Bila Rindu Nak Makan Dekat Johnny's Restaurant Selayang Mall - Ana Suhana

Mar 20, 2019

Bila Rindu Nak Makan Dekat Johnny's Restaurant Selayang Mall


Bila Rindu Nak Makan Dekat Johnny's Restaurant Selayang Mall | Assalamualaikum. Lama giler rasanya tak makan dekat Johny's Restaurant Selayang Mall ni. Ingat lagi masa baru-baru kahwin dulu, setiap minggu kot makan dekat sini sebab MIL pun hantu Johnny's. Haha.
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Bila Rindu Nak Makan Dekat Johnny's Restaurant Selayang Mall

Selalu kalau singgah Johnny's Restaurant Selayang Mall ni kitorang sure amik set steamboat dia. Sebab dia punya kuah pencicah tu sedap kemain. Tak kan jumpa dekat tempat lain. Sampai bertambah-tambah lah kitorang kalau makan steamboat dekat sini.

Tapi bila dah selalu makan dekat Johnny's Restaurant Selayang Mall ni muak juga beb. Sedap macam mana pun sure akan kembang jugak lah tekak tu kan. Ngeeeee.

Tapi hari tu sebab pergi bertiga je kitorang amik menu ala carte atau menu bergoreng dia je. Bila buka menu nampak lah few menu baru. Antaranya bihun soup yang Ana order ni.
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Johnny's Restaurant Selayang Mall
First time tengok terus teringat kesedapan beef kuew teow soup dekat Restoran Happy Thai Brem Mall ni. Tu yang order juga dekat sini. Sekali lain dahhhhh rasa dia. Bau dan rasa kuah sup dekat sini agak kuat sikit. Macam bau masakan cina pun ada. Tapi tak lah teruk mana pun. Nak bagi sedap Ana makan dengan cili jeruk. Terasa lah masam masam jeruk tu kan. Tu yang boleh habiskan juga. Alhamdulillah.

Menu untuk En Suami dengan Syafi pulak menu yang sama je setiap kali datang sini. Belacan Fried Rice untuk En Suami dan Thai Chicken Rice untuk dak kecik tu. 
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Presentation nasi goreng dia memang terbaik. Nampak sangat menyelerakan. Rasa pun sedap. Makan pula dengan sambal belacan tu memang ngan ngam hoo. Wajib tambah sambal belacan dia. At least 3 kali tambah. Hahaha.
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Ni pula Thai Chicken Rice - simple je.Cuma nasi dia agak lembek atau memek orang kata. Cepat rasa muak. Nasi ayam ni datang dengan sup dan cili sekali.
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Tapi Syafi macam biasa makan nasi dengan ayam je. Dah sedap dah bagi dia. Kalau lapar sungguh, boleh habis satu pinggan tu. Kalau tak, onde lah kena perabis kan.
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Menu sampingan wajib ada u olls. Kalau makan dekat sini tak sah kalau tak order BBQ Beef dia. Daging dia kemain lembut. Gigit sikit dah boleh telan. Sos BBQ dia pun banyak. En Suami tukang habiskan daging, Ana tukang habiskan sayur bawah daging tu. Hehe.
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Johnny's Restaurant Selayang Mall
Dah makan wajib order dessert. Selalu order banana split tapi kali ni saja order Yam Special. Nampak ada ketulan keladi atas tu. Ok lah rasa cuma air batu dia agak kasar kali ni. So tak berapa nak feel masa makan tu. 

So korang selalu makan apa bila datang ke Johnny's Restaurant ni? 

16 comments:

  1. Kalau Liez suka makan gril dan steamboat.. tapi ambik juga side menu mcm nasi goreng, kerabu betik atau mangga..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap semuanya Ana.. belum pernah rasa lagi makan kat sini. InsyaAllah ada rezeki nanti boleh lah cuba..

    ReplyDelete
  3. SEDAP menu kat Johnny. akk pun layan juga ala carte dan steamboat dia

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak pergi Johnny's. Saya pun kalau pergi Johnny's selalu beli set steamboat tu. Lepas tu adalah add on benda-benda lain juga. Tapi yang kak Ana makan ni saya tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  5. laparnya tgk byk makanan sedap2

    ReplyDelete
  6. Selalunya kami pilih steamboat je kak..yang lain tak pernah cuba lagi..tempoh hari ada pergi juga tapi oleh sebab full..batal niat nak makan kat Johnny's..

    ReplyDelete
  7. dessert dia tu ...amat menyelerakan

    ReplyDelete
  8. Dulu selalu makan kat Johnny ni tapi sejak keluar berita dia tak apply sijil halal tapi cuma tampal sticker dan ditarik balik tu, terus tak masuk dah. Tiap kali nak masuk je was2..tu yang tunggu konfiden baru masuk balik. Sekarang ada isu tu lagi x Ana? Rindu ni nak makan Johnnys.

    ReplyDelete
  9. lama jugak x makan sini. sejak macam2 isu tapi tak tahula skrang mcm mana. paling rindu stimboat depala. yang meatball tu paling sedap =D

    ReplyDelete
  10. Hamboi.. meriahnya bawang kat atas nasi goreng tuh.. Hahaha..

    ReplyDelete
  11. Telan air liur husniey tengok kuey teaw beef soup tu. Aduhai macam sedap je tu

    ReplyDelete
  12. Telan air liur tengok kuey teaw beef soup tu macam sedap je Ana..

    ReplyDelete
  13. biasanya layan steamboat. Memang mengancam phew

    ReplyDelete
  14. Wahh.. nampak sedap, portion makanan tu pun banyak.. puas hati makan kat sini ni.

    ReplyDelete
  15. akak menu fav slalunya pineapple fried rice..kalo dessert red ruby waterchestnut

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤