Resipi : Asam Pedas Ikan Tenggiri Sedap Meletop - Ana Suhana

May 21, 2017

Resipi : Asam Pedas Ikan Tenggiri Sedap Meletop


Resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri Sedap Meletop
Resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri Sedap Meletop

Resipi Asam Pedas Ikan Tenggiri Sedap Meletop l Assalamualaikum. Ada peminat asam pedas tak?? Kalau ada kita geng. Ana memang suka gila makan asam pedas. Selalu kalau waktu tengahari Ana akan makan dengan nasi. Belah petang selalu ada lebihan kuah tu kan, Ana akan makan dengan jemput-jemput bawang. Memang sedap. Kalau kata ada lagi lebihan kuah, esoknya Ana akan makan dengan roti canai pula. Dhal dan kari mamak tak pandang pun masa tu. So hari ni Ana nak share resipi asam pedas ikan tenggiri, resipi dari mak Ana sendiri. Kalau mak masak masa kenduri, confirm laku keras. Kawan-kawan Ana kalau Ana ajak datang rumah masa open house, dorang akan request asam pedas Nenek Esah ni. Power tak power lah kan.


Resipi : Asam Pedas Ikan Tenggiri Sedap Meletop


BAHAN-BAHAN

1. Ikan Tenggiri - 6 keping
2. Cili kisar
3. Bawang - 1/2 biji (di hiris untuk di tumis) 
3. Tomato - 2 biji
4. Bendi - 5-6 batang (bergantung pada saiz) 
5. Serai - 2 batang
6. Daun limau - 2-3 helai
7. Asam Keping
8. Halba
9. Kunyit Serbuk

CARA-CARA

1. Tumis halba dan bawang. Bila dah naik bau masukkan cili kisar dan serbuk kunyit.

2. Masukkan air, ikan dan asam keping. 

3. Kemudian masukkan serai, daun limau, tomato dan bendi. 

4. Masukkan garam dan perasa tambahan. 

NOTA TAMBAHAN

1. Bahan untuk cili kisar - cili kering di rebus sehingga kembang. Kemudian kisar bersama bawang putih, bawang merah dan sedikit belacan.

2. Selain ikan tenggiri, boleh juga guna ikan kembong dan ikan pari. 

Resipi Lain : HomeMade Ayam Penyet


59 comments:

  1. Wah sedap, Kak Sue pun suka asam pedas Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak. Dpt kuah dia je pun ok dah. Hehe

      Delete
  2. Akak suka asam pedas especially yg melaka dan johor...nanti boleh cuba asam pedas yg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah kak. Ramai suka lauk ni bila mak ana masak.

      Delete
  3. sedapnyaaa..dah la sampai sini perut tgh berkeroncong..huhu lagi limablas minit nak rehat..mohon masa bejalan cepat sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kesiannya. Nanti pergi makan tau. Kang masuk angin pula :)

      Delete
  4. fav ni.. dulu2 sllu dtg melaka semata2 nk makan asam pedas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Fav kak ana ni Unni. Kuah dia kalau ada lebih memang simpan nak makan dengan jemput2 kosong. Sedapnya :)

      Delete
  5. lama tak makan asam pedas...kalau jarang jarang makan lagi berselera...

    apa taknya hari hari makan nasi kandar ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbalik pula. Ana jarang sgt dpt makan nasi kandar. Kalau dekat sini nak makan nasi kandar kena pergi dekat Kg Baru atau Chow Kit. Tu je yg sedap.

      Delete
  6. wah2 berasam pedas ye ari ni....sedap nampak nya niiiiii

    ReplyDelete
  7. sedapnya...my fav masak asam pedas tapi firstime tengok ikan tenggiri...boleh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat rumah ni asam pedas selalu guna ikan tenggiri. Kalai tenggiri mahal baru guna kembong atau pari. :)

      Delete
  8. Perghhh tgk gambar pun dah menyelerakan.. Tu belum makan lagi.. Lea memang peminat asam pedas.. nanti lea try buat.. Tapi lebih suka ikan pari.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana suka juga ikan pari tp pari buat tgn melekit tu yg ana prefer tenggiri :)

      Delete
  9. Replies
    1. Sep sikit. Boleh jd geng makan Kita ni :)

      Delete
  10. Replies
    1. Yeah kita geng. All time fav Ana ni :)

      Delete
  11. Replies
    1. Pi makan nanti perut masuk angin susah pulak :)

      Delete
  12. Airah tak biasa sgt makn asam pedas tpi boleh la cuba resepi ni nanti nak tukar selera hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah masak sendiri. Mana tau lps ni jatuh chenta pulak kan. Hehe :)

      Delete
  13. Kak ana! Jahatnyaaaa.... Kak ana and her asam pedas are killing mehhhh.... 😭😭😭 Fav kotttt! Kite boleh makan nasi dengan asam pedas ni dalam mangkuk macam makan nasi sup ke nasi tomyam tauuu... Adehhh berbunyi perut. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...lariiiii.. Hehe. Esok boleh masak asam pedas ye. Tp salute lah dekat FA boleh makan mcm sup. Kak ana makan biasa2 je. Letak kicap lagi. Hehe :)

      Delete
  14. ni favorite akk ni especially kalau dengan ikan tenggiri...memang sedap dan mmg menu yang confirm ada setiap minggu akk nii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala Ana...letak kicap tak feel la asam pedas tu...hehehe

      Delete
    2. Feel juga kak. Memang dah biasa dr dulu lagi. Letak telur masin pula. Perghh sedap nya. :)

      Delete
    3. Ana ni jd geng Liez la kalau camtu..tapi part telur masin kita serupaaaaa...hehe

      Delete
  15. PC kalau asam pedas mesti kena ada kicap dan ulam timun...dari dulu...sampai sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah ada geng juga. Kak ana pun sama mesti ada kicap dan kacang botol. Plus telur masin :)

      Delete
  16. ya Allah.. lapar sesubuh buta nih ha.. ape la atie g bukak entri nih.. hahahaha~ kejam !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Make sure perut kenyang baru buka Atie. Hehe

      Delete
  17. amboi sedapnyaa. terpikat sangat tengok ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah cuba NW. InsyaAllah sedap :)

      Delete
  18. Terliurnya tgk. Kalau kena hat ni mmg bertambah lah nasi. Aina mmg peminat asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Samalah kita. Konon nk mkn nasi sikit tp at the end bertambah2 nasi. Hehe

      Delete
  19. sedapnye tgok...blik nie singgah pasar la cari ikn tenggiri...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh. Nanti update lah dekat blog ye :)

      Delete
  20. Nampak bahan macam senang je tapi tak kena air tangan merana mulut merasa 😖 ira memang takut betul nak cuba cuba masak sendiri kalau lauk macam gini hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama2 dh biasa mesti sedap punya. Takut tak boleh berhenti masak pulak. Hehe

      Delete
  21. ju suka makan asam pedas !!!!

    ReplyDelete
  22. Kegemaran cm. makan hari hari pun tak jemu. janji tukar-tukar ikan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana suka ikan tenggiri dan pari. Kembong tak berapa sgt sebab tulang dia. Hehe

      Delete
  23. Nampak gambar tuh pun dah kebabom! HAHAH! akak pun minat sangat asam pedas.Belum pernah lagi letak halba. Mesti rasa dia lain dari yang lain kan? nanti bebila akak cuba. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba kak. InsyaAllah pasti sedap :)

      Delete
  24. Sedapnyaaaaa!! Lama rasanya tak makan asam pedas! Sedap sedap! ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. lagi kalau mak yg masakkan. bertambah2 selera jadinya. hehe

      Delete
  25. sedapnyaa! lama dah tak makan asam pedas nii

    ReplyDelete
  26. Tak pernah cuba lagi ikan tenggiri buat asam pedas...
    Tengok menu macam senang, bolehlah sha cuba nanti..

    ReplyDelete
  27. Kalau hakak makan asam pedas ni suka banjir, buh kuah banyak banyak lepas tu tuang kicap manis. Aduh Ana sedap banget tu.

    Anak org mana ek? Sedikit lainlah bahannya tu

    ReplyDelete
  28. lauk asas umah aida ni.
    org melaka & asam pedas ni kan mcm x boleh berpisah :)
    ikan tenggiri plak tu, memang la feveret.

    ReplyDelete
  29. tengok masakan ni terus teringat drama asam pedas untuk dia 😄

    ReplyDelete
  30. Pergh.. Memang sedap dan terbaik

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤