Family Lunch Date di Restoran Happy Thai Brem Mall - Ana Suhana

Mar 5, 2019

Family Lunch Date di Restoran Happy Thai Brem Mall


Family Lunch Date di Restoran Happy Thai Brem Mall | Assalamualaikuam. Weekend baru-baru ni mak mertua request untuk family gathering sambil makan-makan before dia fly ke Jordan. Memula plan nak makan di Hotel Crystal Crown, tapi Ana pula rasa muak bila sebut makan hotel. Then Ana propose and at last semua setuju untuk having a Family Lunch Date di Happy Thai Brem Mall.
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Family Lunch Date di Restoran Happy Thai Brem Mall

Actually ni kali ke-2 Ana makan dekat sini dengan family kecik Ana. And first time untuk family mertua. The reason why Ana choose untuk Family Lunch Date di Restoran Happy Thai Brem Mall ni sebabnya satu dekat je dengan rumah. Dorang datang jalan kaki je kot. Secondly sebab tak ramai orang. So selesa dan makanan cepat sampai.

Baca juga : Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Disebabkan Ana sampai dulu, Ana dah tau nak makan apa. Siap order air dulu sebab panas kemain dekat luar tu haa. 
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Kalau sebelum ni Ana makan Stir Fried Tom Yam Mee Hoon - RM14 with Prawn, kali ni Ana makan Stew Beef Kuew Teow Soup - RM14. Sesuai sangat lah dengan condition Ana yang tengah selesema dan sakit-sakit badan ni haa.
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Both menu ni bagi Ana sedap especially Kuew Teow Soup dia tu. Terasa masam-masam kuah sup tu memang sedap. Sup dia pun pekat. Daging dalam tu kemain lembut. Gigit sikit dah boleh telan. Sebab tengah masih gastrik so tak boleh lah makan dengan cili. Tapi still sedap bagi Ana. 
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Ni menu untuk Syafi - Phad Thai Noodles with Chicken - RM13. Order bukan main lagi. Makan nya secubit dua je sebab dia dah kenyang minum air Teh Ais Thai gelas besar. Phad Thai Noodles ni kena makan dengan gaulkan semua bahan-bahan yang ada tu - kacang tumbuk, cili flakes, perahan limau dan taugeh. Baru ngamm rasa dia. Masam, manis, rangup. Menu ni pun Ana suka. Noodles dia guna kuew teow yang halus tu.
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Lagi satu menu yang wajib cuba juga dekat sini ialah Pineapple Fried Rice - RM13. Unik sebab nasi goreng tu dihidang di dalam buah nenas. Presentation wise memang cun. Rasa pun sedap. Bahan-bahan pula kemain meriah dalam nasi goreng tu.

Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
En Suami still order menu yang sama iaitu Belacan Fried Rice - RM13. Pergi lah mana-mana restoran Thailand, menu tu juga yang dia pilih. Sambal belacan kena extra. Hehe. Pun sedap katanya. Sekejapan licin.
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Untuk menu extra Ana order Seafood Tom Yam Clear Soupsaiz medium - RM28. Saiz ni boleh makan untuk 3-5 orang depend pada menu lain yang korang order. Ana pun sama macam Syafi. Order kemain lagi bila hirup sesudu tolak tepi terus. Pedas u olls. Walau pun sedap tapi tak sanggup nak risiko kan perut yang sedia gastrik ni. Selamat ada adik-adik ipar dekat sebelah. Pass je dekat dorang. Hehe. Dalam tu pun meriah dengan seafood. Memang tak kedekut bahan senang kata.
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Ada lagi satu menu Ana order iaitu Handmade Thai Fish Cake - RM11. Ada 4 ketul dalam tu. Rasa dia masam-masam cuka tapi sedap. Ana makan seketol je lah. Yang lain pass tepi.  Ni sebenarnya salah satu menu appertizer di sini.
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Menu-menu lain yang dorang order ada yang tak sempat amik sebab panjang sangat meja. Buat kecoh je kang. Haha. Ni antara menu yang in laws Ana order - Sizzling Grilled Chicken - RM18, Sizzling Beef with Black Pepper Sauce - RM24 dan Pulut Mangga. Yang sizzling tu dorang kata tak terasa hangit-hangit sizzling tu. Maybe doranggoreng dalam kuali then baru masukkan atas plate tu. Tapi rasa still sedap.
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Overall Ana suka je makan dekat sini. Semua kena dengan selera Ana. Yang lain-lain pun kata sedap and takde complaint so far. Restoran pun selesa dan staff was helpful and friendly. Next time sure akan repeat lagi makan sini.
Restoran Happy Thai Brem Mall
Restoran Happy Thai Brem Mall
Oh ya kedai ni dah ada halal Jakim taun sebab sebelum ni takde tanda halal lagi. So korang boleh makan tanpa was was ok. 



17 comments:

  1. Nasi goreng nenas tu menariklah kak Ana.
    Alhamdulillah dapat tunaikan hajat mil kak Ana sebelum beliau berangkat ya.

    ReplyDelete
  2. Semua food nampak sedap.
    Seronok dapat berkumpul ramai-ramai-

    ReplyDelete
  3. pineaple fried rice tu macam sedap je ana...teringin plak nak try.

    ReplyDelete
  4. baru tengok, tak rasa mknn tu lagi pun dh menyelerakan. Akk pun la ni suka Thai food

    ReplyDelete
  5. pergh...menu sungguh menyelerakan ...

    tengok gambar dah tahu sedap tu

    ReplyDelete
  6. Semua nampak sedap. Tak pernah try Pineapple Fried Rice. Nak cuba la nanti.

    ReplyDelete
  7. Semua makanan nampak sedap dan menarik. Lagi-lagi Nasi Goreng Nenas tu. Lama pulak rasa tak makannya..hehe..

    ReplyDelete
  8. pineapple fried rice ngan pulut mangga tu fav akak kalo ke restoran thai..yummmm

    ReplyDelete
  9. haa..pernah singgah makan kat sini ...sedap

    ReplyDelete
  10. yg dalam nanas tu mmg rare la.
    kalau reen pergi mesti nk rasa yg tu dlu.

    ReplyDelete
  11. wow menariknya boleh try la nanti

    ReplyDelete
  12. Alamak lupa puasa! Tak boleh tengok..tak boleh tengok..

    ReplyDelete
  13. masakan thai ni memang fav sepanjang zaman..sambal belacan tu mengancam betul tuu Ana..arghh

    ReplyDelete
  14. Berkenan betul sha dengan nasi goreng dalam kulit nanas tu.. menarik..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤