Hotel Review : Icon Hotel Segamat - Ana Suhana

Oct 24, 2017

Hotel Review : Icon Hotel Segamat


Hotel Review : Icon Hotel Segamat | Assalamualaikum. Masa attend convo adik  Ana di UiTM Segamat, Ana sekeluarga menginap di Icon Hotel untuk semalam.  Terpaksa menginap di sini sebab convo tu sesi pagi sidang pertama. Seawal pukul 7 graduan dah kena ada di kampus. Kalau nak bertolak dari KL pukul berapa pula nak gerak kan. Lain lah kalau sidang petang,  gagah lah juga nak gerak pagi tu.

Hotel Review : Icon Hotel Segamat

Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat

Bila dah musim convo ni confirm semua hotel akan penuh kan. So untuk Icon Hotel ni Ana book sebulan setengah awal. Dapat je tarikh convo tu terus book. Kalau lambat memang susah lah sikit. 

Hotel Icon ni merupakan 3 bintang boutique hotel. Ana book 2 bilik hari tu. Satu deluxe quadruple room (family room) untuk mak ayah dan adik-adik. Lagi satu untuk family Ana standard queen room. Seperti hotel yang lain waktu check in ialah 2 petang dan waktu check out ialah pukul 12 tengahari. Kalau kata kena tunggu pun, ruang menunggu di lobi yang sangat selesa ada disediakan.
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Deluxe Quadruple Room - RM154.78

Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Bilik ni ada 2 katil queen untuk 4 orang dengan keluasan 20.44m². Tapi kitorang duduk 5 orang. Lebih dari muat sebenarnya. Ada ruang yang luas untuk solat. Fasiliti asas seperti mini refrigerator, complimentaries (tea and coffee), kettle, toiletries and hair dryer semua di sediakan.  Meja menulis pun ada. Aircond berfungsi dengan baik untuk cater luas bilik tu. Tv channel pun agak banyak untuk di tonton. 

Standard Queen Room - RM90.88
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat

Bilik ni ada 1 katil queen dan fasiliti sama macam bilik deluxe quadruple cuma takde refrigerator dan cermin hanya ada dekat toilet je. Dengan keluasan bilik seluas 13.01m² menyebabkan  ruang bilik agak terhad so nak solat tu kena pandai menyelit tepi-tepi katil. Kalau orang tu badan agak besar so agak susah lah nak menyelit. Other than that semuanya baik.

Overall Review :

Kebersihan - kedua-dua bilik yang Ana tempah tu semua dalam keadaan bersih. Toilet pun sama. Takde isu bilik kotor apa bagai. 

Ironing facility - di setiap floor disediakan satu iron board dan iron di luar bilik. Kira kena kongsi lah dengan tetamu lain. Lucky us, iron board tu depan bilik kitorang je so mudah lah keje. Hari tu masing-masing pakat iron baju convo. :)

Dining service - dekat sini tiada dining service tau. Maksudnya harga bilik yang kita bayar tu tak disediakan breakfast semua. Cuma kalau nak breakfast juga korang boleh call reception dan beli voucher Starbucks untuk menu breakfast macam bawah ni.
Icon Hotel Segamat
Icon Hotel Segamat

Baca juga : Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat

Parking - takde isu parking sebab banyak petak kosong ada dekat depan hotel. Maybe sebab banyak kedai atau restoran  belum beroperasi disekeliling hotel.

Lokasi - bangunan hotel terletak di blok belakang yang masih banyak lot belum dihuni. Namun tu tak jadi masalah kerana banyak kafe dan kedai makan serta pasaraya besar terletak di blok depan which is tak sampai 500m dari hotel. Kalau naik kereta jalan depan sikit dalam 1km boleh jumpa macam-macam kedai lagi 

Wifi - free wifi disediakan dan boleh di akses dari bilik. Connection pun quite good.

Worth for money - Secara peribadi, Ana berpendapat yang deluxe quadruple room berbaloi dengan harga yang dibayar. Bilik luas, fasiliti semua lengkap, dan selesa. 

Rating : 3.5 / 5

Laman Sesawang :

Emel :

Alamat :
57 Jalan Utama 3/5 Pusat Komersial Utama, 
85000 Segamat, 
Johor

Telefon :
+07-931 2333

23 comments:

  1. wah..lepas ni boleh la berjalan-jalan ke segamat pulak..besar bilik hotel ni,boleh duduk satu family kan

    ReplyDelete
  2. Serius dekat segamat ada hotel mcm ni. Wahhh menarik ni.

    ReplyDelete
  3. tah pernah stay kat segamat.. lalu je hahaa

    ReplyDelete
  4. Menarik juga hotel nie, nanti kalau ke sana boleh lah tidur kat hotel nie kan..

    ReplyDelete
  5. Wah...boleh lah terjah hotel nih kalau pergi sana

    ReplyDelete
  6. Nampak best jugak hotelnya Ana... Hakak kekadang kalau nak booking hotel tengok gak rupa bangunannya dari luar. Kalau best laju laju je hangguk setuju haha...
    Tahniah utk adik Ana. Seronoknya dah habis belajarkan ..

    ReplyDelete
  7. Kalau tengok dari perkongsian Ana memang berbaloi-baloi dengan harga dia..

    ReplyDelete
  8. Menarik ni...hotel dia pun nampak cantik dan selesa...moden betul..dah banyak boutique hotel yang berpatutan kat johor kan

    ReplyDelete
  9. nampak selesa sangat. berbaloi dgn harga :)

    ReplyDelete
  10. Salam singgah. Anda dijemput join GA saya! :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  11. Standard queen tu pun murah la..boleh la ni jln2 ke sane ade tmpat penginapan dah

    ReplyDelete
  12. tampak selesa... sy mmg ada cadangan nk ke segamat bln 12 nnt ada kenduri kahwin boleh laa kalau nk menginap kt sini nnt

    ReplyDelete
  13. Yang utama selesa dan fasilitis yang diperlukan ada.

    ReplyDelete
  14. wow....nampak bersih gila hotel ni...murah pulak tu...tq info ana..

    ReplyDelete
  15. Baru 3 minggu lepas duduk sane..hotel masih baru dan cantik :-) dalam bilik siap ada hair dryer hehe

    ReplyDelete
  16. Jauh ana berjalan

    ada apa anak singgah ke segamat tu

    Sambil sambil makan cendol tu kan?

    Haha

    ReplyDelete
  17. Wow berbaloi sgt lah dgn harganya. Hotel ni mmg best

    ReplyDelete
  18. Selesanya katil dia, king size tu 😍

    Harga pun berpatutan sungguh, yang deluxe tu

    ReplyDelete
  19. Kalau harga berpatutan dan kemudahan yang asas lain pun best memang patutlah lepak di icon hotel segamat nih

    ReplyDelete
  20. pergh !! cantiknya hotel ni !! asal la tak jumpa masa g johor haritu.. em.. ni memintak nak kena pegi johor lagi la ni.. hahahaha~

    ReplyDelete
  21. Cantik hotel ,,, padanlah dengan harga

    ReplyDelete
  22. Lawa la lobi hotel ni. Nampak modern.

    ReplyDelete
  23. Nampak bersih hotel dia. Yg tu yg penting.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤