Resipi : Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis - Ana Suhana

Jun 10, 2017

Resipi : Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis


Resipi : Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis l Assalamualaikum. Bulan-bulan puasa ni menu untuk berbuka memang Ana akan masak yang simple dan cepat. Salah satunya sambal goreng kentang lah. En Suami memang suka makan ni. Kalau boleh hari-hari dia minta buatkan. Sebab tak nak bagi rasa muak,  Ana akan alternate setiap hari. Kalau hari ni sambal goreng kentang dengan ikan bilis, esoknya Ana akan masak sambal goreng kentang rangup. Dua-dua menu pun senang nak sediakan.

Resipi : Sambal Goreng Kentang Rangup dan Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

Sambal Kentang Goreng Rangup
Sambal Kentang Goreng Rangup
Versi 1 :  Sambal Goreng Kentang Rangup

BAHAN-BAHAN


1. Kentang - 4 -5 biji ( di sagat atau di hiris nipis)
2. Kacang tanah
3. Cili kisar - 1-2 sudu (bergantung pada saiz kentang dan kuantiti kacang)


CARA-CARA

1. Goreng kacang sehingga garing dan ketepikan dalam bekas untuk di sejukkan.

2. Gaul kentang dengan garam dan goreng dalam minyak yang panas. Masukkan kentang satu-satu supaya tidak melekat antara satu sama lain. Selesai goreng semua, letak tepi dan sejukkan di dalam bekas yang berbeza.

3. Tumis cili kisar sehingga masak dan masukkan garam dan aji. Tutup api dan biarkan sambal sejuk seketika.

4. Bila sambal dah sejuk gaul dengan kacang dan kentang. Masukkan dalam bekas kedap udara dan sedia di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Cili kisar yang Ana guna tu cili kisar buat sendiri. Jadi memang dah ada bawang besar dan bawang putih dalam tu. Kalau korang takde cili kisar, rebus 6-7 tangkai cili kering. Kemudian kisar dengan bawang putih dan bawang besar.






Resipi : Sambal Goreng Kentang dan Ikan Bilis
Resipi : Sambal Goreng Kentang dan Ikan Bilis
Versi 2 : Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis

Saiz hidangan : 2-3 orang

BAHAN-BAHAN

1. Cili Merah - 3-4 biji * 
2. Bawang putih - 1 ulas *
3. Bawang besar - 1/2 biji (kalau besar) *
4. Kentang - 3-4 biji **
5. Ikan bilis

* Di kisar kering
** Di hiris


CARA-CARA

1. Kentang di lumur dengan sedikit garam kemudian goreng sampai garing.

2. Goreng ikan bilis sehingga garing.

3. Buang minyak dari ikan bilis sedikit dan tumis bahan yang di kisar sehingga masak.

4. Masukkan garam dan bahan perasa.

5. Masukkan kentang dan gaul sehingga rata. 


NOTA TAMBAHAN

1. Ikan bilis goreng tu boleh je gaul dengan kentang dalam sambal yang di masak tu. Tapi Ana asingkan sebab nak ada rasa rangup masa makan. 

2. Kalau nak rasa manis sikit boleh letak gula sedikit. 

23 comments:

  1. Thanks for sharing ..nanti bila2 nak buat la

    ReplyDelete
  2. Sedap makan masa sahur nie.. membuka selera..

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak buat...
    AM selalu letakkan ikan bilis goreng dan kicap sikit..
    Resepi dari kawan di pahang..

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  4. sgt sedap dimakan utk moreh n minum ptg kan?

    ReplyDelete
  5. Samalah prinsip masakan kita. Husniey pun suka masak cepat dan lazatt ❤👍👍

    ReplyDelete
  6. Rajinnya akak masak.. Anis belum sempat nak masak betul2 lg.. hehe

    ReplyDelete
  7. Sedap kan lauk simple macam nie Ana..

    ReplyDelete
  8. Boleh ler mencuba nnt,
    sedap makan dgn nasi panas ni.

    ReplyDelete
  9. Simple nak buat..bahan bahan pun tak banyak...
    Kena tunggu sampai mrs pip habis bersalin la nampaknya baru dpt makan makanan bercili ni :( .... time preggy ni, yg bercili cili ni mmg tolak tepi.

    ReplyDelete
  10. Uiii sedap ni kak ana. Nak cuba la nanti. Tq share resepi ni kak ana

    ReplyDelete
  11. sedapnyaa Ana oiii...terliur tengahhari gini

    ReplyDelete
  12. Sedap...makan gitu je pun sedap ni..rangup2 pedas..fuh..

    ReplyDelete
  13. Mrs. A punya selalu tak rangup hehehe...
    Oh! kalau nak rangup dah sejuk baru gaul dengan cili rupanya.
    Nanti nak cuba cara AS ni

    ReplyDelete
  14. sedap nih, boleh buat untuk berbuka petang nanti

    ReplyDelete
  15. Wah, memang favourite saya nie, kalu saya buat memang saya ratah jea, hihi..

    ReplyDelete
  16. CR paling suka yg ni. Kadang lauk ni je ada.laju je makan. Hee

    ReplyDelete
  17. mudah nya nak buat kan sis, bahan2 pun mmg mudah kita nak dptkan =)

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤