Eskayvie i-Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Pembelajaran Anak-anak

Eskayvie i-Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Pembelajaran Anak-anak 


Assalamualaikum. Sejak dah ada anak yang bersekolah ni, Ana jadi lebih peka dengan perkembangan dan kemajuan dia dalam pembelajaran dan aktiviti persekolahan. Bukan nak dia jadi yang sempurna dalam semua aspek pembelajaran, tapi setidaknya Ana nak dia berusaha untuk jadi yang paling baik mengikut kemampuan diri dia sendiri.



Eskayvie i-Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Pembelajaran Anak-anak



Lumrah bagi setiap ibu bapa nak lihat anak-anak mereka berjaya capai apa yang diimpikan. Dorongan dan sokongan dari ibu bapa dan keluarga terdekat amat penting dalam membantu mereka untuk jadi lebih yakin dengan diri sendiri. Yang penting ada usaha, selebihnya kita doa dan bertawakal. 


Alhamdulillah Syafi seorang budak yang mudah untuk diajar. Dia juga seorang yang cepat faham (fast learner) dan ingatan dia pun agak bagus. Sesuai dengan perkembangan umur kanak-kanak seusia dia.


Dan Alhamdulillah sekali lagi, sepanjang dia bersekolah hampir 4 tahun ni, ada beberapa anugerah yang dia dah terima which is kami sekeluarga tak expect langsung. Antaranya anugerah pelajar contoh, anugerah murid terbaik dan ikon murid tahun 1.




Selain tu, dia selalu juga bawa balik hadiah-hadiah hasil dari pertandingan-pertandingan yang dianjurkan pihak sekolah. Alhamdulillah rezeki untuk Syafi. Semoga dia lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya pada masa akan datang hendaknya.



Ajar Anak Belajar Seawal Usia 2 Tahun


Kita semua sedia maklum yang perkembangan setiap kanak-kanak berbeza. Ada yang cepat faham apabila diajar, dan ada yang perlu berulang-kali diberi penerangan baru mereka faham. Masa ni lah ibu bapa kena beri perhatian penuh terhadap tahap perkembangan dan pembelajaran anak-anak.


Ana start ajar Syafi belajar masa dia berusia 2 tahun lebih. Bukan belajar membaca tapi lebih kepada ajar dia untuk fasih bercakap dan kenal benda-benda yang ada di sekeliling dia. Sebab bagi Ana, komunikasi yang baik sangat penting untuk sesi pembelajaran yang seterusnya. Agak sukar sebenarnya nak ajar anak-anak belajar kenal ABC, 123 kalau dia masih belum boleh bercakap. Sebab tu ibu bapa yang ada anak lambat bercakap kena sentiasa pantau untuk pastikan anak-anak mereka berusaha untuk belajar bercakap. Peranan ibu bapa sangat penting pada masa ni.



Syafi memang seorang yang sangat suka bercakap. Memang petah. Ana ingat lagi ketika dia berusia 2 tahun lebih tu, banyak dah perkataan-perkataan yang dia boleh sebut dengan jelas dan kita pun faham apa yang dia nak sampaikan. Apa yang Ana buat masa tu ialah selalu ajak dia berborak. Even kalau Ana tengah berborak dengan suami atau family Ana, Ana akan involve kan Syafi. Masa ni Syafi boleh belajar banyak perkataan baru.


Orang kata jangan dedahkan anak-anak dengan gajet takut dorang malas nak belajar dan proses perkembangan mereka akan terjejas. Tak dinafikan, memang betul kenyataan tu. Tapi tu tak bermakna kita kena halang terus mereka dari bermain dengan gajet. Ibu bapa kena bijak kawal keadaan. Limitkan masa mereka dengan gajet. Hadkan max 1 jam sehari.


Based on experience Ana sendiri, ada juga kebaikan bila kita dedahkan anak dengan gajet. Tapi macam Ana kata, kena ada had limit untuk mereka. Antara kebaikan gajet ialah sesi pembelajaran jadi lebih seronok. Banyak apps pembelajaran percuma yang kita boleh download untuk anak-anak belajar secara lebih interaktif. Dan mereka pun enjoy untuk belajar dan juga membaca. Tak lah mereka bosan belajar cara dan suasana yang sama je kan.


Sekali sekala boleh juga bagi mereka tonton kartun animasi di Youtube Kids. Macam Syafi dulu, dia suka sangat tengok Upin & Ipin. Dari situ Ana perasan Syafi banyak belajar perkatan-perkataan baru yang jarang Ana gunakan. Syafi juga jadi lebih petah bercakap.



Pemakanan Seimbang Bantu Perkembangan Anak-anak



Selain dari sediakan suasana pembelajaran yang selesa dan menarik, pemakanan juga amat penting untuk bantu tingkatkan perkembangan pembelajaran dan juga pertumbuhan badan kanak-kanak.



Kanak-kanak yang kekurangan nutrisi akan cepat letih dan sentiasa tidak bermaya. Selalunya mereka ini kanak-kanak yang jenis picky eater, tak suka makan sayur atau yang jenis susah nak makan. Bila badan kekurangan nutrisi yang diperlukan, ini akan menjejaskan tumpuan pembelajaran mereka sama ada di sekolah mahupun di rumah.


Macam Syafi dia agak cerewet bab nak makan. Dia hanya akan makan makanan yang dia suka je. Sayur-sayuran selalunya dia tolak tepi. Tapi sebagai seorang ibu yang pentingkan pemakanan seimbang dan sihat, Ana akan pastikan dia makan juga sayur. Mujur ada beberapa jenis sayuran hijau yang dia suka. So Ana akan masak sayuran tersebut ikut menu favorite dia. Janji seimbang pemakanan dia. Ada karbohidrat, protein, sayur dan buah.



Eskayvie i-Qids Bantu Beri Manfaat Luar Biasa Kepada Kanak-kanak



Bagi ibu bapa yang susah hati sebab anak mereka picky eater atau susah nak makan, jangan risau sebab korang boleh cuba beri mereka Eskayvie i-Qids - suplemen makanan tambahan yang dijamin halal, selamat dan berkesan untuk dimakan.



Untuk pengetahun semua, Eskayvie i-Qids dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, bebas dari bahan berbahaya dan menggunakan formulasi Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri. Anak-anak korang confirm akan suka sebab ianya tablet kunyah berperisa coklat yang sedap.



Antara kebaikan Eskayvie i-Qids untuk anak-anak ialah ia membantu merangsang sel-sel otak untuk berhubung, meningkatkan kekuatan memori dan daya ingatan, meningkatkan fokus dan daya tumpuan, memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan serta bertindak menyokong prestasi pembelajaran dan persekolahan.



Eskayvie i-Qids Gabungan 6 Bahan Terbaik Untuk Minda Kanak-kanak


Eskayvie i-Qids berfungsi melengkapkan keperluan nutrisi anak-anak melalui formulasi pelbagai jenis vitamin dan mineral serta 22 ekstrak buahan dan sayuran.




Antara 6 bahan utama yang digunakan di dalam formulasi Eskayvie i-Qids untuk otak yang sihat dan minda yang cerdas ialah :




1. Phosphatidylserine (Serine)


Phosphatidylserine merupakan nutrisi yang sangat penting untuk fungsi otak kanak-kanak. Antara kebaikan Phosphatidylserine ialah ianya membantu pembentukan sel-sel otak untuk berhubung, meningkatkan keupayaan memori menghantar maklumat semasa proses pembelajaran, menyokong fungsi otak dan menajamkan minda, membantu perkembangan otak yang cerdas, mengurangkan stres dan masalah kemurungan serta membantu kanak-kanak jadi lebih fokus dalam pembelajaran. 


Namun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia kurang mengambil Phosphatidylserine setiap hari. Kanak-kanak disaran untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg Phosphatidylserine sehari tetapi kebanyakkan mereka hanya mendapat sekitar 1/3 sahaja daripada makanan seharian mereka. Ini ditambah pula dengan amalan pemakanan yang tidak sihat hari ini menyebabkan kanak-kanak kekurangan sumber Phosphatidylserine. Sebab tu penting untuk "top up" jumlah Phosphatidylserine yang kurang tadi melalui sumber makanan tambahan.



2. Alpha Linolenic Acid (ALA)


Perasan tak kanak-kanak ramai tak suka makan ikan sedangkan ikan kaya dengan sumber omega 3 yang penting untuk kesihatan otak. Omega 3 ni pula dibahagi kepada 2 iaitu EPA dan DHA yang berfungsi merangsang sel-sel otak berhubung. Kekurangan omega akan mengganggu pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak.


Sebab tu cara yang paling mudah untuk atasi kekurangan sumber tersebut dengan amal Eskayvie i-Qids kerana ianya mengandungi ALA - sumber kepada EPA dan DHA untuk kesihatan otak kanak-kanak. Selain dari rasanya yang lebih sedap, ALA juga berfungsi membantu meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh serta meningkatkan daya ingatan semasa proses pembelajaran.



3. 22 Buahan & Sayuran


Sayuran dan buahan antara benda yang paling tak disukai kanak-kanak. Sedangkan kedua-dua sumber ini kaya dengan sifat anti-oksidan dan anti-radang.


Dengan Eskayvie i-Qids, ibu bapa dah tak perlu risau bila anak refuse untuk makan buah dan sayur sebab ekstrak sayuran dan buahan yang terkandung di dalamnya mengandungi lebih daripada 125 polifenol dan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran.


Selain tu, ekstrak buahan dan sayuran di dalam Eskayvie i-Qids juga berfungsi meningkatkan penyerapan fenolik dan polifenol yang optima, sekaligus memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak yang kurang makan sayur.



4. Moringa


Moringa atau turut dikenali dengan nama 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai' merupakan sejenis Superfood yang mengandungi nutrisi yang sangat hebat. Antara khasiat moringa ialah :


•  3x zat besi berbanding bayam

• 4x kalsium berbanding susu

• 3x potasium berbanding pisang

• 7x vitamin C berbanding oren

• Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper, Manganese dan Zinc


Manfaat moringa di dalam formula Eksayvie i-Qids berfungsi membantu meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak, meningkatkan tenaga dan sistem imun, menyokong kesihatan organ seperti buah pinggang dan hati, kaya dengan asid amino dan serat, menyokong kesihatan mata serta melindungi otak dari kesan stres dan kerosakan.



5. Prebiotik


Prebiotik sangat penting dalam menjaga kesihatan usus kita. Usus yang sihat akan membentuk satu ekosistem usus yang baik dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien. 


Prebiotik bertindak dengan menjadi makanan kepada bakteria baik di dalam usus, mampu mengatasi masalah sembelit yang sering dialami oleh kanak-kanak, membantu mengawal selera makan dan mengelakkan masalah obesiti dan juga bertindak mengurangkan kolestrol dalam darah.



6. Multivitamin & Mineral


Amalan pemakanan yang tidak seimbang seperti banyak terdedah dengan makanan segera, makanan terproses, jajan dan pelbagai lagi makanan yang tidak sihat menyebabkan kandungan nutrisi yang diperlukan kanak-kanak tidak mencukupi. 


Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkap dan mengisi kekurangan nutrisi harian tersebut bagi menjamin tumbesaran yang lebih sempurna.


Eskayvie i-Qids lengkap dengan multivitamin dan mineral yang diperlukan kanak-kanak. Selain dapat memastikan penyediaan pemakanan yang seimbang dan melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak, ia juga berfungsi menggalakkan penyerapan pencernaan dan nutrien dengan lebih baik, memelihara kesihatan gusi, gigi dan tulang yang sihat serta membantu meningkatkan kesihatan tulang, memelihara sistem saraf dan juga fungsi otot.



Testimoni Selepas Amal Eskayvie i-Qids


Ramai yang dah bagi review positif tentang perkembangan pembelajaran dan pembesaran anak-anak mereka selepas amalkan Eskayvie i-Qids. Antaranya prestasi pembelajaran anak semakin meningkat, anak semakin petah bercakap, makan pun makin berselera, mood bertambah baik tak cepat tantrum dan banyak lagi.


So ibu bapa dekat luar sana tak perlu risau atau was-was nak beri Eskayvie i-Qids dekat anak-anak korang. Jom kita tengok testimoni pelanggan-pelanggan Eskayvie i-Qids ni.



Perkongsian dari Puan Wawa Samsuddin, anaknya semakin petah bercakap dan mampu buat ayat panjang-panjang tanpa pelat selepas amalkan Eskayvie i-Qids.



Perkongsian dari Puan Nina Hashin, anaknya semakin kurang berminat dengan telefon dan lebih berminat dengan bermain dan pembelajaran lepas amalkan Eksayvie i-Qids.



Perkongsian dari Puan Amira, anaknya jenis suka memberontak bila tak dapat apa yang dia nak. Tapi lepas amalkan i-Qids anaknya dah kurang memberontak dan mudah kejut pagi pergi ke sekolah.


Eskayvie i-Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Pembelajaran Anak-anak


Perkongsian dari En. Ahmad,  anak sahabatnya berumur 2 tahun lebih kini semakin berselera makan lepas cuba Eskayvie i-Qids berbanding sebelum ni tak makan banyak.


Melalui perkongsian-perkongsian pengguna Eskayvie i-Qids diatas kita semua dapat lihat ramai ibu bapa yang gembira dengan perubahan yang positif anak mereka lepas mencuba Eskayvie i-Qids ni. Ibu bapa mana yang tak gembira bila anak semakin minat belajar, tidak buat perangai, mudah nak pergi sekolah dan berselera makan kan?



Cara Pengambilan Eskayvie i-Qids

Eskayvie i-Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Pembelajaran Anak-anak

Eskayvie i-Qids merupakan tablet kunyah berperisa coklat yang sedap. Ianya boleh dimakan tanpa perlu minum air. Cadangan pengambilan pula ialah 1 - 2 biji sehari selepas makan. Sebaiknya diambil 1 biji pada waktu pagi dan 1 biji pada waktu malam.



Jom Dapatkan Eskayvie i-Qids Hari Ini


Ana yakin setiap ibu bapa ingin melihat anak-anak membesar dengan sihat serta berjaya mencapai cita-cita mereka. Sokongan dan dorongan ibu bapa sangat penting dalam membantu proses pembesaran dan pembelajaran anak-anak menjadi lebih baik.



Selain itu, faktor pemakanan juga memainkan peranan penting dalam fasa tersebut. Pengambilan makanan tambahan Eskayvie i-Qids dapat membantu anak-anak menjadi lebih sihat dan lebih fokus dalam pelajaran. Segala kebaikan ada di dalam tablet yang mudah diamalkan ini. Hanya kunyah 2 kali sehari dah boleh beri manfaat yang luar biasa kepada anak-anak kita.


Bagi ibu bapa yang ingin maklumat lanjut tentang Eskayvie i-Qids boleh layari website dan juga sosial media i-Qids seperti di bawah :



Website : 

http://www.eskayvie.com


FB PAGE Eskayvie Malaysia :

https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official


INSTAGRAM Eskayvie Malaysia :

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ 






Eskayvie i-Qids Bantu Tingkatkan Perkembangan Pembelajaran Anak-anak Reviewed by Ana Suhana on September 26, 2022 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.