Melaka
Ada satu perkara menarik yang Ana nak share dengan korang iaitu kompleks sukan ni bukan hanya untuk kegunaan para atlit saja tau. Orang awam macam kita pun boleh guna juga. Pelbagai aktiviti yang boleh di jalankan di sini seperti karnival, hari keluarga, hari sukan, majlis perkahwinan, majlis graduasi dan banyak lagi.

Pusat Akuatik Hang Jebat
Pusat Akuatik Hang Jebat
Kredit : Perbadanan Stadium Melaka
Dan salah satu kemudahan yang ramai orang tak tahu ialah Pusat Akuatik Hang Jebat juga di buka kepada orang ramai. Pusat akuatik ni menyediakan kolam renang dan kolam terjun berbumbung yang telah mendapat kelulusan minimum yang ditetapkan oleh Federation Internationale de Natation (FINA). Jadi ianya sangat sesuai untuk dijadikan tempat riadah dan renang seisi keluarga dan juga tempat untuk berlatih berenang bagi kelas-kelas renang. Terdapat juga kemudahan lain di sini seperti surau dan kafeteria untuk keselesaan para pengunjung.

Pusat Akuatik Hang Jebat
Pusat Akuatik Hang Jebat
Kredit : Perbadanan Stadium Melaka
Caj bayaran untuk masuk ke pusat akuatik ni ialah :

Selasa - Jumaat
RM5 dewasa / sesi
RM3 kanak-kanak / sesi

Sabtu - Ahad
RM6 dewasa / sesi
RM4 kanak-kanak / sesi

Isnin
Ditutup untuk kerja pembersihan


Terdapat 3 sesi di buka setiap hari iaitu :

9 pagi - 12 tengahari
2 petang - 4 petang
6 petang - 8 malam

Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh lah hubungi nombor ni 06-3364517.

Jom beriadah di Pusat Akuatik Hang Jebat, Kompleks Sukan Hang Jebat Reviewed by Ana Suhana on July 20, 2017 Rating: 5

16 comments:

  1. Bagus bila dibuka kepada orang ramai...meluaskan peluang..mengurangkan jurang...terbaik...

    ReplyDelete
  2. Menarik ne, pergi melaka kena singgah, selalu jalan-jalan area bandar hilir jew

    ReplyDelete
  3. wahhh menarik ni utk orang2 melaka..

    ReplyDelete
  4. best la orang2 melaka.. sini ada jugak dekat putrajaya.. jauh pulak dr rumah.. heheheh

    ReplyDelete
  5. setuju..Melaka ni kecik je tapi banyak tempat2 menarik..untung!

    ReplyDelete
  6. Bagus la kalau buka utk orang luar...

    ReplyDelete
  7. banyak tempat menarik di melaka ni kan.bagus juga tempat ni dibuka untuk orang luar boleh dijadikan tempat beriadah

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tahu ada tpt ni. Walaupun mak ada rmah kt Melaka. Tp..byk tmpt x sempat explore

    ReplyDelete
  9. Anak2 kecik bagus masuk sini, senang belajar berenang dan cepat pandai...

    ReplyDelete
  10. Perghh kenapa lahh dulu masa study kat melaka tak rajin nak survey port lepak macam nih kak. hahaha
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  11. Stuju dgn statement ana yg melaka walaupun nmpk kecik tapi byk tmpt2 menarik.

    ReplyDelete
  12. Bestnya bila baca dibuka untuk orang luar. Sayangnya Siqah tak pandai berenang. Berendam je boleh. Hehe. Budak2 paling suka dengan kolam =D

    ReplyDelete
  13. Melaka memang kecik tapi banyak tempat best boleh dilawat.. Sha tengok je kalau gi sini.. Hehehe

    ReplyDelete
  14. omigooood i love swimming. sejak2 duduk jauh sikit dari Penang memang jarang pegi swimming pool. tah2 lupa nak brenang macam mana ngeh2..

    ReplyDelete
  15. Wah seronoknya orang Melaka! Sesiapa pakat2 nak datang area Stadium Hang Jebat ka Tesco Cheng Melaka nak cari homestay boleh tgk senarai 5 homestay terbaikkk https://www.letsgoholiday.my/p/Homestay-Near-Tesco-Cheng

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.