Resipi : Ikan Masak Taucu


Resipi Ikan Masak Taucu l Assalamualaikum. Alhamdulillah dah masuk kita ke fasa terakhir Ramadhan. Mesti ada yang tengah buat kuih raya kan. Ana macam tahun-tahun lepas, buat kuih tunjuk je. Senang cerita. Sebab dah pernah buat tapi rasa berbaloi pulak. Dengan masa dan bahan yang di gunakan. Lebih baik beli je. Rumah pun tak bersepah. Hehe. Ok untuk resipi hari ni Ana nak share satu menu favorite En Suami iaitu resipi ikan masak taucu. Menu yang sangat simple tapi mampu membuka selera makan kita. Orang yang hilang selera makan pun boleh cuba. InsyaAllah berselera nanti sebab rasa masam masin taucu tu sempurna sebagai pembuka selera orang kata. 

Baca juga : Resipi Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

Resipi Ikan Masak Taucu
Resipi Ikan Masak Taucu

Resipi Ikan Masak Taucu

Saiz hidangan : 2-3 orang

BAHAN-BAHAN

1. Ikan Kembong / Tenggiri - 3-4 ekor / ketul
2. Bawang Besar - 1 -2 biji (belah dua dan hiris tebal) 
3. Bawang putih - 2-3 ulas (hiris nipis) 
4. Halia - 1-2  inchi (hiris nipis)
5. Cili api - 6-7 biji
6. Cili hijau / merah - 1-2 biji (belah empat)
7. Taucu - bergantung pada kuantiti ikan


CARA-CARA

1. Ikan di perap dengan kunyit dan garam kemudian di goreng. Bila dah masak (jangan terlalu garing) keluarkan dan letak di tepi. 

2. Tumis bawang besar,  bawang putih dan halia sampai baik bau. Kemudian masukkan taucu dan air secukupnya.

3. Masukkan sedikit gula. 

4. Masukkan ikan dan kacau rata.

5. Masukkan cili merah / hijau dan cili api sebagai bahan hiasan.

6. Siap di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Ada sesetengah resipi guna air asam jawa dalam ni tapi Ana tak guna sebab taucu tu pun dah masam sifat dia. 
Resipi : Ikan Masak Taucu Reviewed by Ana Suhana on June 14, 2017 Rating: 5

21 comments:

  1. Walaupun saya belum penah cuba makan ikan masak taucu, tapi dari gambarnya pun menggambarkan kesedapan masakan nie..

    ReplyDelete
  2. Dedua jenis ikan tu Mrs. A suka.
    Tengok gambar telan air liur dibuatnya.

    ReplyDelete
  3. tak pernah masak taucu ni.. tp husband dilah ckp dia suka.. nnt nak try la sbb taucu pun dah beli dah.. senang je rupanya.. thanks ana..

    ReplyDelete
  4. Ikan kenbong biasanya menjadi pilihan PC...hihi..En Suami kata lagi sedap,.

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak ana.. busyra suka masakan ni.

    ReplyDelete
  6. nampak sedap la..tapi akak tak berapa suka taucu..x tau la kenapa

    ReplyDelete
  7. Suka sangat ikan masak taucu...tp bdk2 kt umh ni xpndai mkn...kita sorang la yg tukang perabis hihi

    ReplyDelete
  8. suka lauk ni. sebab masam2. hehhehe.

    ReplyDelete
  9. kak ana sedap nya. mkn kak ana kan baru tahu. hehehe

    ReplyDelete
  10. Tak pernah tak sedap resepi Ana..
    Sambil tengok gambar telan ailio..
    Ada sahaja menu setiap hari..
    LZ dah ketandusan idea sampai meng-Google menu apa nak masak hari ni, parah sungguh.

    ReplyDelete
  11. Lama dah tak makan taucu... sedap ni... meleleh air liur time tengahari baca entri ni...

    ReplyDelete
  12. Perghhh sedap tu ana... Time kemuncak ni, rasa tak sabar pulak nak berbuka.. Haha..

    ReplyDelete
  13. Tak pernah cuba masak taucu 😂

    Macam sedapp je

    ReplyDelete
  14. Mak CR suka masak taucu. Reen kureng skit.hee

    ReplyDelete
  15. ju xperna masak taucu.. seriously =D nnti ju nak try buat, tgk bahan pun xsusah juga sbnr nya nak dpt kan =)

    ReplyDelete
  16. Suka sangat ikan masak taucu ni. Senang dan sedap!

    ReplyDelete
  17. Nanti nak try resepi ni, insyaAllah ��

    ReplyDelete
  18. Cik adik xpandai nk masak taucu biaq cik abg yg masakakn...😉😉

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.