Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati - Ana Suhana

Feb 11, 2019

Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati


Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati | Assalamualaikum. Tahun ni hari jadi Ana jatuh betul-betul pada CNY. So memang tak boleh ke mana-mana lah sebab sure hotel mahal dan jalan sesak sesesaknya. So my family and I just having a Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Birthday Lunch Date di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati

Masa nak decide makan dekat mana, tetiba Ana teringat makan dekat David Diners di Ipoh last year (entri pun tak buat lagi. Haha). Memang berbaloi makan dekat sana sebab dia ada set menu yang berbaloi-baloi. Tapi sebab nak ke Ipoh tu rasa jauh lah plak, maka ke Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati lah kami 3 beranak. 
Memandangkan Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati ni buka pada pukul 11, kami terus plan lunch kat sana. Kemain ko lunch makan steak. Haha.

Ana sampai sana dalam pukul 11.30 tu pun orang dah ramai. Maybe sebab cuti kan. Ramai yang makan luar je. Tapi kalau tak cuti pun rasa ramai je makan dekat sini sebab Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati ni agak popular dekat area KL ni. Mana taknya, restoran selesa Dan luas dan. Servis pun pantas. Staff pun well trained.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Nama pun Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati kan. So for sure semua menu-menu dia menu western. Jangan ditanya pula ada ke tak nasi goreng ke, mee goreng mamak ke kan. Hehe.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sebab Ana jarang makan steak,  so kali ni Ana dan suami pilih menu yang sama iaitu Sirloin Steak. Memula Ana nak pilih T-bone steak tapi bila tanya pekerja dekat sana dia kata Sirloin Steak lagi banyak isi. So Ana pun setuju order menu tu. 
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Ni lah Sirloin Steak tu. Untuk gravy Ana request BBQ sauce sebab Ana suka gravy yang masam masam. At least boleh lah potong rasa muak. Sirloin Steak ni harga dia RM66 which is bagi Ana berbaloi lah dengan apa yang dihidang. Presentation wise - simple, kemas dan menyelerakan. Tapi menyesal pulak Ana order Sirloin Steak ni. Dah kenapa pulak ni??
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sebab nampak macam sikit je kan tapi trust me, isi sirloin dia tebal beb. Jenuh wei Ana nak habiskan. Kalau tau, Ana order menu lain. Hehe. So terpaksa lah delivery ke pinggan suami. Rasa dia memang no doubt!!! Sedap, juicy dan lembut. Steak ni di masak ala ala medium rare. So kat bahagian luar masak penuh tapi bahagian dalam macam raw sikit. So korang akan nampak warna isi daging tu kemerah-meramah sikit.  Tapi don't worry, tak terasa pun rasa raw dia. Serius sedap!!!

Sekarang kita tengok menu untuk budak kecik tu. Kali ni menu dia pilih sendiri. Memula dia minta burger. Kemudian berubah ke mushroom soup. Last last dia minta macaroni cheese.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Ni lah dia macaroni cheese Syafi. At first Ana assume Syafi tak boleh habiskan sebab sure muak kan.
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati
Tapi habis licin satu mangkuk tu dia telan. Memang sesuai lah menu tu sebagai kids menu. Ana ada lah "curi-curi" rasa macaroni cheese dia - memang sedap. No wonder melazat dak kecik ni makan. Harga macaroni cheese ni RM16.

Kata birthday lunch date kan, kek takde ke? Ada je kek jual dekat sini tapi Ana tak order sebab tak fancy nak makan kek ni. Lagipun sebab dah kenyang sangat. Memang kenyang sampai ke petang tau. So no birthday cake for that day.

Masa nak balik tu cakap kat En Suami boleh repeat balik makan dekat sini. Dia pun setuju. So next time nak makan menu lain pula. Rasa nak cuba wagyu dia pulak. Hahahaha.

Ok lah korang kalau rasa nak makan steak di tempat yang selesa dengan menu-menu Barat yang best, Ana cadangkan korang ke Sixty6 Islamic Steakhouse Taman Melawati ni. InsyaAllah korang akan berpuas hati . So selamat mencuba.


Sixty9 Islamic Steakhouse
341, Lorong Sarawak
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur







14 comments:

  1. Happy birthday Ana, namapak sedap steak dia juicy, mac cheese tu fav akk juga. Kalau makan, tak pandang kiri kanan dah

    ReplyDelete
  2. wahhh nampak je dah sedap sirlion steak tu :)

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya sirloin steak.. Sanah helwah Ana

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaa steak.mohon pos ke Bera satuu set.hee

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday, kak Ana :)

    ReplyDelete
  6. Restoran ni yang dekat dengan Melawati Mall tu kan kak Ana? Nampak sedap jugak menu dekat sini, next time boleh lah try :)

    ReplyDelete
  7. Sanah helwah kak Ana. Alhamdulillah rezeki tu.Nampak menyelerakan .Kalau Syafi berselera.. Thumbs-up la tu maknanya.

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday Kak Ana. semoga ceria sihat2 selalu hendaknya =)

    ReplyDelete
  9. Happy birthday Ana.. tengok sajian tu mmg puas hati.. banyak dan mmg menyelerakan. Jadi teringin juga nak singgah klu ke area berdekatan sana nanti hehe :)

    ReplyDelete
  10. Hapoy birthday again kak ana 💕

    ReplyDelete
  11. Happy birthday Ana, semoga panjang umur dan murah rezeki :)

    ReplyDelete
  12. Telan ailio akak tengok gambar steak tu ha..lama dh akak posa makan western ni..paranoid pun ye gak...takut nak makan sbb takut darah naik..padahal fav akak ni...doc x ckp pun x leh makan..just akak kena kawal garam je..tp inisiatif sendiri la utk elakkan makan daging..boleh makan tp portion sikit kot...

    ReplyDelete
  13. tak pernah singgah pun walaupun mmg duk lalu lalang dekat melawati tu.. leh la try.. terliur tgk steak tu...nyum nyum nyum

    ReplyDelete
  14. happy birthday Ana...semoga terus sihat dan diberkatiNya

    walau dekat tapi tak tersinggah lagi..asyik pergi yg jauh jer..tapi memang nak kena cuba jugak

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤