Resipi : Sotong Masak Kicap ala Goreng Kunyit dan Sotong Goreng Tepung


Resipi : Sotong Masak Kicap ala Goreng Kunyit dan Sotong Goreng Tepung | Assalamualaikum. Cuti hujung minggu ni ke mana kita?  Mesti ramai yang menemui undangan open house kan. Maklum lah minggu depan minggu last bulan Syawal kan. Makan-makan juga cuma kena beringat. Jangan sampai merana badan sudah lah ye. Ok lah, hari ni Ana nak share resipi sotong masak kicap ala goreng kunyit dan sotong goreng tepung yang sangat mudah di sediakan. Sesuai untuk orang macam Ana yang malas nak masak yang rumit-rumit ni. Menu ni campak-campak siap di hidang. Berbaloi masak sendiri compare beli di kedai. Kos baru RM15 untuk sotong bersaiz besar tu.

Baca juga : Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap dan Berkhasiat


Sotong Masak Kicap ala Goreng Kunyit
Sotong Masak Kicap ala Goreng Kunyit

Sotong Masak Kicap ala Goreng Kunyit


Saiz hidangan : 2-3 orang

BAHAN-BAHAN

1. Sotong - 3 ekor bersaiz besar (di potong bulat)
2. Kunyit dan garam
3. Bawang besar - 1 biji (di potong bulat)
4. Bawang putih - 1-2 ulas ( di ketuk kasar)
5. Cili Api - 5-6 biji
6. Sos tiram
7. Kicap

CARA-CARA

1. Basuh sotong bersih-bersih dan tos. Kemudian perap sekejap dengan kunyit, garam dan aji.

2. Panaskan minyak dan tumis sotong. Kacau seketika dan kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili api.

3. Masukkan sedikit sos tiram dan air. Kacau sebati. Kemudian masukkan kicap.

4. Siap di hidang.


Sotong Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung


Sotong Goreng Tepung

Saiz hidangan : 3-4 orang

BAHAN-BAHAN

1. Sotong - 4 ekor (di buang kulit dan di potong bulat).
2. Tepung Gandum - 1/2 - 1 cawan *
3. Tepung Jagung - 1/4 - 1/2 cawan *
4. Tepung beras - 2-3 sudu besar *
5. Serbuk lada hitam - sedikit *
6. Serbuk lada sulah - sedikit *
7. Telur - 1-2 biji

* campur di dalam satu bekas


CARA-CARA

1. Bersihkan sotong dan tos sehingga air sotong turun. Kemudian gaul dengan garam dan aji.

2. Pukul telur dalam satu bekas dan masukkan campuran tepung * di atas sehingga menjadi satu adunan.

3. Celup sotong dalam adunan nombor 2 di atas.

4. Kemudian amik sotong tadi satu persatu dan salut dengan campuran tepung sehingga betul-betul bersalut untuk elak sotong dari meletop ketika di goreng.

5. Goreng di dalam api yang telah betul-betul panas sehingga masak.

6. Angkat sotong yang telah di goreng dan tos di atas kitchen towel.

7. Sedia di hidang.





Resipi : Sotong Masak Kicap ala Goreng Kunyit dan Sotong Goreng Tepung Reviewed by Ana Suhana on July 08, 2017 Rating: 5

24 comments:

  1. Blog bertambah cantik, simple and sangat kemas.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya sotong goreng tepung..😁😁😁😁

    ReplyDelete
  3. Sotong goreng tepung..hui makan dengan sos...amboi sangat..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. sotong goreng tepung fav Syafi tu

    ReplyDelete
  5. sedapnya ! kat rumah pun salu buat sotong goreng tepung. masak kicap je belum pernah lagi

    ReplyDelete
  6. Sotong celup tepung..wuishh..mengancam

    ReplyDelete
  7. baru perasan rupanya kite dah lama tak masak sotong masak kicap.. huu~ isnin nanti bleh guna resepi ni untuk bento encik suami..

    ReplyDelete
  8. sotong goreng jak pun sudah sedap..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya...yp apakan daya saya allergic sotong.kalo makan dotong kena telan ubat terus kalau x mata sembab hidung berair bersin non stop

    ReplyDelete
  10. Adoilah.. Apa sahaja menu yang menggunakan sotong memang best..

    ReplyDelete
  11. Belum pernah memasak sotong masak kicap ni. Suka sotong goreng tepung

    ReplyDelete
  12. dua2 resepi saya suka. husband dan anak2 plak suka sotong goreng tepung. dah la simple saja menunya. nak buat pun senang dan cepat siap. saya suka resepi2 macam ni. senang, jimat masa tapi sedap.

    ReplyDelete
  13. Orang ada gout kena jaga jaga makan sotong ni

    Sedap memang sedap

    ReplyDelete
  14. dua2 resepi tu akak suka dan dua2 pun sedap sangat

    ReplyDelete
  15. Rajinnye anak memasak... Bila lea nak jd cam ana ni..

    ReplyDelete
  16. asal resipi sotong jak eca minat tapi masaknya tahhh bila nak rajin.hahaha
    nnti eca cuba resipi ini yer

    ReplyDelete
  17. cantik kejadian sotong celup tepung tu , saya buat mesti tak pernah jadi , terima kasih atas resepi

    ReplyDelete
  18. Sotong goreng tepung cecah sos... nyum2...

    ReplyDelete
  19. Wow, sotong goreng tepung, my favourite..=)

    ReplyDelete
  20. sama cara kita masak sotong kicap kunyit tu, ana.
    just aida kekadang add skali sos tiram. serai pun aida masukkan.
    cili padi few batang aje. karang izzat x dpt makan :)

    ReplyDelete
  21. aduhh sedapnya kakk anaaaaa. kena try masak cara kak ana pulak.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.