Safi Expert Solution Terbukti Mengurangkan Flek Hitam dan Garis Penuaan - Ana Suhana

Mar 9, 2019

Safi Expert Solution Terbukti Mengurangkan Flek Hitam dan Garis Penuaan


Safi Expert Solution Terbukti Mengurangkan Flex Hitam dan Garis Penuaan l Assalamualaikum. Kalau cakap tentang masalah kulit muka, kita akan associate dengan jerawat dan jeragat kan. Tapi korang tau tak selain dari 2 masalah ni, rata-rata antara kita juga mengalami masalah yang dipanggil sebagai flek hitam dan juga garis penuaan. So hari ni Ana nak share dengan korang tentang 2 isu ni dan juga cara atasinya dengan Safi Expert Solution - Terbukti Mengurangkan Flek Hitam dan Garis Penuaan.
Safi Expert Solution
Safi Expert Solution
Safi Expert Solution Terbukti Mengurangkan Flek Hitam dan Garis Penuaan

Flek hitam atau nama saintifiknya ephelis merupakan sekelompok bintik-bintik yang muncul pada muka, lengan, dada dan leher akibat peningkatan melanin atau pigmen (hyper pigmentation) pada kulit. Ianya muncul tanpa mengira faktor usia. So maksudnya kanak-kanak pun boleh ada flek hitam ni. Cumanya ianya tak lah berbahaya atau menyebabkan rasa sakit.  Flek hitam ni selalu lebih mudah kita nampak pada mereka yang berkulit cerah. Contoh macam freckles Lindsay Lohan lah senang kata.
Safi Expert Solution
Safi Expert Solution
Apa penyebab terjadinya flek hitam ni? Ada banyak punca munculnya flek hitam pada wajah dan tubuh badan kita. Antara punca utama ialah apabila kulit terdedah pada sinar matahari atau sinar UV selain dari faktor proses penuaan semulajadi. Faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada flek hitam ni ialah :

1. Penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai
2. Faktor genetik atau perubahan hormon
3. Kekurangan vitamin
4. Bekas jerawat
5. Pencemaran udara

Manakala garis penuaan atau kedutan di muka terjadi apabila proses semulajadi pembaharuan sel kulit dan proses pengeluaran kolagen menjadi semakin lambat dan lapisan pelindung kulit menjadi semakin lemah. Antara faktor yang menyumbang kepada wujudnya garis penuaan ini ialah gaya hidup, pencemaran udara, pancaran sinaran matahari / UV dan juga faktor usia.

Namun terdapat langkah atau cara untuk mencegah dan juga memudarkan flek hitam dan garis penemuaan khususnya pada wajah. Antara dengan memakai sunscreen apabila keluar rumah dan juga korang boleh juga lindungi wajah korang dengan pemakaian ampoule dan pelembap dari Safi Expert Solution.

Safi Expert Solution merupakan siri terbaru dari Safi yang mengandungi beberapa produk dibawahnya. Antaranya ialah Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation dan Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines. Cuba tengok packaging dia. Cun habis kan. Dengan warna black gold buat set ni nampak eksklusif sangat. Jom baca details 2 produk ni.

Baca juga : Safi Fair Beauty 31 Days Challenge 

Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation ialah 2 Step Multi-Action Ampoule System yang diformulasi dengan bahan aktif berkhasiat dari DN Age Technology tanpa paraben, tanpa mineral oil, tanpa alkohol, tanpa silikon dan tidak diuji pada haiwan.
Safi Expert Solution
Safi Expert Solution
Kombinasi hebat 2 langkah ni bertindak pantas dengan menembusi ke dalam lapisan kulit untuk memerangi flek hitam secara mendalam dan efektif serta membekalkan kelembapan dan meningkatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit yang lebih sihat dan cantik. Ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan :

85.7 % Flek Hitam Berkurang
91.7% Kulit Lebih Berseri
100% Kulit Lebih Elastik
100% Tona Kulit Meningkat
100% Pembaharuan Kulit

Macam Ana bagitau ada 2 langkah yang korang kena follow bila guna Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation ni.

Langkah 1 : Renewal Hydra Complex

Titiskan ampoule ke tapak tangan secukupnya menggunakan dropper. Kemudian apply ke muka dan tepuk tepuk sehingga Renewal Hydra Complex diserap sepenuhnya ke dalam kulit. Teruskan ke langkah 2.

Langkah 2 : Supreme Anti-Spots Complex

Titiskan ampoule ke tapak tangan secukupnya  dan sapu pada wajah dengan urutan ke atas.
Safi Expert Solution
Safi Expert Solution
Apa yang Ana suka tentang ampoule ni ialah baunya yang wangi dan menyegarkan. Rasa tenang jer bila pakai dekat muka. Dari segi tekstur, ampoule ni seakan oily tapi bila dah apply ianya tak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit. Dan kulit kita akan kekal lembap untuk jangka masa yang lama dan kelihatan lebih sihat. Korang boleh tengok tahap kelembapan kulit meningkat seperti dalam video di atas.

Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines


Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines bertindak menapis lebih dari 90% sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran yang menyebabkan terjadinya kedutan, kulit kering dan tona warna tak sekata.
Safi Expert Solution
Safi Expert Solution
Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines merupakan pelembap yang tidak berminyak yang diformulasi dengan Liquid Crystal Technology untuk meningkatkan proses penembusan Amino Peptides** yang bertindak memberikan penghidratan yang terbaik, menguatkan kulit dan mengurangkan kehilangan air transepidermal untuk kulit yang sihat dan berseri. Ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan :

Ketumpatan Fiber Kulit Meningkat
 Keanjalan Kulit Meningkat
Mencerahkan Tona Kulit
Kulit lebih berseri dan tegang
Menghaluskan garis penuaan dan kedutan

** Amino Peptides berfungsi meningkatkan ketumpatan serat kulit dan memperbaiki kedutan


Nak apply Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ni senang je. Lepas bersihkan muka, sapukan pelembap secukupnya ke kulit dan urut secara membulat. Selesai.
Safi Expert Solution
Safi Expert Solution
Macam ampoule di atas, bau Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing ni juga berbau wangi. Wangi sangat tau. Dari segi tekstur pula, pelembap ni bersifat 'ringan', tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit.

Ok lah tu je Ana nak share kali ni. Oh ya Safi Expert Solution ni belum lagi dilancarkan tau. So kalau korang rasa nak cuba produk terbaru ni, make sure korang follow FB page dan IG Safi Malaysia untuk update terkini ok.

15 comments:

  1. Woww packaging dia cantik la. Kebabom sangat. Tak nampak lagi ada jual dekat mana mana. Nanti nak ttgk la hee.

    Ika datang singgah sini sis. https://sicasjjm.blogspot.com/2019/03/book-review-lelaki-neraka-by-asraf.html

    ReplyDelete
  2. sedap bau dia..best gak pakai expert solution ni..
    makin muda la kita nnt.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Semakin bertambah formulasi baru daripada Safi.Semakin berusia semakin perlu lebih teliti mengurus kulit wajah kan Kak Ana.. Walau menggunakan yang asas sahaja.

    ReplyDelete
  4. Woww semakin awet mudalah Ana lepas ni

    ReplyDelete
  5. Baru beberapa hari guna ni jugak, betul best kan Ana.. 😍


    Suka tengok tekstur ni

    ReplyDelete
  6. teruja nak cuba produk Safi terbaru ni, tapi lain sikit produk yang huda dapat.

    ReplyDelete
  7. Best kan Ana Safi Solution ni .Terbaik

    ReplyDelete
  8. safi ada product br lg..tk prasan lg yg produk br ni

    ReplyDelete
  9. Produk Safi memang terbaik dan berkualiti tinggi..

    nak gunapun tanpa rasa sangsi

    ReplyDelete
  10. ngeeee akak pun guna ni...nanti kita tengok perbezaan kita bila jumpa ek

    ReplyDelete
  11. jatuh cinta dengan safi expert solution..berkesan dan sesuai dgn kulit lina..

    ReplyDelete
  12. woww produk safi terbaru!!terbukti tahap lembapan dia bila ana buat ujian sendiri..terbaik!!

    ReplyDelete
  13. Best guna safi ni muka lembut jer..

    ReplyDelete
  14. Safi keluar rangkaian baru ye.. menarik..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤