Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat - Ana Suhana

Jan 14, 2018

Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat


Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat | Assalamualaikum. Lama rasanya Ana tak share resipi masakan dekat blog ni. Bukan tak masak tapi lauk yang sama je Ana masak. Dan resipi tu pun dah ada dalam blog ni. So kali ni Ana nak share resipi Nasi Ayam Cepat dan Mudah. Resipi ni Ana amik dari mak Ana. Mak kata nasi ayam paling mudah nak buat. Sebab tu kalau kata Ana buat rumah terbuka ke atau nak jemput kawan-kawan makan Ana akan masak nasi ayam. Sebab senang kerja. Lepas tu confirm mengenyangkan. Anak-anak pun suka especially Syafi. Dapat makan nasi ayam tu dengan sup pun dah cukup bagi dia.
Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat
Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat
Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat

Selalunya bila masak Nasi Ayam, kalau ada stok mangga confirm kami akan buat Kerabu Mangga. Memang melazat di buatnya. Kalah nasi ayam TCRS tu tau korang. Haha. Kerabu mangga dengan nasi ayam memang sesuai sangat. Tak caya korang try lah buat nanti ye. Ok jom proceed dengan Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat ni. Resepi ni Ana bahagi ikut sup, nasi, ayam dan sos cili.

A. BAHAN-BAHAN UNTUK SUP
Resipi Nasi Ayam Sedap, Mudah dan Cepat
Resipi Nasi Ayam Sedap, Mudah dan Cepat 
1. Kayu Manis - 1/2 batang
2. Bunga Lawang - 1 bunga
3. Cengkih - 3 biji
4. Biji Pelaga - 3 biji
5. Bawang Putih - 6 biji *
6. Bawang Besar - 1 biji *
7. Halia - sedikit *
8. Kiub Ayam - 1 biji
9. Ayam - 1 ekor potong 8
10. Daun Sup

** di kisar dan di bahagi kepada 2 bahagian (untuk sup dan nasi)

CARA-CARA UNTUK MASAK SUP

1. Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga sehingga naik bau.

2. Masukkan 1/2 bahan yang ditumis di atas tadi dan kacau sehingga masak.

3. Masukkan air dan kiub ayam. Kemudian masukkan ayam, garam dan masak sehingga ayam empuk. Masak sup lebih sikit sebab kuah sup akan digunakan untuk masak nasi ayam nanti.

4. Keluarkan ayam yang dah empuk untuk di goreng.


B. BAHAN-BAHAN UNTUK NASI
Resipi Nasi AyaM mudah dan Cepat
Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat
1. Planta
2. Minyak
3. Minyak Sapi - optional untuk dapatkan bau berlemak
4. Bahan kisar di atas tadi
5. Susu Cair
6. Sup
7. Beras
8. Daun pandan - optional

CARA-CARA UNTUK MASAK NASI AYAM

1. Panaskan minyak + planta + minyak sapi.

2. Tumis 1/2 bahan-bahan yang dikisar di atas sehingga naik bau dan tutup api.

3. Lepas basuh beras, masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk nasi.

4. Masukkan sup ikut sukatan air beras yang digunakan. Kemudian masukkan sedikit susu cair dan kacau rata. Masukkan daun pandan sekali. 

5. Masak nasi macam biasa.


C. BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM
Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat
Resipi Nasi Ayam Mudah dan Cepat
1. Madu
2. Kicap

CARA-CARA UNTUK MASAK AYAM

1. Perap ayam dengan madu dan kicap seketika.

2. Goreng ayam menggunakan api sederhana. Tak perlu goreng lama-lama sebab ayam tu dah direbus sebelum tu. Bila ayam dah nampak kekuningan dah boleh angkat.


D. BAHAN-BAHAN UNTUK SOS CILI

1. Cili Merah - 7 biji *
2. Bawang Putih - 2 ulas *

* di kisar dengan air sedikit

CARA-CARA UNTUK MASAK SOS CILI

1. Panas cili dan bawang yang dikisar di atas.

2. Perasakan dengan garam dan gula.

3. Bila dah mendidih tutup api.


SAYUR-SAYURAN

1. Timun
2. Tomato
3. Salad







19 comments:

  1. yummy yummy...lina peminat nasi ayam...kena tggu mood dtg baru rajin nak memasak hihi

    ReplyDelete
  2. Rasa nak request suruh Mrs.Mom buat pulak! Heheh ^^

    ReplyDelete
  3. Mak hai nampak sedap sangat nie, lapar Kak Sue terus Ana.. ehehe..

    ReplyDelete
  4. My feveret!Tapi sampai sekarang tak pernah buat sendiri lagi. Kalau ayam macam ni selalu laa buat. Tak pernah buat satu set nasi ayam lagi. Boleh laa guna resepi Kak Ana ni nampak senangg je.

    ReplyDelete
  5. Hujan2 ni ngam makan nasi ayam kak Ana.....buat kuah sup tu lebih....hirup kuah...hangat sikit badan...bagi peluh...tq kak kongsi resipi tau..😉

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi ayam! Saya tak pernah buat nasi ayam lagi, baru nak minta dengan seorang kakak senior saya tapi kak Ana dah shared kak Ana punya resepi. Thank you, kak Ana! :D

    ReplyDelete
  7. Lazatnye nasi ayam ana.. boleh Cubalah nanti

    ReplyDelete
  8. sedapnya Ana nasi ayam tu. nak cuba la nanti resepi ni

    ReplyDelete
  9. Lama xbuat nasi ayam.. Mmg mudah menu ni.. Fav seisi keluarga

    ReplyDelete
  10. My favourite food ni....ya allah....terliur lah pulakkk..sedapnya...

    ReplyDelete
  11. Wah sedapnya kak Ana.. Saya pun selalu jugak masak nasi ayam tapi resipi akak nampak lebih sedap lagi...

    ReplyDelete
  12. pernah 2-3 kali je masak nasi ayam. kerja dia renyah jugak walaupun kejap-kejap. sebab banyak barang nak prepare. tp bahan perapan ayam ana pakai tu ringkas sangat. nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  13. Tetibe rasa macam nak makan nasi ayam juga.. nyum nyum..

    ReplyDelete
  14. masak ns ayam la simple, complete dengan sup dan ayam utk budak2 pun sesuai kan

    ReplyDelete
  15. sedapnya ana, akk jrg masak nasi ayam. nt leh try resepi aNA

    ReplyDelete
  16. Sedapnya...fav dania ni...dia boleh makan bertambah kalau masak nasi ayam

    ReplyDelete
  17. Nasi ayam lah yang paling senang nak masak kan. Cuma renyahnya nak buat sup, kuah sambal dia

    ReplyDelete
  18. My fevret ni akakkk. Adeyy. Tetiba lapar. Hehe. Kalau kat kedah kan. Ada 1 lg tambahan. Air asam untuk cicah ayam tu..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤