Beli Barang Dari Indonesia Terus Ke Malaysia Dengan Bukalapak Malaysia

Beli Barang Dari Indonesia Terus Ke Malaysia Dengan Bukalapak Malaysia l Assalamualaikum. Teringat masa melancong ke Bandung beberapa tahun lepas, aktiviti shopping antara perkara yang paling seronok buat kaum wanita. Ada macam-macam barang menarik yang kita boleh jumpa dekat sana especially produk pakaian. Maklum lah perempuan kan. Suka sangat shopping baju, tudung etc. Tak pernah cukup dalam almari tu. Haha.


Beli Barang Dari Indonesia Terus Ke Malaysia Dengan Bukalapak Malaysia


Ingat lagi dulu-dulu masa telekung travel tengah on demand, ramai peniaga Malaysia sanggup fly ke Bandung semata untuk borong item tersebut. Harganya pula agak murah berbanding harga di Malaysia. Barangan lain pun sama murah. Design pula cantik-cantik dan unik belaka.


Ni semua cerita dulu. Sekarang dah jauh senang. Tak perlu dah nak beli melalui orang lain bila kita nak beli satu-satu barangan dari Indonesia. Kita sendiri boleh beli sendiri. Haa macam mana tu? Haa mudah je cara dia. Korang boleh beli barang Indonesia terus ke Malaysia dekat platform Bukalapak.



Bukalapak Perkenalkan BukaGlobal - E-dagang Pertama Indonesia Ke Luar Negara.


Bukalapak merupakan salah satu platform e-dagang terkemuka dari Indonesia. Ianya mula beroperasi pada tahun 2010 di bawah syarikat PT Bukalapak.com dan telah menjadi salah satu syarikat yang mencecah nilai $1 bilion pada tahun 2017.



Pada tahun 2019, Bukalapak melalui BukaGlobal telah mengembangkan platform jualan mereka ke luar Indonesia, dan salah satunya ialah Malaysia. Ini sekaligus menjadikan Bukalapak platform e-dagang pertama Indonesia yang ke luar negara.


Dengan adanya BukaGlobal, rakyat Malaysia kini boleh membeli produk dari Indonesia secara terus. Terdapat pelbagai barangan tempatan Indonesia dari 11 juta penjual yang korang boleh beli. Baik dari barangan fesyen dewasa dan kanak-kanak, kelengkapan rumah dan teknologi mahupun barangan yang takde di Malaysia seperti makanan, barangan collector, kosmetik, sparepart automotive dan lain-lain.


BukaGlobal bekerjasama dengan rakan logistiknya iaitu Janio untuk menghantar produk-produk yang dibeli oleh pembeli luar negara terus ke negara mereka. Dikatakan Janio boleh menghantar produk dengan pantas serta dijamin kelulusan kastam dalam masa 48 jam.


Namun ada yang tak berapa nak best bila shopping dekat Bukalapak ni. Dikatakan tidak sampai 1% pun produk yang dijual di Bukalapak boleh dibeli oleh pembeli Malaysia. Maknanya tak semua item yang dijual di Bukalapak boleh dibeli oleh rakyat Malaysia. Alaaaa tak best lah macam ni kan!!!



Tolongbeli Bantu Belikan Barang di Bukalapak Untuk Rakyat Malaysia


Alaaaa jangan sedih-sedih dah. Sebabnya ada platform di Malaysia yang boleh bantu korang beli mana-mana item di Bukalapak yang korang nak.


Tolongbeli.com.my - bantu korang beli barang dari Indonesia terus ke Malaysia dengan Bukalapak pada kadar yang sangat berpatutan. Senang kata Tolongbeli ni ibarat "personal shopper" untuk korang shopping barang-barang dari Indonesia dan direct pos ke alamat rumah korang.


Nak lagi best, Tolongbeli bukan saja boleh belikan korang barang dari platform Bukalapak, malah dari platform Tokopedia dan Shopee Indonesia pun boleh tau. Sebab tu tak heran bila dorang gelarkan diri dorang sebagai Bukalapak Malaysia, Tokopedia Malaysia dan juga Shopee Malaysia.



Mudahnya Guna Khidmat Tolongbeli


Ok now jom kita baca serba sedikit cara nak beli barang dari Indonesia terus ke Malaysia dengan Bukalapak melalui Tolongbeli. Caranya mudah saja.


1. Browsing Item Idaman


Firstly, korang hanya perlu cari atau browsing mana-mana item yang korang nak beli, baik di platform Bukalapak, Tokopedia atau Shopee Indonesioa.


2. Hantar Link Item


Dah jumpa item yang korang nak beli tu, copy link item tersebut dan hantar kepada Tolongbeli melalui aplikasi WhatsApp. Sertakan juga info seperti ukuran, berat dan kuantiti tau. Oh ya details korang pun perlu disertakan seperti nama, alamat penerima dan no telefon. 


3. Deal Sampai Jadi


Tolongbeli kemudiannya akan quote harga termasuk upah tolong beli dan upah kos. Perlu diingatkan ni anggaran awal tau. Dah setuju dengan harga tu semua baru lah korang boleh proceed untuk buat pembayaran.


4. Pos Ke Partnership Warehouse


Bila pembayaran dibuat, team Tolongbeli di Indonesia akan belikan pesanan korang tu. In case pesanan korang tu takde stok atau dah habis, Tolongbeli akan update korang untuk tindakan seterusnya. Samada nak beli barangan lain atau sebaliknya. Dan pada pesanan yang berjaya dibeli, pesanan tersebut akan dipos terus ke partnership warehouse.


In case masa timbang tu ada perbezaan, akan ada perkiraan semula. Kalau kata lebih ringan dari yang dipaparkan di platform jualan tersebut, maka kos akan dikurangkan. Tapi kalau kata barang tu lebih berat, maka kos tambahan akan dikenakan. Standard lah tu kan!!


5. Pesanan Tiba Seawal 3 Hari Bekerja

Lepas semuanya selesai, korang akan diberi tracking no dan korang boleh lah track sendiri. Kebiasaannya pesanan korang tu akan di pos ke Malaysia dalam masa 1-2 hari berkerja dan dijangka akan landing depan pintu rumah korang dalam masa 3-10 hari waktu berkerja jika menggunakan pos udara. Cepat kan?? Tapi semua tu bergantung pada pihak kastam juga tau. Selalunya cepat je kastam bagi pelepasan. So korang tak yah risau ok.



Kenapa Perlu Guna Tolongbeli Untuk Beli Barang Dari Indonesi Ke Malaysia?


1. Tolongbeli Syarikat Berdaftar


Eh boleh dipercayai ke Tolongbeli ni?? Eh eh..mesti lah boleh. Untuk pengetahuan korang, Tolongbeli telah beroperasi selama 3 tahun dan syarikat mereka telah berdaftar dengan SSM di bawah nama :


TOLONGBELI DIYMAN RESOURCES

NO. PENDAFTARAN : 202003229276



2. Transaksi Dalam RM


Yang best dengan Tolongbeli ni, korang bayar guna Ringgit Malaysia je. Tak yah susah-susah dah nak convert matawang bagai. 


3. Harga Caj Berpatutan


Dengan Tolongbeli, korang akan dicaj pada harga yang sangat berpatutan. Korang akan diberi quotation berdasarkan berat, kuantiti barang serta alamat untuk barang dihantar. Dah setuju baru lah bayar.



Selain tu, TolongBeli juga ada menyediakan kemudahan kalkulator untuk korang buat kira-kira sendiri. Senang lah nak tau anggaran kos yang perlu dibayar nanti.


4. Perkhidmatan Tolongbeli Cover Sampai Singapura & Brunei


Perkhidmatan Tolongbeli bukan saja terhad untuk pelanggan dari Malaysia, malah meliputi negeri jiran Singapura dan Brunei. Bezanya hanya method of delivery.


Untuk penghantaran dari Indonesia ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Singapura dan Brunei boleh menggunakan penghantaran udara.


Penghantaran melalui laut pula hanya cover untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak (kawasan ibu kota sahaja). Manakala untuk kawasan pendalaman akan ada kos tambahan, maka pelanggan akan disarankan ambil di warehouse sahaja.


5. Testimoni Positif Para Pelanggan


Sejak 3 tahun beroperasi, ramai dah yang berjaya beli barang dari Indonesi ke Malaysia dengan Tolongbeli. Dan kesemuanya sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi. Korang boleh baca sendiri testimoni dekat bawah ni.


So kesimpulannya, pada korang yang berhajat nak beli barang dari Indonesia terus ke Malaysia dengan Bukalapak, Shopee Indonesia atau Tokopedia, boleh lah guna perkhidmatan dari Tolongbeli. Tolongbeli akan tolong beli kan pesanan korang dengan kadar segera dan pastikan pesanan tersebut sampai depan pintu rumah korang dengan selamat. Untuk info lebih lanjut, korang boleh ke laman sesawang mereka di https://tolongbeli.com.my/






Beli Barang Dari Indonesia Terus Ke Malaysia Dengan Bukalapak Malaysia Reviewed by Ana Suhana on January 01, 2023 Rating: 5

1 comment:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.