Terjebak Main Online Game. Beribu Game Dalam Satu Website. Percuma dan Tanpa Iklan Lagi

Terjebak Main Online Game. Beribu Game Dalam Satu Website. Percuma dan Tanpa Iklan Lagi l Assalamualaikum. Untuk korang yang suka main game, ni ada satu website yang Ana baru discover yang best giler untuk korang terjah. Korang boleh main pelbagai game sepuas hati. Tak perlu bayar dan takde gangguan iklan. Syok tu.



Terjebak Main Online Game. Beribu Game Dalam Satu Website. Percuma dan Tanpa Iklan Lagi



Kalau sebelum ni, agak mustahil untuk kita dapat main semua game yang kita suka kan. Ye lah, dengan storage phone yang agak terhad, tak semua game boleh kita download. Nak tak nak, hanya  boleh pilih beberapa game saja. Ada pulak tu kena beli baru boleh download. Tak kan bayar pulak semata nak main game kan. Membazir pulak rasanya.


Free online game plays.org

Mujur Ana jumpa website plays.org ni masa dok search for free online game. Ingat kan takde, sekali ada ko. Kalau dulu memang sudah nak jumpa. Kalau ada pun hanya ada limited game je dan penuh dengan iklan. Tak best lah macam tu.



Beribu Games Dalam Pelbagai Kategori


Dekat plays.org ni, ada beribu-ribu game tau. Untuk semua peringkat umur lagi. Setiap hari ada je game baru yang dimuat naik. Memang rambang mata dibuatnya. Macam shopping pulak gayanya ye. Serius memang banyak giler game yang ada. Sampai tak tahu nak main yang mana. Dah lah percuma, tak perlu download, lepas tu takde iklan bagai. Memang boleh main sampai lebam.


Bila dan beribu game yang ada, mesti korang terfikir susah nak cari game yang korang suka kan? Tak kan nak scroll satu satu. Jenuh lah camtu kan.


Free online game plays.org


Haa jangan risau sebab play.org dah organize setiap game ikut kategori yang bersesuaian untuk korang. So korang boleh pilih nak main game apa mengikut kategori yang ada. Kategori dia pun beratus tau. Hehe. Sila lah pilih mana yang berkenan.


Free online game plays.org

Kalau rasa susah juga sebab terlalu banyak kategori yang ada, korang guna je search function yang ada atas senarai kategori tu. Taip lah guna keyword yang korang nak atau yang bersesuaian. Contoh nak main bercucuk tanam, try search word farm. Nanti akan keluar suggestion ikut keyword yang korang taip tu. Mudah kan?



Mengimbau Game Zaman Kanak-kanak Dulu



Haaa jangan tak tahu, game zaman Ana kecik-kecik dulu pun ada tau. Betul-betul mengimbau lah kenangan dedulu. Bezanya sekarang kita boleh main secara online guna phone je. Nak main dekat mana-mana atau bila-bila masa pun boleh. Yang penting bateri phone kena full dan line internet wajib cun. Baru syok nak layan game. 


Dalam banyak-banyak game yang ada, game tetris antara game favorite Ana. Siapa tak pernah main game tetris ni kan masa kecik-kecik dulu kan? Game dia simple je tapi best. Yang tak seronok bila kita salah park blok tetris tu. Lagi-lagi bila level dah tinggi. Cepat je dia nak end game. Haha. Korang yang nak imbau kenangan zaman kanak-kanak boleh lah main game Falling Cubes ni.


Free online game plays.org
Falling Cubes


Snake game!!  Lagi satu game legend yang ramai main especially masa pakai Nokia 3310 puluhan tahun lepas. Betul tak? Seronok bila tengok ular tu dah jadi makin panjang. Masa tu agak susah nak kawal pergerakan dia. Speed pula makin laju. Dekat plays.org ni pun ada game yang sama cuma dah dinaik taraf kepada 3D Super Snake. Tapi cara main tetap sama. Cuba lah.


Free online game plays.org
3D Super Snake


Game susun puzzle pun ada tau korang. Tak yah susah-susah keluar duit beli puzzle dah. Contoh Ana main Halloween Puzzle ni. Dari puzzle level senang sampai level susah semua ada. Yang best main online puzzle game ni ialah kita boleh tekan button hint untuk bantu kita selesaikan puzzle tu. Tapi kata nak adventure, so tak yah lah tekan button tu. Baru lah boleh tengok terror ke tak kita dalam setelkan puzzle-puzzle tu. Ana sampai addicted main game puzzle ni.


Free online game plays.org
Halloween Puzzle


Kalau korang suka main bubble shooting game, korang boleh main Apples ni. Ala korang just need to shoot those apples yang sama warna supaya bubble tu tak semakin banyak. Level bawah-bawah memang senang, tapi bila makin tinggi level, makin susah nak shoot apple yang sama warna tu. Pandai-pandai lah korang keluarkan segala skill menembak yang korang ada tu. Hehe.


Free online game plays.org
Apples

Ingat tak dulu dekat Fb ada banyak online game yang kita main. Antaranya Cafe World. Ana antara peminat game tu. Setiap hari sebelum masuk kerja akan main game tu dulu. Dekat plays.org ni pun ada game seakan-akan Cafe World tu di Alan's Pizzeria. Cuma game ni dia lebih fokus pada game bake pizza. Nampak senang tapi bila makin tinggi level, makin ramai customer, memang tak menang tangan korang nak kejar buat pizza tu. Ana sampai ke sudah stuck dekat level 3 je. Huhu. Tak caya korang try lah sendiri.


Free online game plays.org
Alan's Pizzeria


Education Game Untuk Anak-anak Pun Ada


Dekat plays.org ni, bukan je ada game untuk orang dewasa, malah education game untuk anak-anak pun ada. Sekali-sekala bagi anak-anak main online game pun bagus juga. Lebih interaktif dan menyeronokkan. Tak lah bosan belajar guna buku je kan.


Contoh macam Suraya. Ada banyak game yang dia boleh main dekat sini. Antaranya game Barbie You Can Be A Chef ni di mana Suraya boleh belajar memasak. Boleh masak burger, pizza, cupcake dan banyak lagi. Dalam game ni dorang belajar cara memotong bahan-bahan, gaul bahan serta cara platting makanan. Menarik kan? 


Free online game plays.org
Barbie You Can Be A Chef

Free online game plays.org


Kalau tadi masak bersama Barbie, yang ni pula mewarna bersama Barbie di Barbie Coloring Creations. Melalui game ni, anak-anak boleh serlahkan lagi kreativiti mewarna mereka. Ada banyak lukisan yang mereka boleh pilih untuk diwarnai. Paling best, gambar tersebut boleh disimpan dalam phone galery dan dicetak keluar untuk simpanan peribadi mereka.


Free online game plays.org
Barbie Coloring Creations

Free online game plays.org
Barbie Coloring Creations


Jom Redakan Tekanan di Plays.org


Haa bagi korang yang selalu stress dengan kerja seharian, meh redakan stress korang dengan main online game di https://plays.org/ ni. Sure korang akan rasa lega lepas main game online ni. 


Macam Ana bagitau dekat atas tadi, kesemua game di plays.org ni adalah percuma dan tak perlu nak download atau install dalam phone. Paling best korang boleh main game tanpa gangguan iklan. Amacam best kan? So tunggu apa lagi, jom kita berjemaah main free online game di plays.org sekarang juga.

Terjebak Main Online Game. Beribu Game Dalam Satu Website. Percuma dan Tanpa Iklan Lagi Reviewed by Ana Suhana on October 13, 2022 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.