Makan-makan di Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2 - Ana Suhana

Oct 17, 2017

Makan-makan di Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2


Makan-makan di Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2 | Assalamualaikum. Kalau setiap kali ke Aeon AU2, ada beberapa restoran yang menjadi tempat wajib makan Ana sekeluarga. Salah satunya ialah Orchid Bistro. First time makan dekat Orchid Bistro ni masa di Aeon Big Wangsa Maju lagi. Sekali rasa tersuka pula dengan makanan dia. Pernah juga bawa both family makan dekat sini, dan semua pun suka je dengan makanan dekat sini. Korang ada yang suka juga makan dekat Orchid Bistro ni? 

Makan-makan di Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2


Orchid Bistro di Aeon AU2 di terletak Ground Floor bersebelahan dengan Madam Lim. Menu pula korang boleh pilih samada nak western atau local food. Kalau yang western terbahagi kepada ayam, daging, kambing dan ikan (fish and chip). Manakala kalau local food ada makanan bergoreng, hot pot dan makanan jenis berkuah atau bersup.

Banyak dah menu yang Ana dan family makan dekat sini tapi tak tau kenapa tak tertulis dalam blog. Maybe masa tu tak aktif berblog lagi kot. Maybe lahhh. So kali ni Ana share dengan korang apa yang Ana makan dekat sini.

Baca juga : BBQ dinner Buffer, Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Menu 1 : Mee Goreng Mamak Classic - RM9.00++
Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2
Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2

Favorite En Suami bila makan dekat sini. Mee goreng dia ada banyak versi tau. Yang versi classic ni senang kata mee mamak biasa lah. Mee dia tak pedas so budak-budak pun boleh makan. Kalau Ana,  Ana suka perah limau dekat mee tu dulu. Kemudian add on telur mata. Memang sedap. Masam perahan limau tu potong semua rasa muak mee tu. Makan ni je pun dah boleh kenyang sampai ke petang.

Menu 2 : Yong Chow Fried Rice - RM9.00++
Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2
Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2

Kalau nasi bergoreng ni memang tak lain untuk si kecik toncet tu lah. Macam biasa kalau menu untuk dia confirm yang tak pedas. Yong chow fried rice ni bagi Ana macam nasi goreng Cina je. Tengok gambar pun dah tau kan. Nasi goreng ni datang sekali dengan telur mata (nasi goreng ti sendiri dah ada telur)  dan 2 ketul udang goreng tempura. Isi pula penuh dengan fish cake dan sayur campur. Kalau untuk orang yang suka pedas boleh lah makan nasi goreng ni dengan cili potong. Baru ngam. Udang tempura dia bukan main syok Ana layan. Cicah pula dengan sos cili yang ada tu. 2 ketul tu lalu celah gigi je orang kata. Rangup dekat luar lembut dekat dalam.

Menu 3 : Claypot Yee Mee - RM8.00++
Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2
Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2

Ini menu onda Syafi yang punya. Tak tau kenapa suka sangat dengan menu ni walaupun kebarangkalian lidah melecur tu sangat tinggi. Bagi Ana yee mee bila masak bersup dalam claypot ni memang sesuai. Berbanding dengan mee biasa, yee mee ni tak memuakan pun. Sup dia pun sedap dan ringan tekstur dia. Dalam sup tu penuh dengan sayur, fish ball, fish cake dan telur. Memang kenyang lah orang kata. Jangan lupa cili potong sekali ye. Terbaik!!

Air Minuman : Sirap Bandung Longan, Mango Tango & Soya Cincau
Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2
Orchid Bistro Aeon Setiawangsa AU2

Antara tiga-tiga air tu, Mango Tango is the best. Air ni under kategori healthy jus katanya. Macam Mango Tango ni katanya air tu elok untuk aid digestion. Ada banyak lagi air yang best macam banana rama (banana + orange),  apple grass (apple + celery + honeydew), honeymoon (honeydew + apple)  dan banyak lagi. Serius sedap semuanya.

Korang kalau yang belum pernah makan dekat sini boleh lah cuba. Mana tau kena dengan selera korang pulak kan. So far semua yang Ana makan dekat sini semuanya memuaskan. Staff pun friendly dan service pun cepat. Dining are pun selesa dan fully aircond untuk bahagian dalam tu. :)



13 comments:

  1. saya pun suka makan sini. Tapi selalunya makan yang western. Sedap dan restorannya pun bersih

    ReplyDelete
  2. Kak Ana,PC pun dah cuba makan di OB ni beberapa kali..kami ambil by set kalau tak silap masa tu...ada juga cuba ala carte..memang ok..puas hati..

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak mee goreng mamak tu. sebab selalu beli rasa x kena ngn tekak miza

    ReplyDelete
  4. tk pernh try ..slalu lalu je..kt aeon setiawangsa tu slalu mkn johnny's..nanti ada kesempatan bole try

    ReplyDelete
  5. Nampak sedaap. Boleh lah try jugak nanti :)

    ReplyDelete
  6. Hai hai =D ju bru bkesemptan blogwalking ari ni =D
    Menu dlm claypot ni menarik mata dan tekak Ju =D kalo dekat confirm nak singgah dan cuba juga =)

    ReplyDelete
  7. Wah sedapnya

    jalan jalan cari makan ya ana

    Hehe

    ReplyDelete
  8. Adoii..ngences la tengok semua tuh. Tau tak ngences tuh ape..haha. Nanti google yer.

    ReplyDelete
  9. Claypot Yee Mee tu sedap !!! hope dapat makan sini nanti kak. :)

    ReplyDelete
  10. New goreng mamak kaler hitam gitu mmg la mama suka

    ReplyDelete
  11. macam meanrik pulak tengok minuman-minuman tu:)

    ReplyDelete
  12. Pilih mee goreng mamak tu.
    minum : amek 3 tu sekali

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤