Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap


Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap l Assalamualaikum. Masak apa kita hari ni? Ana dah hampir buntu tak tahu nak masak apa sebenarnya. Tapi tiba-tiba teringin nak makan ayam percik. Nak pergi bazar macam malas. Maka masak lah sendiri je. Alhamdulillah menjadi.

Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap

Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap


Saiz hidangan : 2-3 orang


BAHAN-BAHAN

1. Ayam - 5-6 ketul
2. Daun kunyit - 1 helai
3. Santan - 1-2 kotak
4. Cili kering - 5 tangkai *
5. Bawang besar - 2 biji *
6. Halia - 2 cm*
7. Serai - 2 batang * ( 1 di kisar dan 1 untuk menumis)
8. Kunyit hidup-Sedikit *

* di kisar


CARA-CARA

1. Daun kunyit di hiris halus dan di bahagi kepada 2 bahagian.

2. Panaskan minyak dan tumis serai (di ketuk dahulu) sehingga naik bau.

3. Masukkan bahan yang di kisar dan kacau sehingga pecah minyak. 

4. Masukkan santan, daun kunyit separuh,  garam dan gula.

5. Bila kuah dah start mendidih, masukkan ayam dan masak hingga separuh empuk.

6. Kemudian angkat ayam sahaja dan sambung bakar di dalam oven atau atas kuali sehingga masak dan garing. (Ana tak bakar sampai garing sebab nak isi ayam masih lembut semasa di makan) 

7. Akhir sekali hidang ayam di atas pinggan dan simbah kuah ke atas ayam. Hias ayam percik dengan lebihan daun kunyit tadi.






Resipi Ayam Percik Cepat, Mudah dan Sedap Reviewed by Ana Suhana on June 08, 2017 Rating: 5

19 comments:

  1. Sedapnya.. nak cuba lah nanti..

    ReplyDelete
  2. sedapnya ana.. dah la kepala tengah pikir apa nak masak untuk berbuka karang..

    ReplyDelete
  3. sedap.. unni pun da buat ritu... macam nak lagi..hihihi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ana.. thn ni belum makan ayam percik lagi...

    ReplyDelete
  5. dah lama tak buat ayam percik..ehh terbau sampai ni la Ana...

    ReplyDelete
  6. alahai sedappnyaa kak ana :) seronok kalau dpat ni :)

    ReplyDelete
  7. Ini lagi bomb.. (tetiba naj nyanyi lagu nora danish bila nampak resepi ni..) Hihi.

    Sedapnya.. Selalu buat ikan percik je😂

    ReplyDelete
  8. dulu rajin buat masa bujang. Siap bakaq depan rumah.

    La ni..sejak dah kahwin..bini la yang yang rajin masak. Hehe

    ReplyDelete
  9. sy suka ayam percik kuah putih...

    ReplyDelete
  10. Alahai kak ana.. Kesian kami dalam rantau nie.. Kat mana nak cari daun kunyit.. Teringiiiin.:(

    ReplyDelete
  11. Mudah ni Sis..boleh dicuba ni..

    ReplyDelete
  12. Ramadhan tahun ni tak pekena lagi ayam percik. Hahaha ramai2 kat rumah ni nak jimat mmg kena buat sendiri...

    ReplyDelete
  13. Rajin dh masak ni...nampak sennag dan nampak sedap..nanti nak cuba jugak

    ReplyDelete
  14. Wah boleh try ni, ulang Kali bakar pastu simbah kuah agaknya lagi sedap eh.

    ReplyDelete
  15. nyum nyum ! menggoda tekak ju la pagi ni ! huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. Pandainya Ana masak =) Siqah tak pernah lagi masak ayam percik. Akan dicuba kelak =D

    ReplyDelete
  17. Sedap menunya.. Boleh lah Sha cuba nanti..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.