Resipi Peria Goreng Bercili - Ana Suhana

Oct 28, 2017

Resipi Peria Goreng Bercili


Resipi Peria Goreng Bercili | Assalamualaikum. Bila sebut peria je benda yang confirm terlintas dalam kepala kita rasanya yang pahit kan. Ana dulu pun tak reti dan tak suka makan peria sebab rasa pahit dia tak boleh nak diterima tekak. Satu hari tetiba teringin nak makan peria. Pahit semua tolak tepi. Start hari tu sampai sekarang peria dah jadi favorite sayur. Selalu Ana akan makan peria goreng bercili ni dengan ikan goreng rangup je. Dah cukup sedap dah tu.

Baca juga : Resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri

Tahu tak yang rasa pahit dari peria tu boleh mendatangkan banyak manfaat kepada badan kita. Antara khasiat peria ialah:

1. Dapat menguatkan gigi dan tulang
2. Mencuci darah kotor yang menyebabkan kudis, bisul dan gatal-gatal
3. Merawat penyakit kencing manis dengan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing
4. Membantu mengurangkan masalah mata dan penglihatan
5. Melegakan sakit akibat gout
6. Meningkatkan sistem imun badan
7. Meningkatkan penghasilan susu badan bagi ibu yang sedang berpantang 

Tips : Nak kurangkan rasa pahit peria tu , rendamkan peria terlebih dahulu dalam air garam sebelum di masak. 

Resipi Peria Goreng Bercili 

Peria goreng bercili
Peria Goreng Bercili

BAHAN-BAHAN :

1. Peria - 2 biji
2. Cili Merah - 3 biji
3. Bawang Putih - 3 ulas
4. Bawang Merah - ¼ biji
5. Ikan bilis 
6. Belacan
7. Sos tiram

CARA-CARA :

1. Kisar semua bahan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan garam, kacau rata dan kemudian masukkan peria.

4. Masukkan air dan sos tiram sedikit. Nak masukkan serbuk kunyit pun boleh nak bagi cantik.

5. Tutup kuali sekejap bagi peria betul-betul masak.

6. Sedia dihidang.

TAMBAHAN :

Kalau nak masuk telur pun boleh. Selepas angkat penutup periuk tu, masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu ke dalam kuali di bahagian bawah. Kemudian kacau rata.
Peria Goreng Bercili dengan Telur
Peria Goreng Bercili dengan Telur 


14 comments:

  1. Xmkn Peria.. Mak akak buat peria pecah telur.. Akak mkn telurnya hehe

    ReplyDelete
  2. Sedap ni kak...makan dengan nasi hangat..kalau ada ikan kering sedapnya...tak terasa pahitnya..masak lemak campur udang pun sedap kak..

    ReplyDelete
  3. Ana panggil peria eh..akak panggil kambas kalau jenis ni..peria yang kecik skit..tp sama pahit..

    ReplyDelete
  4. lina suka tau makan sayur peria ni kalau kena cara masaknya...kalau dapat yang teralu pahit tu...aduiii xleh telah hihi

    ReplyDelete
  5. Peria ni kalau ditambah dengan udang kecik pasti umphhh lagi

    ReplyDelete
  6. sedap sngt ni k.ana. buat mkn tgh harii pwergghhh

    ReplyDelete
  7. sedapnyaa . peria ni walaupun pahit tp merupakan fave saye jugak tau. hee

    ReplyDelete
  8. simple tapi sedap. ada orang suka goreng je peria ni

    ReplyDelete
  9. Peria ni bagus untuk pengidap diabetis

    ReplyDelete
  10. Baru ni baru masak peria mcm tu sebab teringin punya pasal

    ReplyDelete
  11. betul kak ana. mmg pahit. tp inilah fevret sayur busyra! sedap. buat bg pedas2 . fuh.

    ReplyDelete
  12. dah lama tak makan peria! Tengok resipi ni terliur terus

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤