SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge - Ana Suhana

Oct 29, 2018

SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge


SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge | Assalamualaikum. Pertengahan bulan lepas Ana ada share dengan korang tentang 8 Manfaat Kecantikan SAFI FAIR BEAUTY. Dan dalam entri tu Ana ada bagi tau yang Ana sahut SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge. So hari ni Ana akan review lepas sebulan gunakan set ni.
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge

Seperti yang Ana cerita sebelum ni rangkaian SAFI FAIR BEAUTY telah diberi wajah baru dengan rekaan yang lebih manis dan menawan serta dipertingkat dengan teknologi BIO.Fairness. Dan turut diperkenalkan ialah produk terbaru iaitu Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY menjadikan set SAFI FAIR BEAUTY mempunyai 3 produk di bawahnya.
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Nak dapatkan kulit yang cantik banyak faktor kena jaga. Betul tak? Bab pemakanan terutamanya. Kalau makan minum tak jaga, pakai lah produk apa pun muka tetap akan nampak tak sihat. So bab pemakanan kena betul-betul jaga. Macam Ana memang bukan jaga sangat pun. Main sebat je semua. Cuma makanan yang berminyak memang Ana akan avoid. Dan air Ana akan pastikan Ana minum secukupnya. Tidur pun sama kadang tu tak cukup tidur pun. Tu yang eyebag jadi berkilo. Haha. Cuma memandangkan sekarang Ana dah jadi surirumah, masa Ana dekat luar berkurang berbanding dulu so kulit Ana secara tak langsung tak lah berapa terdedah pada pencemaran dan habuk yang kotor dekat luar tu.

Lepas dah jaga semua tu baru lah kita boleh proceed tentang produk kecantikan wajah pula. Baru lah seronok nak cerita kan. Untuk SAFI FAIR BEAUTY ni, set ni diperkaya dengan multivitamin seperti B3, CE, E, B5 dan B6 dengan gabungan ekstrak organik limau gedang dengan tujuan untuk :

πŸ’• Mencerahkan kulit
πŸ’• Menyamaratakan tona kulit
πŸ’• Kulit berseri merah jambu
πŸ’• Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
πŸ’• Memberi perlindungan UV
πŸ’• Melembutkan dan menghaluskan kulit
πŸ’• Melicinkan kulit
πŸ’• Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit

So tercapai ke kulit Ana cerah berseri warna merah jambu seperti yang dikatakan?? Jom sambung baca.

Pendapat Peribadi

Lepas sebulan guna kan set SAFI FAIR BEAUTY ni, to be honest kulit Ana tak jadi pun merah jambu seperti yang dikatakan. But wait...... Ana ada reason untuk itu. Suspen plak kan.

Sebab pertama adalah kerana kulit Ana secara semulajadi nya bukan lah cerah mana. So bila kulit dah sejenis bukan kulit yang putih for sure tak kan nampak kemerahjambuan tu. In fact pakai blusher pun antara nampak tak nampak je. Haha. So untuk part  kulit jadi merah jambu tu ada exceptional lah.

Tapi part mencerahkan wajah dan menyamaratakan tona kulit tu YES Ana bersetuju. Macam Ana pernah cerita sebelum ni yang kulit Ana sunburn teruk masa bercuti yang lepas. Then untuk baiki semula kulit tu Ana pakai lah SAFI FAIR BEAUTY ni di samping menggunakan ampoule (serum) pada belah malam. Alhamdulillah kulit Ana kembali ke warna asal dan tona warna pun semakin sekata. Tak nampak dah 2 lapisan tona warna yang berbeza tu.
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Kalau tengok gambar atas ni, orang yang sama cuma kulit warna dan tempat je yang berbeza. Dua-dua gambar ni Ana pakai SAFI Fair Beauty Fairness Cream saja. BB Cream Ana skip sebab kulit tengah sunburn kan. Nanti nampak lagi bercapuk. So ni lah hasilnya lepas sebulan pakai. And please don't expect yang kulit Ana akan jadi putih pulak sebab memang tak kan putih pun. Melainkan Ana buat injection bagi kulit putih ala ala pink gitu. Huhu.
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
And one more thing bagus lah kulit tak jadi lebih putih sebab itu menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam SAFI FAIR BEAUTY adalah selamat. Cuba bayang kalau korang pakai produk tu dalam masa sebulan kulit korang dari yang biasa-biasa tetiba jadi putih. Makna nya apa? Maknanya produk tu dah kikis kulit korang tau. Bahaya sayang. No no no.

Produk SAFI FAIR BEAUTY

1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Antara pembersih muka kegemaran Ana sebab tekstur krim dan buih yang lembut. Lepas bilas, kulit muka terasa lebih bersih dan lembap. Yang penting kulit Ana tak kering dan tegang.

☑️ Saiz pek: 50g/100g
☑️ Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)

2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Ana akan pakai Fairness Cream ni setiap kali nak keluar rumah. Lepas basuh muka dan apply toner, terus pakai krim ni. Krim ni bertindak sebagai ejen pencerah sekaligus pelindung kulit dari sinar UV berbahaya. 

☑️ Saiz pek: 50g/80g
☑️ Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)

3. SAFI Fair Beauty BB Cream
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
SAFI FAIR BEAUTY 31 Days Challenge
Pelengkap rutin sebelum keluar rumah, Ana akan pakai BB Cream ni sebagai asas solekan. Mampu menutup cela pada wajah dan menaikkan seri muka. BB cream ni juga bertindak melembapkan kulit agar solekan kekal kemas pada masa yang lama. 

Ok itu lah pendapat Ana lepas sebulan lebih gunakan set SAFI FAIR BEAUTY ni. Bagi yang berminat nak mencuba rangkaian terbaru SAFI FAIR BEAUTY, korang boleh dapatkan di pasaraya utama dan pasaraya hyper di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang jenama SAFI, korang boleh layari media sosial SAFI seperti di bawah :

18 comments:

  1. wah...lina memang suka guna produk safi,harga pun berpatutan selain mudah didapati...namk cuba lah nnt safi yang baru ni..

    ReplyDelete
  2. haiiiii ^^ wahh, saffaa pun pengguna safi :)

    ReplyDelete
  3. makin cerah ana...produk safi murah dan berkesan kan

    ReplyDelete
  4. PC dah cari tapi tak ada la kak...nak cuba sebenarnya..sebab PC memang guna Safi.

    ReplyDelete
  5. hai kak ana. mcm sama pulak nama kita sbb nama ana Norsuhana hehe. ana pengguna tegar safi jugak tp safi balqis hehe

    ReplyDelete
  6. Macam menarik pula set Safi yang nie Ana.. Cantik Ana macam selalu.. ❤

    ReplyDelete
  7. tk tgk lg set safi yg ni kt pasaran...nmpk perbezaan tu ..akak slalunya guna pencuci muka safi je

    ReplyDelete
  8. Produk Safi memang terbaik dan diyakini

    ReplyDelete
  9. After tu makin lawa.. 😍 Yelah kan takkan nak expect putih melepak baru 31 hari guna. Nak putih melepak ni kena makan sesuatu lah kot. Heee

    Btw harga produk Safi memang murah

    ReplyDelete
  10. Wahh nampak perubahan tu yg best tu..muka reen pun bkn jnis cerah, nk try la nti sbb muka tgh breakout ni. Huu

    ReplyDelete
  11. Nampak menarik BB creamnya. Ira paling takut nak calit BB cream huhuhu

    ReplyDelete
  12. Patutlah wajah akak nampak berseri2.. Safi mmg best..saya pun pengguna safi jgk..

    ReplyDelete
  13. Waa nampak perbezaannya disitu.. nak try produk ni jugak nanti hi hi hi

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤