Resipi : Kerabu Mangga Pembuka Selera Berbuka Yang Mudah dan Sempurna


Kerabu mangga pembuka selera
Resipi : Kerabu Mangga Pembuka Selera Berbuka Yang Mudah dan Sempurna

Kerabu Mangga Pembuka Selera Berbuka Yang Mudah dan Sempurna l Marhaban Ya Ramadhan. Kurang dari 3 hari lagi semua umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa. Semoga semua di beri kesihatan yang terbaik untuk sepanjang Ramadhan tajun ini. Kalau sebut tentang menu berbuka semasa berpuasa, rata-rata kita akan pening sebab takde idea nak masak apa sedangakan 1001 menu boleh di masak. Maklumlah bila badan lesu,  otak pun mula malas nak berfikir. Kalau boleh nak masak menu yang paling mudah dan sedap. Tak kan nak beli selalu kan. Boleh kempis purse di buatnya. Bercakap pasal menu berbuka puasa, Kerabu Mangga is a must menu on the table. Tengok saja dah ngences orang jawa kata. 

Ana suka makan kerabu mangga ni sebab bila seharian berpuasa,  mulut akan rasa pahit. Jadi nak lah berbuka dengan makanan yang ada pelbagai rasa kan. Dan kerabu mangga adalah pilihan yang terbaik. Lagipun bahan-bahan untuk buat kerabu mangga ni sangat mudah untuk di beli di pasar atau supermarket. Jom tengok bahan dan cara untuk buat kerabu mangga ni. 


BAHAN-BAHAN

1. Mangga Muda - 3 biji *
2. * Cili Merah - 2 biji *
3. * Cili Api - 5-10 biji * (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
4. * Bawang Besar - 1/2 biji *
5. Kacang Tanah - 200 gram (ikut saiz mangga)
6. Ikan Bilis - 50 gram
7. Sos Ikan 

* di hiris

CARA-CARA

1. Kacang tanah dan ikan bilis di goreng secara berasingan. Kemudian di kisar.
2. Semua bahan yang di hiris di campur dengan bahan yang di kisar di atas dan gaul rata.
3. Masukkan gula, garam sedikit dan perasa tambahan.
4. Kemudian masukan sedikit sos ikan dan gaul sehingga rata.
5. Siap di hidang. 


Mungkin ada yang tanya boleh ke buka dengan kerabu mangga sebab perut yang kosong mungkin boleh meragam sebab masam mangga tu kan. Kang ada yang ponteng terawih pulak. Hehe. Meh sini duduk rapat-rapat dengar apa Ana nak bagitau. Kalau takut perut meragam sebab mangga masam, Ana cadang beli mangga lemak manis. Confirm tak masam. Memang sesuai untuk di buat kerabu mangga.  Di tambah pula dengan rasa lemak dari kacang tanah dan ikan bilis yang di goreng, pasti akan buat korang makan berpinggan-pingan. Mana taknya ada pelbagai cetusan rasa dalam satu menu.


Cuma nak hiris mangga tu je lah akan masa sikit sebab nak kena kena kupas dan hiris nipis kan. Tapi semua tu akan jadi super easy kalau ada Fruits Slicer dari Lazada. Dengan 13 jenis pisau anti karat, korang boleh potong mangga tu ikut bentuk yang korang suka dengan beberapa saat je. Jangan kata mangga, bawang dan cili pun korang boleh jer hiris sekali. Fruits slicer ni juga di datangkan dengan bekas untuk isi buah yang kita hiris tu. Jadi tak lah bersepah sana sini. Senang nak kemas dan jimat tenaga. Nak beli fruits slicer ni, klik je dekat SINI.





Bab hiris-menghiris selesai. Bab nak mengisar kacang dan ikan bilis goreng pulak. Nak kisar kena bahan-bahan tu kena guna blender kering atau chopper tau. Kalau takde jangan risau Lazada sedia membantu. Ada pelbagai jenis pengisar atau chopper pada harga mampu milik di tawarkan. Contohnya Tefal Blender ni. Di datangkan dengan 2 chopper hanya RM109 sahaja. Jadi satu chopper boleh kisar bilis, lagi satu chopper boleh guna untuk kisar kacang. Senangkan. Nak dapatkan Tefal Blender ni, klik dekat SINI.



Kalau nak tambah kelainan pada kerabu mangga tu, why not korang campur sedikit bahan tambahan seperti campuran kekacang di bawah ni. Selain menjadikan kerabu mangga tu menarik dan sedap, ianya juga boleh memberi tenaga dalam menunaikan ibadah terawih. Kenyang dapat, pahala pun boleh dapat juga. Untuk Energy Booster Trail Mix ni, boleh klik dekat SINI.


Eh eh. Korang perasan tak apa yang Ana perasan? Cuba tengok dekat setiap barang-barang Lazada di atas ni. Korang nampal tak terdapat potongan harga yang sangat Wow tu? Kenapa ye???

Ooo Ana dah tahu. Sebabnya sekarang Lazada sedang melangsungkan promosi bersempena Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula pada 19 May hingga 30 Jun 2017. Sepanjang promosi ini berlangsung, korang jangan terkejut kalau ada sesetengah produk bagi special discount sehingga 90%. Banyak tu. Rugi tau kalau tak shopping masa ni. Boleh jimat banyak sangat ni. Tak perlu nak pening-pening berhimpit dekat pasaraya nak beli barang keperluan seharian. Lazada selesaikan masalah korang tu. Korang hanya klik sana klik sini dan bayar. Lepas tu tunggu je barang-barang tu sampai depan pintu. Nak shopping raya sekali pun boleh sangat. Tunggu apa lagi, jom kita shopping di Lazada.

http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/



Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

40 comments:

Unni Anje said...

kerabu my fav!!!! Good luck kak ana.. Unni masih x faham macam nk join ni...

Kak Sue said...

Sedapnya.. telan air liur..

Good luck Ana 😍

kak gojes said...

menggodanya kerabu mangga tu

Azlinda Azman said...

mudah kalau ada alat sagat tu kan. tak penat sangat

Hernee Nazir said...

aduhai pepagi dah lecur air liur..

Raihanah Ahmad said...

sedap, memang minat kerabu ni

Busyra Bt Takiyudin said...

sedapnya kak anaa.. busyra tak smpat nk join lg. mybe jumaat ni bru boleh join contest ni..

Ibu Dilah said...

alahai ana.. belum puasa dah ngences tengok kerabu mangga ni.. hihi

Fieza Sani said...

bestnya...resipi yang menarik untuk dicuba...

CikLa Shahril said...

Mudah dah sekarang. Semua ada. Takde alasan tak tau nk buat kn. Yg penting jgn malas. #ehh

Annur Syuhadah said...

Banyaknya discount kat lazada. 😍😍

Annur Syuhadah said...

Banyaknya discount kat lazada. 😍😍

Iris Myra said...

Nice info sis! Nak godek jap haha

Iris Myra said...

Kerabu mangga tu smpan utk bln puasa!hihi

Miza Talib said...

Memang ngenceh jew baca enteri ana. Ok jom shoping alat bantuan memasak di lazada senang nak masak masa sahur dan berbuka nanti.

Zie Azi said...

suka makan kerabu mangga, sedap

Mrs Pip said...

Nicer dicer tu mrs pip pun beli di lazada, mmg sgt membantu kerja2 memasak mrs pip...n gudluck too.

Lina Shaza said...

ish ish ish....kalau bulan puase tgk kerabu ni meleleh la air liur kita haha
good luck ana

Shikin Razali said...

Wah, terliur pulak rasanya.. Kak Ana memang pandai membuatkan air liur saya terkecur dengan resipi nie.. hihi

PeRdU cINta said...

Memang lama tak makan kerabu nih..

Amanda Suria said...

All the best ana...nampak sedap tu kerabu mangga tu

Husniey Husain said...

Sedappp tuu 😍


Goodluck

irazulkeffele said...

Ya ampun kak anaaaaa, baru je cakap dekat ibu semalam teringin nak makan kerabu mangga alih kak post resepi pulak. Takleh jadi ni kena pergi cari jugak mangga😩

hainom OKje said...

Senang je buatnya ek....

Dah boleh save menu ni untuk bawak berbuka rumah mertua Ana... tp mcm mana nak tau mangga tu lemak manis?
Garu kepala kejap hihi...

Eh...mcm nak promisi Lazada je pulak ni hihi

Uyul Rosli said...

Aduhhhh kakak. Sedapnyaaaaa.. Huwarghhh. Lapar jadinya tau.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Ana Fatihah said...

Makan nasik dgn kerabu memang best sebab jadi xmuak. ;)

mamapp said...

Alamak.. ngences lagi tengok gambar

Maha Mahu said...

Wow banyaknya bahan guna hehehe baguslah suka masuk sini tenang jer... Nice resipi boleh cuba nanti...

nor shahida said...

Sedap ni..nak cuba la. Tq share resipi

FeyLiez said...

sedapnya ana...nnt nak try

Shaidatul Aireen said...

goodluck kak ana!

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

mmg favorite akk ni jugak ni...sila hantar buat food testing hehee

Iris Myra said...

simpan untuk ramadhan

Iris Myra said...

kak ana maaf kalau ade komen berulang.. sbb pki phone.. serabut plk phone nie haha

Jasmi Bakri said...

Kak ana.. jasmi belum pernah rasa nasi kerabu lagi.. Sedap ke?

Shahida Dzulkafli said...

Suka makan kerabu mangga tambah kalau banyak kekacangnya.. Ohsem sangat..
all the best Ana..

adianiez AIDA said...

adumak aii. kecur air liur!!!
lazada tu memang. suka sgt 'menjemput' aida tau dgn diskaun senggitu.
tercabar iman di hari gaji :) ha ha ha

Jun Zie said...

Dekat ramadhan ni, mcm2 prmo blangsung kan =)

Nour Adieb said...

Selalu juga buat kerabu mangga, tapi sekarang ni mangga dicuri monyet 😭

Mrs Fuzy sweetsourleyra said...

btw..good luck semoga ada rezeki untuk contest tu

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤