Tempat Menarik di Melaka : Hotel Review - Hotel Sentral Riverview Melaka - Ana Suhana

May 22, 2017

Tempat Menarik di Melaka : Hotel Review - Hotel Sentral Riverview Melaka


Tempat Menarik di Melaka - Hotel Sentral Riverview Melaka l Assalamualaikum. Memandangkan seminggu Ana bermukim di Melaka, Ana sempat lah juga check in check out 4 hotel dekat sana. Saja-saja jer nak merasa duduk dekat hotel-hotel yang berlainan. Senang lah nak decide nak stay mana pada masa akan datang. Lagipun kalau duduk hotel yang sama je sepanjang seminggu di sana bosan juga kan. Hari pertama Ana di Melaka, Ana stay di Hotel Sentral Riverview di Jalan Tun Ali.

Hotel ni dahulunya Hotel Naza tapi telah di ambil alih oleh Hotel Sentral. Actually ada 2 Hotel Sentral Riverview di Melaka ni. Satu di Jalan Tun Ali berdekatan dengan UiTM Kampus Bandaraya Melaka, lagi satu di Jalan Bendahara berdekatan dengan The Shore.


Hotel Review - Hotel Sentral Riverview Melaka

Hotel Review - Hotel Sentral Riverview Melaka

Waktu check in ialah pada pukul 2 tapi masa on the way ke sana dari Freeport A Famosa Outlet, Ana call tanya status bilik kot kot dah ready kan boleh lah check in awal. Alhamdulillah nasib baik bila receptionist tu kata boleh masuk awal. Memang cantik sangat lah sebab boleh rest dan solat terus. Panas sangat Melaka ni. Duduk dalam kereta pun rasa bahang dia.

Sampai-sampai di Hotel Sentral Riverview, terus parkir di belakang hotel. Ada kawasan parkir di sediakan. Cukup-cukup untuk tetamu hotel. Ana terus ke reception counter untuk proses check in dan tak sampai 15 minit menunggu dah boleh masuk bilik. Kalau kata kena tunggu pun takpe sebab bahagian lobi hotel dangat selesa. Ada sofa besar untuk berehat. Siap ada yang tidur dekat sofa tu.



Hotel Review - Hotel Sentral Riverview Melaka

Ana booked bilik deluxe room macam biasa untuk kami bertiga. Rate semalam untuk weekdays dalam RM111 macam tu. Tapi sebab Digi ada bagi voucher, Ana redeem voucher tu dapat lah harga pada RM80+ semalam. Jimat dah dekat situ. 


Hotel Review - Hotel Sentral Riverview

Hotel Review - Hotel Sentral Riverview Melaka

Bilik Ana di tingkat 6. Oh ya walaupun nama hotel ada riverview tapi takde river view tau. Maybe sebab dah banyak pembangunan berlaku menyebabkan river pun tak nampak dah. Bilik deluxe di sini besar dan luas. Siap ada sofa dekat tepi tingkat. Bathroom pun luas. Yang penting semua bersih. Selesa sangat lah nak rehat dan tidur. 


Hotel Review - Hotel Sentral Riverview Melaka




 
Fasiliti macam tv, kettle dan hair dryer semua ada. Cuma iron je takde tapi jangan risau sebab setiap floor ada di sediakan ruang untuk iron. Macam bilik Ana, buka pintu je nampak dah ruangan untuk iron baju. Senang lah sikit kan.

Harga bilik yang Ana bayar tu dah termasuk breakfast untuk 2 orang. Syafi macam biasa free je. Lagipun bukan dia makan sangat pun. Breakfast di sini agak simple maybe sebab tak ramai guest amik breakfast. Tapi masih memuaskan. Ada nasi goreng, mee goreng, cereal,  roti dan air ada air jus dan teh atau kopi. Bagi Ana, ok jer dengan harga yang di bayar.  

Hotel ni sesuai sangat untuk ibu bapa atau keluarga yang ke bandar Melaka untuk anak-anak ke UiTM Kampus Bandaraya Melaka atau Utem. Sebab dekat sangat dan harga pun mampu bayar. Selesa pula tu kan.

54 comments:

  1. best nya dpt redeem voucher bayar dgn hrg murah =D kira ok juga hrga dia kan standing dgn servis yg disediakan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi sebab redeem voucher tu. Bilik selesa sgt. Luas juga.

      Delete
  2. cantik eh hotel ni...harga pun not bad tak mahal sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga mampu milik org kata. Sesuai utk bajet ciput mcm ana ni. Hehe

      Delete
  3. Nampak selesa lah hotel tu kak ana. Rate pun okay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa sgt. Bersih dan luas. Harga pun consider murah.

      Delete
  4. Boleh tahan jugak ae hotel ni...menarik jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah cuba stay di sini kalau ke Melaka. InsyaAllah puas hati.

      Delete
  5. Bersih yg paling penting tu kan. Kalau tak bersih memang tak selesalah kita nk stay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Pantang ana kalau bilik tak bersih.especially bilik air. Tak boleh nak terima. Hehe

      Delete
  6. cntik hotel ni..bestla dpt sllu jalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada selalu Unni. Sekali sekala je kalau ada bajet lebih.

      Delete
  7. Nampak mewah sangat bilik dia tu kak macam tak padan dengan harga rm111. Macam harga bajet je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard bilik dia Ira. Yg penting selesa, luas dan bersih.

      Delete
  8. Cantik bilik hotel nie, nampak mewah jea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemas,selesa dan bersih. Recommended kalau ke melaka nanti.

      Delete
  9. kemas & simple, rate pun ok tak mahal sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Berbaloi lah dengan apa yg di bayar.

      Delete
  10. wah berbaloi lah hotel ni. boleh try nx time

    ReplyDelete
  11. HOTEL MENARIK KEMAS JE. ALAA CAPLOCK PULAK. MALAS NAK TEKAN. HEHHEE.

    ReplyDelete
  12. Lebih banyak hotel yang Sis pergi..lebih banyak pilihan untuk akan datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Melaka ni dab mcm kampung kedua pulak rasanya PC.

      Delete
  13. Harga mampu milik
    tempat pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg penting selesa. Sesuai utk keluarga yg hantar anak ke UiTm atau Utem.

      Delete
  14. murah tapi yg penting bersih...nama riverview tu mungkin dulu ada sungai kot tapi dh kena tambak jadi hilanglah view tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe lah kak. Membangun sgt melaka ni :)

      Delete
  15. menarik ni ana.. akak pun lama tak jln melaka.. akak pengguna digi jugak.. yeay! tq ye ana share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Digi rajin hantar voucher melalui msg kan kak. Kebetulan nak ke melaka, tu yg redeem juga. Jimat sikit. :)

      Delete
  16. Nice juga bilik ni! harga pun macam berpatutan.
    bila lah nak pergi melaka lagi ni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Berbaloi bayar. Selesa, luas dan kemas. Tu yg penting.

      Nanti cuti sek boleh kah ke melaka. Tp masa tu harap maklum lah ye. Padat sepadatnya. :)

      Delete
  17. Bakal menjadi pilihan kalau ke Melaka Ana. Nampak selesa je hotelnya tu :)

    Lama rasanya tak jenguk Ana. Dah bertukar rupanya kepada domain sendiri. Congrats Ana ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesa dan luas juga Siqah. harga pun tak mahal mana kan.

      terima kasih Siqah. :)

      Delete
  18. Cantikla hotel ni.. Janji anak2 seronok kan kak..

    ReplyDelete
  19. 4 hotel dalam masa seminggu..terbaik la Ana..bilik dia nampak luas..harga pun ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja nak merasa duduk dekat hotel2 di Melaka ni. utk rujukan masa depan. hehe

      Delete
  20. murah sangat la harga tu dengan size bilik yg besar mcm tu ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dilah. dekat KL susah nk dpt harga mcm ni.

      Delete
  21. Murah jugak tuu.. Nampak selesa dan tambah berbaloi pulak dapat disc redeem 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. bertambah selesa bila ada diskaun. hehe

      Delete
  22. bertambah tambah rindu kite kat melaka.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom g melaka atie. jalan2 imbau kenangan.hehe

      Delete
  23. Ok jugak hotel ni.. Bilik dia nampak selesa dan bersih...

    ReplyDelete
  24. Bersih dan selesa tu pentingkan Ana.. Bolehlah cuba nanti kalau ke Melaka lagi..

    ReplyDelete
  25. Cantik lah k.ana hotel ni.nampak exclusive ja hiasan dalaman dia

    ReplyDelete
  26. Wah...bestkan dpt stay hotel lama lama hihi...ha a betul jugak pishanglah kalau stay 1 satu jekan...
    Ana kira untung lagi sebab anak belum besar, boleh ambik 1 bilik jer

    ReplyDelete
  27. Kak ana dapat voucher apa tu? Best nya kalau boleh redeem dgn bilik hotel. Staycation tiap minggu. hahaha

    ReplyDelete
  28. Nasib baik ada iron walauoun di luar bilik 😏

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤