Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat - Ana Suhana

Oct 23, 2017

Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat


Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat | Assalamualaikum. Ahad minggu lepas Ana sekeluarga ke Segamat untuk attend convo adik Ana di UiTM. Alhamdulillah grad on time akhirnya walaupun pada awalnya cakap tak boleh nak carry course tu. Cakap pasal convo, masa Ana study dulu upacara convo mesti di Shah Alam tapi sekarang kebanyakan convo dibuat di cawangan kampus masing-masing. Berbeza dengan Shah Alam, majlis convo di Segamat hanya berlangsung selama 2 hari saja dan kepadatan tetamu yang datang pun tak sampai tahap sesak. Selesa lah sikit orang kata. Maklumlah cuaca sekarang yang sangat panas, orang boleh cepat baran kan. Kalau tak nak baran, jom kita cuba Cendol Segar Amat, cendol popular di Segamat. Hehe.

Cendol Segar Amat - Cendol Popular di Segamat 

Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Segar Amat, Segamat

Kalau kita Google apa yang menarik untuk kita jamu selera,  pasti akan keluar nama Cendol Segar Amat ni. Bila waze jarak gerai ni dari hotel tak sampai pun 5 minit. Boleh sangat lah nak cuba kan. Panas panas kena cendol memang cun sangat.
Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Segar Amat ni terletak di dalam kawasan Masjid India bandar Segamay. Nak senang waze je confirm korang akan jumpa. Masa Ana sampai sini dalam pukul 4 macam tu. Suruh En Suami survey tempat kosong dulu,  tup tup masa tu ada sorang customer ni marah-marah sebab tak dapat cendol lagi. Ahhh sudah lambat sangat ke service dekat sini. Padahal tempat duduk ade je yang kosong. Bincang punya bincang kitorang pun setuju nak cuba juga cendol ni.
Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Segar Amat, Segamat
Baru je duduk dah datang tanya nak makan apa. Cepat juga kan. Tapi sayangnya hanya cendol biasa dan cendol pulut je yang tinggal. Boleh lah dari habis langsung kan. Nak tambah mee rojak kononnya tapi habis juga. Pasrah je lah Ana masa tu. Baru duduk tak sampai 5 minit cendol pun sampai. Aikk cepatnya. Maybe yang kes tadi tu kes terlepas pandang kot. Tengah sedap hirup cendol peniaga tu datang tanya nak mee rojak tak sebab ada untuk 2 pinggan lagi. Apa lagi setuju terus.
Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Pulut
Suka makan cendol dekat sini sebab bekas cendol tu bekas besi. Baru lah feel makan cendol sebenar. Lagipun bekas besi tu bagus sebab cendol akan sentiasa rasa sejuk kan. Rasa cendol dia pun sedap juga.  Tak terlalu manis yang penting. Terasa lemak-lemak santan tu. Suka sangat. Faktor panas pun menyumbang rasa sedap cendol ni juga. Hehe.
Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Biasa
Mee rojak dia pun sedap juga. Cuma pedas sikit lah. Tapi pedas-pedas pun licin juga. Lepas tu menggelupur makan gaviscon. Hehe. Portion mee pun banyak boleh kongsi dua orang kot. 
Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Segar Amat, Segamat
Mee Rojak
Sekali nampak mee dia macam spaghetti pulak. Panjang-panjang pulak tu. Sila abaikan muka teruja dapat makan pedas tu.
Cendol Segar Amat, Segamat
Cendol Segar Amat, Segamat
Mee Rojak

So korang kalau ada nak ke Segamat boleh lah singgah Cendol Segar Amat ni. Jangan lewat nanti banyak yang habis pula. Dan jangan marah-marah kala

Alamat :
Taman Yayasan Nirwana Mawar, 
Masjid India, 
85000 Segamat,
Johor

Waktu Perniagaan :
10 pagi - 6 petang (Setiap Hari) 

Harga : 
RM1.80 - RM4.50

22 comments:

  1. Alaaaa...entah bila nak buat JJCM macam ana ni ha..ana jemput akak..kita pi jjcm jom

    ReplyDelete
  2. cuaca panas skarang ni...dpt cendol sedap nya...lama xmkn mee rojak

    ReplyDelete
  3. convo kat uitm shah alam berminggu2.. meriah kan. parking gan dewan jauh2.. kena naik bus.. hahaa.. anyway cendol tu nak sedap sgt weh

    ReplyDelete
  4. Sedapnya cendol makan time time panas

    ReplyDelete
  5. Salam singgah! Awk dijemput join GA saya! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  6. Uhuiiii dapnya anan..lelagi skrg cuaca panas lit lit dpt cendoi..memang perghhh . Sejuk tekak hehe

    ReplyDelete
  7. Perghh..sedapnye cendol tu..lagi2 time cuaca panas. Tetibe rindu lak Segamat. I warga UITM sana dulu..hehe

    ReplyDelete
  8. Mee rojak...cendol macam pasangan kan kak...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya panas2 ne dapat makan cendol

    ReplyDelete
  10. Salam isnin sis Ana

    semoga minggu ini semua urusan lancar

    amin

    Amboi bukan main posing makan makan ya ana

    ReplyDelete
  11. Tak sangka phlak nama kedai dia Cendol Segar Amat 😂😂
    Ingatkan tajuk post tadi, hehehe

    Sedapnyaa minum petang, merasa cendol dengan rojak

    ReplyDelete
  12. alaaaaa...sedapnyer cendollll dah lah musim panas ni kan...

    ReplyDelete
  13. Wah sedapnya. Memang nampak segar! Dah la lama tak makan cendol ni. Sebab sekarang dah susah nak jumpa cendol sesedap zaman kita kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  14. sekarang kan ,musim panas , kalau kena semangkuk cendol ni memang best

    ReplyDelete
  15. Murah eh harga cendolnya. Nanti balik kampung boleh ajak keluarga pergi sini lah hehe

    ReplyDelete
  16. Perghhh pekena cendol panas panas mmg best. Nampak pekat cendolnya tu. Bila tengok rojak Ana ni teringin pulak nak makan rojak. Hari tu masa nak ziarah rumah kawan kat bandar Teknologi beli rojak tepi jalan. Sedap kuah rojaknya.... mcm terbayang bayang pulak dah!

    ReplyDelete
  17. Cendol dan rojak memang gandingan power.. Best dan terbaik..

    ReplyDelete
  18. time panas2 cm ni laa org serbu gerai cendol termsk laa sy... boleh sggh jg nnt...bln 12

    ReplyDelete
  19. Kalau nak singgah blog sis, kena bagi kenyang dulu. Haha baru tak terliur hihihi

    ReplyDelete
  20. Pedas lawan dengan sejuk, memang cun lah..hehe. customer marah2 tu sebab panas kot.huhu

    ReplyDelete
  21. Reen xsempat nak singgah hari tu.huu. lepas ni kalo g kluang.singgah dulu sini. 😊

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤